Lindungi anak-anak daripada kesan jerebu

Written by Siti Manisah Ngalim

Jerebu melanda lagi! Ketahui kesan jerebu terhadap kesihatan dan beberapa panduan bagi mengatasi dan mencegah kesan jerebu dalam perbincangan kali ini.

shutterstock 1266920691 Lindungi anak anak daripada kesan jerebu

Lindungi anak-anak daripada kesan jerebu

Jerebu melanda lagi Semananjung Malaysia dan Singpura. Kali ini ia dilaporkan mencapai tahap paling teruk dalam masa 16 tahun. Tidak lain disebabkan oleh pembakaran hutan di Kepulauan Sumatera, Indonesia.

Di Singapura, bangunan pencakar langitnya diselaputi kabus tebal dengan kiraan Indeks Piawai Pencemaran atau Pollutant Standard Index (PSI) mencapai tahap berbahaya, yang tertinggi sejak September 1997.

Di Malaysia, Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap berbahaya dan merupakan bacaan tertinggi sejak tahun 2005 di mana kerajaan mengisytiharkan darurat di Muar dan Ledang.

BERKAIT: Do you really need the N95 mask?

Peningkatan jerebu

Dr Seri Najib Tun Razak, melalui laman Faceboooknya, mengumumkan keadaan jerebu akan bertambah teruk dalam beberapa hari akan datang. Beliau juga menasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar dan minum air sebanyak mungkin.

Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura pula melaporkan, keadaan jerebu yang teruk kali ini disebabkan cuaca kering yang membawa kepada peningkatan aktiviti panas terutama di tengah Sumatera manakala 138 kawasan panas yang menandakan kebakaran telah dikesan pada 16 Jun lalu.

Kesan jerebu

Antara kesan kesihatan yang boleh disebabkan oleh jerebu termasuklah:

• Sukar bernafas
• Serangan jantung
• Gatal tekak
• Gatal mata dan/atau berair
• Gatal kulit
• Hidung berair, hidung tersumbat dan/atau bersin
• Sakit dan/atau pening kepala
• Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan, mengurangkan fungsi paru-paru dan/atau sakit dada

Tahap kesan kesihatan ini pula bergantung kepada faktor-faktor seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur dan status kesihatan seserang.

Sementara semua orang berisiko untuk mendapat kesan daripada jerebu, sesetengah kumpulan lebih tinggi berisikonya berbanding yang lain. Mereka termasuk kanak-kanak, warga emas, pengidap asma dan bronkitis, pengidap sakit jantung dan alahan serta perokok.

BERKAIT: How haze the affects pregnant women and other FAQ

Kesan terhadap bayi

Bagi bayi, jerebu mudah menyebabkan iritasi kepada hidung, tekak, saluran penafasan, kulit dan mata serta ruam kulit. Bayi akan mula bersin, berair hidung dan batuk. Pada tahap jerebu yang kritikal, partikel halus pada jerebu boleh memasuki bahagian dalam paru-paru bayi.

Menurut Dr Jasmine Mohd, seorang pakar O & G di Thompson Medical Centre, Singapura, terdapat juga kajian yang menunjukkan kaitan antara pendedahan kepada pencemaran udara dengan kematian akibat kegagalan sistem pernafasan dalam beberapa bulan pertama bayi.

Hasil kajian juga menunjukkan pencemaran udara menyebabkan berat bayi yang rendah ketika lahir serta memungkinkan kelahiran pra-matang dan kecacatan ketika lahir. Namun kajian selajutnya diperlukan bagi menyokong kajian ini.

BERKAIT: N95 masks not suitable for children and pregnant women

Mengatasi kesan jerebu

Beberapa panduan untuk melindungi anda dan anak-anak daripada kesan jerebu termasuk:

Jauhi asap rokok dan perokok
Asap rokokakan memburukkan lagi keadaan. Jauhi asap rokok dan perokok. Jika ada ahli keluarga yang merokok, ini masa terbaik untuk berhenti.

Minimakan aktiviti di luar
Kurangkan aktiviti luar. Isi masa di rumah dengan aktiviti lain sehingga keadaan jerebu berkurang atau hilang sepenuhnya.

Jika anda memilih untuk menutup tingkap dan menggunakan penghawa dingin, pastikan penghawa dingin berada dalam keadaan baik dan telah diselenggara bagi mengelakkan habuk terkumpul. Juga kurangkan asap daripada sumber dalam rumah seperti membakar lilin atau menggunakan dapur gas.

Jika terpaksa keluar, pastikan anda dan anak-anak memakai penutup mulut.

Kebersihan
Dalam apa juga keadaan, amalan kebersihan yang baik sangat membantu mengurangkan risiko. Justeru, pastikan rumah sentiasa bersih dan galakkan penghuni rumah untuk membasuh tangan terutama setelah keluar rumah.

Minum air
Pastikan anda dan anak-anak mendapat cecair dalam badan yang mencukupi. Minum 8 – 10 gelas air sehari.

Vitamin C
Vitamin C dapat membantu membina sel dalam badan. Pastikan tubuh badan mendapat Vitamin C sama ada melalui pengambilan makanan tambahan atau secara semulajadi melalui sayuran dan buah-buahan.

Kopi dan alkohol
Hindari alkohol dan kopi kerana kedua-dua minuman ini mengeringkan tubuh dan mengeluarkan nutrien dari badan.

Rehat
Mendapat rehat secukupnya membantu memperbaik dan menyegarkan tubuh semula. Tidur yang cukup juga dapat memperkukuhkan sistem imunisasi dan mengelakkan sakit ketika jerebu.

Teruskan menyusu
Susu ibu amat baik untuk meningkat imunisasi bayi. Jadi jika anda menyusukan bayi, teruskan dan pastikan bayi mendapat susu secukupnya.

Sesak nafas atau asma
Jika ada ahli keluarga yang menghidap asma, segera berjumpa doktor dan dapatkan langkah pencegahan daripada pakar kerana jerebu boleh memburukkan lagi keadaan pengidap asma.

BERKAIT: Fight the haze with Traditional Chinese Medicine

 

Rujukan:

Haze shrouds Singapore and Malaysia
How to Protect Yourself from the Haze
Haze: Protecting your baby
Haze and your pregnancy
Health Effects of Haze (and How You Can Protect Yourself)
Jerebu dan kesihatan

Adakah anda terkesan dengan keadaan jerebu yang sedang melanda? Kongsikannya di ruangan komen di bawah.

We Recommend

Read by 3 million parents!

Don't miss out on the best parenting tips.

×

Like us on Facebook?

theAsianparent Survey | Win prizes! »