10 Hadiah Terbaik Untuk Ibu Baru

Tak tahu nak beli apa buat hadiah ibu baru, kan? Bosan sangat asyik beri hadiah pakaian dan penjagaan bayi. Jom cuba beri hadiah lain pula!

Baby shower rakan baik anda minggu hadapan. Hadiah masih belum dibeli. Nak beli apa, ya? Serabut kepala memikirkan sebarang hadiah yang sesuai untuk ibu baru.

Sebenarnya, ada pelbagai pilihan benda yang berguna untuk ibu yang baru memiliki cahaya mata ini. Setelah menjadi ibu juga baru saya sedar benda-benda yang boleh dijadikan sebagai hadiah ini amat membantu dalam seharian hidup.

Jadi, jom! Semak senarai hadiah terbaik untuk ibu baru yang boleh meringankan beban mereka.

#1 Soothe Shirt

Lalabu-Simple-Babywearing.jpg

Kredit gambar: Lalabu Soothe Shirt

Wrap yang buruk untuk mengendong bayi? Sudah ketinggalan zaman, lah! Dengan soothe shirt, ibu baru dapat kekal bergaya sambil mengendong si manja. Keselesaan pula terjamin!

#2 Lampin

Semua ibu bapa baru pasti akan berterima kasih dengan hadiah ini. Betul! Sebab nanti, pasti akan ada momen ‘alamak kehabisan lampin!’. Tika itu, lampin daripada anda akan jadi penyelamat.

#3 Tote Bag/Diaper Bag

Diaper Bag

Kredit gambar: The Birth Bag

Salah satu hadiah paling terbaik saya pernah terima ketika baby shower adalah tote bag. Jangan nafikan kepentingan beg ini! Ibu baru perlu biasa dengan beg yang besar bagi menyimpan segala perkakas bayi ketika keluar.

#4 Sound Sensing Sleep Sheep

Kredit gambar: Sharper Image

Tahu tak betapa susah nak tidur dengan cukup bila sudah jadi seorang ibu? Seorang ibu baru pasti akan berterima kasih pada anda dengan hadiah ini!

Sound Sensing Sleep Sheep adalah anak patung dengan bunyi yang boleh menenangkan bayi. Patung ini juga boleh kesan jika si manja menangis atau meragam. Lalu, muzik akan dimain untuk menenangkan mereka. Sesuai diguna ketika ingin tidurkan bayi.

#5 Sabun/kelengkapan mandi organik

Kredit gambar: Dr. Bronner

Kulit bayi sensitif. Jadi, ibu harus menggunakan bahan dari unsur semulajadi atau organik untuk mengelak alahan. Beri hadiah sabun organik atau kelengkapan mandi bayi yang organik. Si manja juga dapat manfaat!

#6 Rantai

Tiada hadiah yang lebih istimewa melainkan si manja yang comel dalam dukungan. Apa kata raikan kehadiran cahaya mata ini dengan hadiah rantai diukir khas buat ibu baru dan si manja? Bakal jadi memori indah buat mereka!

#7 Peralatan makanan bayi

Kredit gambar: IKEA

Hadiah yang paling berguna buat mereka! Kelak, si manja akan mula menerima makanan pepejal. Ibu bapa harus menyediakan pelbagai peralatan makanan bayi yang terdiri daripada pengisar makanan, food dispensing spoon, set kutleri, sippy cup, bib dan bekas menyimpan makanan. Anda hadiahkan lah salah satu daripada peralatan itu!

#8 Puting dengan termometer

Summer Infant Pacifier Thermometer, Teal/White

Kredit gambar: Amazon

Dengan puting ini, ibu baru akan lebih mudah mengambil suhu badan bayi mereka ketika demam. Lagipun, ini antara langkah paling selamat dan bersih untuk mengambil suhu badan si manja!

#9 Tab mandi lembut

Kredit gambar: Blooming Bath

Tak perlu pakai tab mandi yang keras dan sejuk lagi! Si manja boleh mandi dengan selesa dalam tab mandi lembut Blooming Bath!

#10 Mainan untuk gigi si manja

Kredit gambar: New Baby Gift

Gelung untuk si manja gigit bila dia ingin tumbuh gigi sudah ketinggalan zaman! Anda boleh hadiahkan pelbagai mainan untuk gigi yang lebih menarik dan berkesan.

Tak susah pun nak pilih hadiah terbaik untuk ibu baru kan? Apa yang paling seronok, anda tahu hadiah yang anda beri ini amat berguna untuk mereka. Jadi, ringanlah beban mereka ini!

Sumber rujukan: Dodo Burd dan Pregnant Chicken