10 Isteri Jutawan Yang Bijak, Merendah Diri Dan Kelihatan Biasa Saja!

lead image

Mesti ramai yang fikir isteri jutawan adalah wanita supermodel yang sering dimanjakan dengan wang, botoks dan fesyen terkini. Tapi, 10 isteri jutawan ini akan mengubah persepsi anda itu!

Siapa kata jika anda kaya, anda harus menunjuk-nunjuk segala kemewahan yang ada dan berbelanja sakan demi menjaga status? 

10 wanita hebat ini bukti kukuh yang anda tak perlu kaya untuk menunjuk-nunjuk pada dunia! Mereka tak tunduk pada nikmat kekayaan semata-mata. 

10 wanita hebat ini telah mengahwini pasangan masing-masing yang kini menjadi jutawan. Mereka tulang belakang suami tercinta. Mereka bersusah-payah dan menyokong dengan sepenuh hati segala impian suami.

Malah, mereka juga tetap bijak, merendah diri dan kelihatan biasa saja, tanpa sebarang fesyen terkini yang hebat! 

Tak percaya? Jom tengok bukti seperti yang telah dikongsi oleh Bright Side ini dan ambil inspirasi!

#1 Bill dan Melinda Gates

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/06/19KRISTOF master1050.jpg 10 Isteri Jutawan Yang Bijak, Merendah Diri Dan Kelihatan Biasa Saja!

Kredit gambar: The New York Times

Bill dan Melinda Gates pasti duduk di tangga teratas carta! Lihat saja bagaimana Melinda Gates amat merendah diri dan tidak jatuh dalam konsep “kemewahan”. 

Kekayaan: Harta Bill Gates telah mencecah sehingga lebih daripada $80 bilion

Tempoh perkahwinan: 23 tahun. Mereka berdua bertemu pada penghujung tahun 1980-an di sebuah persidangan yang dianjurkan syarikat Microsoft. 

Keistimewaan isteri: Melinda terkenal kerana sifat dermawannya. Malah, mereka berdua juga telah mengasaskan tabung kebajikan terbesar di dunia

#2 Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/06/Mark Zuckerberg Priscilla Chan e1432941369577.jpg 10 Isteri Jutawan Yang Bijak, Merendah Diri Dan Kelihatan Biasa Saja!

Satu lagi pasangan hebat yang amat istimewa!

Kekayaan: Harta bersih pencipta media sosial Facebook ini adalah sebanyak lebih daripada $50 bilion!

Tempoh perkahwinan: 5 tahun. Mereka berkahwin pada 19 Mei 2012 di dalam sebuah majlis sederhana yang dilangsungkan di rumah mereka sahaja! 

Keistimewa isteri: Priscilla amat mempercayai dan menyokong segala usahasama Mark. Beliau juga seorang pakar dalam bidang perubatan kanak-kanak. 

 #3 Warren Buffett dan Astrid Menks

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/06/452079656.jpg 10 Isteri Jutawan Yang Bijak, Merendah Diri Dan Kelihatan Biasa Saja!

Kredit gambar: Bustle

Warren Buffett adalah pengerusi dan pemegang saham terbesar Berkshire Hathaway. Beliau juga adalah salah seorang pelabur dan dermawan yang paling terkenal di dunia. Tapi, isterinya amat merendah diri.

Kekayaan: Harta milik Buffett bernilai hampir $70 bilion!

Tempoh perkahwinan: 11 tahun. Buffett mengahwini Menks selepas kematian isterinya pada tahun 2004. Ketika itu, Astrid bekerja sebagai seorang pelayan

#4 Larry Page dan Lucinda Southworth

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/06/7933710 g e239ded8874a20038703637fbfdf2bfb 2 700x600 1478122462 650 b42be811e5 1480586564.jpg 10 Isteri Jutawan Yang Bijak, Merendah Diri Dan Kelihatan Biasa Saja!

Kredit gambar: dailymail.co.uk

Larry Page adalah salah seorang pengasas Google

Kekayaan: $30 bilion

Tempoh perkahwinan: 10 tahun. Mereka berkahwin sejak tahun 2007. Namun, mereka cuba mengelak daripada terlalu terdedah pada perhatian umum.

Keistimewaan isteri: Lucinda amat merendah diri walaupun dikurniakan muka yang cantik. Beliau seorang pelajar jurusan kedoktoran di Stanford, Oxford dan University of Pennsylvania dan amat benci paparazzi.

#5 Jeff dan MacKenzie Bezos

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/06/mackenzie bezos amazon bloomberg 750.jpg 10 Isteri Jutawan Yang Bijak, Merendah Diri Dan Kelihatan Biasa Saja!

Kredit gambar: Business Journal

Jeff Bezos adalah pengasas Amazon

Kekayaan: Hampir $60 bilion

Tempoh perkahwinan: 24 tahun. Pada tahun 1992, pejabat kedua-dua pasangan ini bersebelahan. Jeff terpesona dengan MacKenzie selepas pertemuan itu.

Keistimewaan isteri: MacKenzie adalah wanita biasa; penulis novel yang memiliki sifat dermawan. Dia dan pasangan menderma hampir $15 juta pada program neurosains.

#6 Amancio Ortego dan Flora Perez Marcote

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/06/1294712 3fd77a426fe92923e38a74d26944e0bc orj.jpg 10 Isteri Jutawan Yang Bijak, Merendah Diri Dan Kelihatan Biasa Saja!

Kredit gambar: Business H&T

Amancio Ortego memiliki Inditex, sebuah syarikat multinasional dengan pelbagai nama jenama besar seperti Zara, Massimo Dutti, Bershka dan sebagainya.

Kekayaan: $70 bilion

Tempoh perkahwinan: 16 tahun. Mereka berkahwin selepas Flora menjadi setiausaha Amancio. 

#7 Stefan dan Carolyn Persson

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/06/7934210 12 stefan persson 1480332688 650 af57fba902 1480586564.jpg 10 Isteri Jutawan Yang Bijak, Merendah Diri Dan Kelihatan Biasa Saja!

Kredit gambar: Prabook

Stefan Persson adalah pengerusi lembaga pengarah di syarikat H & M. Tapi seperti suaminya, isteri Stefan juga amat merendah diri dan benci “publisiti”.

Kekayaan: $20 bilion

Tempoh perkahwinan: 23 tahun.

#8 Jack Ma dan Zhang Ying

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/06/thanhdat thegioigame vn jack ma 2 1483098770870 1483154869505.jpg 10 Isteri Jutawan Yang Bijak, Merendah Diri Dan Kelihatan Biasa Saja!

Kredit gambar: Cafe Biz

Jack Ma adalah pengerusi kumpulan syarikat Alibaba

Kekayaan: $25 bilion

Tempoh perkahwinan: 27 tahun. Jack Ma telah mengahwini Zhang Ying pada tahun 1980-an. Zhang Ying sentiasa membantu dan menyokong Jack. Malah, Zhang Ying yang mengajar Jack bahasa Inggeris!

#9 Bernard Arnault dan Hélène Mercier

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/06/7934010 wx1080 1478124829 650 4274764f84 1480586564.jpg 10 Isteri Jutawan Yang Bijak, Merendah Diri Dan Kelihatan Biasa Saja!

Kredit gambar: Splashnews.com

Bernard adalah pemilik jenama Dior, Givenchy, Selin, Lacroix, Kenzo, Guerlain, Sephora, Hennessy, Moёt & Chandon, Dom Perignon, Pommery, Veuve Clicquot, dan rumah fesyen Krug.

Kekayaan: $30 bilion

Tempoh perkahwinan: 26 tahun

Keistimewaan isteri: Mereka bercinta atas dasar connection yang dibina. Helene adalah seorang pemain piano dan Bernard amat menggemari muzik klasik.

#10 David dan Julia Koch 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/06/David and Julia Koch.jpg 10 Isteri Jutawan Yang Bijak, Merendah Diri Dan Kelihatan Biasa Saja!

Kredit gambar: Inhabitat

David Koch adalah ketua syarikat Koch Industries, yang memiliki kepakaran dalam bidang perdagangan, pelaburan, pemprosesan minyak, pengeluaran bahan kimia, bahan tiruan dan plastik.

Kekayaan: $40 bilion

Tempoh perkahwinan: 20 tahun.

Keistimewaan isteri: Julia jarang muncul di khalayak ramai dan mendedikasikan masanya untuk mengurus badan amal dana Koch.

Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada anda untuk tidak tunduk pada erti “kemewahan” dan sentiasa menyokong malah menjadi tulang belakang kepada suami tercinta. Mari kita eratkan ikatan ini dengan nilai kasih sayang yang sebenar.

Sumber rujukan: Bright Side dan Business Insider

Kredit gambar: The New York Times

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!