10 Cara Untuk Elak Anak Anda Hilang Atau Sesat Di Khalayak Ramai

undefined

Anak kakak saudara saya nyaris hilang di pantai ketika mereka sedang bercuti. Senario anak hilang boleh jadi satu mimpi buruk yang tidak akan dilupakan! Bagaimana ingin mengelaknya? Kami ada 10 cara yang boleh membantu!

Teringat kejadian ngeri yang menimpa kakak saudara saya dua hari lepas. Anaknya hilang di pantai ketika mereka sedang enak bercuti!

Ha… jangan ambil mudah tentang hal ini. Senario anak hilang boleh jadi satu mimpi buruk yang tidak akan dilupakan!

Senario ini adalah senario biasa, yang kerap terjadi di kalangan kanak-kanak yang masih muda; berusia antara 3 hingga 5 tahun.

Sebab utama kanak-kanak usia ini kerapkali hilang atau sesat adalah kerana mereka lebih cenderung untuk terbawa-bawa dengan persekitaran hingga mereka leka. 

Tambahan lagi jika mereka didorong oleh keinginan untuk meneroka sesuatu benda dengan sendiri. Lagipun, mereka masih tidak boleh mengingati maklumat diri yang penting.

Jadi, apa yang patut semua ibu bapa buat? Takkan kita tak boleh pergi bercuti dan membawa anak-anak lagi, tanpa rasa risau??!!

Jangan risau. Kami ada 10 cara yang boleh membantu mengelak anak anda daripada hilang atau sesat ini!

1. Rancang percutian/perjalanan anda dengan teliti

Jika anda sudah mempunyai rancangan, pastikan anda tahu tentang maklumat kawasan tersebut. Contohnya adakah tempat itu penuh dengan ramai orang, atau menyediakan “kids’ zone” untuk kanak-kanak.

2. Sediakan kad identiti

Tulis nama anak, tarikh lahir, alergik atau kondisi kesihatan yang perlu diketahui (jika ada) dalam kad identiti anak anda. Letak kad identiti ini DALAM baju atau poket anak anda. Pastikan mereka tahu ada kad identiti dalam poket itu! Kad identiti itu juga perlu ada nombor telefon anda dan pasangan.

Jika anda duduk di hotel (ketika bercuti), ambil kad perniagaan hotel tersebut dan selitkan dalam poket mereka.

3. Beri anak pakai baju dengan warna cerah

Sebelum kalian keluar rumah, pakaikan baju dengan warna cerah pada anak anda. Atau anda boleh pilih warna neon. Warna cerah boleh membantu anda mengesan mereka di khalayak ramai.

10 Cara Untuk Elak Anak Anda Hilang Atau Sesat Di Khalayak Ramai

4. Tetapkan “meeting place”

Sebelum ke sesuatu tempat, pastikan anda memberitahu atau menunjukkan pada mereka sebuah meeting place. Meeting place penting jika mereka hilang. Contohnya pilih tempat yang senang mereka ingat seperti kaunter pertanyaan, kedai aiskrim atau restoran McDonald berdekatan.

10 Cara Untuk Elak Anak Anda Hilang Atau Sesat Di Khalayak Ramai

Kredit gambar: SAV Visitor Information Center

5. Ajar anak anda pesanan penting ini!

Seorang kanak-kanak di Amerika Syarikat berjaya menyelamatkan dirinya daripada diculik orang asing dengan mengingati pesanan penting ibunya ini! –

  • Jika hilang atau sesat, minta tolong pada orang tertentu sahaja – iaitu pada ibu yang berjalan dengan anaknya atau pegawai keselamatan.
  • JANGAN minta tolong pada lelaki atau wanita yang berjalan seorang diri.
  • ORANG DEWASA TIDAK AKAN MEMINTA PERTOLONGAN KANAK-KANAK, jadi jangan tolong orang tak dikenali!
  • Kekal di meeting place jika sesat. Tunggu di situ saja!

10 Cara Untuk Elak Anak Anda Hilang Atau Sesat Di Khalayak Ramai

6. Simpan gambar terkini anak anda

Lebih bagus jika anda memiliki gambar terkini mereka. Apa kata sebelum keluar atau ingin pergi bercuti, tangkap gambar terkini anak anda dahulu.

7. Jangan tinggalkan mereka berseorangan!

Walau dalam sebarang keadaan! Seorang kanak-kanak nyaris diculik ketika ibu bapanya masuk ke dalam tandas!

10 Cara Untuk Elak Anak Anda Hilang Atau Sesat Di Khalayak Ramai

8. Labelkan nombor telefon anda

Salah seorang rakan saya telah meulis nombor telefonnya pada tangan semua anak-anak dengan permanent marker. Anda juga boleh melabelkan nombor telefon anda pada pakaian anak-anak. Tulis nombor telefon terus!

10 Cara Untuk Elak Anak Anda Hilang Atau Sesat Di Khalayak Ramai

9. Beli peranti pengesan dengan GPS

Memanglah peranti ini agak mahal…. tapi kalau anda ada satu, anda tak perlu risau lagi! Pastikan peranti ini sentiasa dengan anak anda.

10. Sentiasa berwaspada

Kita tak tahu apa yang boleh terjadi, kan? Jadi, lebih baik anda sentiasa berwaspada. Jangan mudah mempercayai individu yang tak dikenali. Dunia kini penuh dengan pelbagai individu yang berniat untuk mencederakan kanak-kanak. Berhati-hati ya, semua!

Semoga panduan yang mengandungi 10 cara untuk mengelak anak-anak anda daripada sesat dan hilang ini membantu. Jom kongsi artikel ini!

 

Sumber rujukan: Parenting Nation, Travel Mamas dan The Chill Mom

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!