10 Kepercayaan Tentang Bayi Yang Salah Dan Perlu Diketahui Ibu Bapa

Sebenarnya, ibu bapa sering mempercayai beberapa mitos tentang bayi yang disangka betul. Jadi, sebelum anda percaya mitos yang nyata tidak benar, jom ketahui 10 mitos bayi yang sering ibu bapa percaya!

Biasalah, semakin maju teknologi semakin mudah kita ibu bapa mencari maklumat dan info-info kesihatan yang berguna buat anak-anak. Kadang-kadang, kemajuan teknologi digunakan untuk mencari jalan penyelesaian dan sebarang kepercayaan yang boleh merawat sesetengah penyakit.

Tambahan lagi, pelbagai "petua" tentang bayi akan anda peroleh selepas dikurniakan cahaya mata. Tapi, adakah semua petua dan kepercayaan ini boleh diguna pakai?

Hari ini saya akan membongkarkan 15 mitos atau kepercayaan tentang bayi yang salah dan wajib diketahui oleh semua ibu bapa. Tapi sebelum itu, kita akan mengupas tentang apakah itu mitos. Mitos adalah kepercayaan yang telah diturunkan oleh generasi terdahulu. Sesetengah kepercayaan mungkin terbukti benar, tetapi masih ada yang tiada kaitan langsung.

Jadi, sebelum anda terikut-ikut akan "kepercayaan" atau mitos yang nyata tidak benar, lebih baik anda kenal pasti apakah mitos tersebut. Jom baca mitos-mitos tentang bayi yang disenaraikan di bawah!

 

Mitos 1: Pisang ranum harus menjadi makanan pepejal pertama bayi

Fakta sebenar: Ini bukan peraturan wajib. Anda juga boleh memberikan bijirin dengan nasi. Ia kaya dengan zat besi dan senang dihadam.

Mitos 2: Bayi tak boleh mandi jika demam

Fakta sebenar: Tak salah memandikan bayi walau ketika demam atau selesema. Tapi, lindungi mereka daripada kesejukan. Jika demam teruk, hanya sapukan badannya dengan span.

Mitos 3: Produk semulajadi seperti haldi dan besan lebih bagus dari syampu dan sabun

Fakta sebenar: Memang produk semulajadi ini bagus, tetapi besan juga boleh mengakibatkan kulit bayi kering. Jadi, lebih baik guna produk yang dikhusus khas untuk bayi.

Mitos 4: Tumbuh gigi punca bayi demam

Fakta sebenar: Tumbuh gigi memang boleh menyebabkan demam, tapi tidak lebih dari 100 degree, Tapi jika bayi tidak diberikan teethers yang bersih dan distenril, ia bahaya! Perhati 5 simptom bahaya ini yang tidak harus dihirau jika bayi demam.

Mitos 5: Sedu adalah sebab bayi haus

Fakta sebenar: Sendawa sebenarnya perkara biasa saja. Biasanya pada bulan-bulan terawal, bayi hanya perlu minum susu badan. Tak perlu air tambahan.

Mitos 6: Jika bayi bersin, dia akan demam

Fakta sebenar: Bayi tak bersin seperti kita. Biasanya, bayi bersin hanya kerana ingin membersihkan hidung. Tapi kalau ia terlalu kerap, mungkin dia akan demam!

Mitos 7: Aspirin paling bagus untuk merawat demam bayi

Fakta sebenar: Salah! Aspirin tidak digalakkan untuk bayi!

Mitos 8: Minum susu menyebabkan hingus lebih banyak ketika selesema

Fakta sebenar: Susu tak akan memberi kesan pada saluran pernafasan dan hingus ketika selesema. Melainkan anak anda alergik pada susu. Jadi, susu tak ada kaitan dengan penghasilan hingus ketika selesema.

Mitos 9: Sapu alkohol di kulit bayi boleh mengurangkan demam

Fakta sebenar: Salah! Demam bayi mungkin boleh bertambah buruk. Alkohol akan menyerap dengan lebih pantas dan menyebabkan suhu badan meningkat.

Mitos 10: Vaksin tak perlu diberikan

Fakta sebenar: Pakar kesihatan amat tidak bersetuju dengan mitos ini. Kanak-kanak akan mudah dijangkiti selesema dan demam jika tidak diberi vaksin. Vaksin amat penting!

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda, ibu bapa semua. Mari hapuskan kepercayaan-kepercayaan dan mitos karut ini! Lagipun, ia tidak mendatangkan faedah kepada anda dan anak-anak.

Artikel terjemahan: Parenting Nation