10 Makanan Peninggi Badan Untuk Kanak-Kanak Dan Remaja

Tinggi badan adalah faktor genetik, namun ia juga dipengaruhi oleh nutrisi makanan yang tepat. Mari ketahui 10 makanan peninggi badan yang sebaiknya diberikan pada anak anda.

Makanan peninggi badan — Mungkin kita sering bertanya-tanya, apakah jenis makanan yang boleh membantu pertumbuhan anak-anak?

Tidak dapat disangkal lagi bahawa tinggi badan sering menjadi topik dalam perbualan antara ibu ayah. Kalau anda nak tahu, banyak faedahnya jika anak anda tinggi.

Kajian menyatakan yang kanak-kanak yang tinggi cenderung untuk mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi berbanding rakan lain.

Meskipun tinggi badan dipengaruhi oleh faktor genetik, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa faktor-faktor luaran juga memainkan peranan.

Antaranya seperti senaman, tidur yang cukup, dan nutrisi yang berkhasiat, dapat membantu anak untuk tumbuh secara maksimum.

Tubuh badan yang pendek juga boleh terjadi akibat faktor luaran, hasil daripada pertumbuhan yang lambat kerana khasiat yang tidak mencukupi. 

Jadi, mengikuti pola makan yang seimbang adalah sangat penting untuk meningkatkan prospek pertumbuhan anak anda.

Secara umumnya, tubuh memerlukan tiga jenis nutrisi ini untuk membangunkan otot, tisu, ligamen, dan tendon yang kuat;

Protein

Ia adalah ibarat bata bagi rumah. Protein sangat penting untuk membentuk kondisi tubuh.

Protein mengandungi amino yang merangsang hormon pertumbuhan yang sangat penting untuk menjaga kesihatan tulang, otot, organ, kulit, dan gigi.

Kekurangan protein dapat menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti kehilangan jumlah otot, pertumbuhan abnormal, sistem imun tubuh yang lemah, dan perkembangan mental yang tidak mencukupi.

Mineral

Makanan yang mengandungi mineral seperti magnesium, fosfat, fluorida, sodium, zat besi, dan mangan juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan tinggi badan.

Manakala kalsium pula adalah mineral yang penting untuk pertumbuhan dan pemeliharaan tulang yang kuat.

Minuman berkarbonasi (soda), garam berlebihan, gula, lemak dan kopi harus dikurangkan kerana ia merupakan inhibitor kalsium (melambatkan pencernaan kalsium), sehingga dapat mempengaruhi pertumbuhan anak anda.

Vitamin

Vitamin D sangat penting untuk perkembangan tulang yang kuat dan sihat. Kekurangan vitamin D dapat mengakibatkan gangguan pertumbuhan dan tulang yang lemah.

Selain itu, vitamin D diperlukan oleh tubuh untuk membantu penyerapan kalsium.

Selain daripada vitamin D, vitamin lain seperti vitamin A, B11, B2 atau riboflavin, vitamin C dan vitamin F (fatty acid) juga diperlukan untuk pertumbuhan yang normal.

Berikut adalah 10 jenis makanan peninggi badan yang bersumberkan protein, mineral dan vitamin seperti disebut di atas.

10 makanan peninggi badan bersumberkan protein, mineral dan vitamin penting

1. Susu 

makanan peninggi badan susu

Sumber: The Asian Parent Indonesia

Susu adalah salah satu makanan peninggi badan yang cukup penting kerana ia membekalkan kalsium serta vitamin D pada tubuh anak anda.

Susu juga mengandungi vitamin A yang dapat memelihara kalsium dalam tubuh. Bagi remaja, mereka sebaiknya mengambil susu tanpa lemak atau rendah lemak yang mengandungi protein.

2. Produk susu lainnya

Selain susu, anak anda juga perlu mengambil produk susu lain untuk mendapatkan kesan maksimum pada tinggi badan.

Produk susu seperti keju dan yogurt yang kaya dengan vitamin A, B, D, dan E juga mengandungi protein dan kalsium.

3. Buah dan sayuran

Selain membantu menambah tinggi badan, buah-buahan dan sayuran juga berperanan penting dalam gaya hidup sihat. Ia adalah sumber vitaminseratkalium, dan folat.

Buah-buahan seperti tembikai, jeruk, betik, mangga, markisa, dan aprikot banyak mengandungi vitamin A yang diperlukan untuk pertumbuhan tulang, tisu dan otot.

Vitamin A juga terkandung dalam sayuran seperti labu, brokoli, bayam, kubis, ubi dan lain-lain.

Selain itu, buahan beri, kentang dan tomato juga mengandungi vitamin C yang membantu pertumbuhan tulang yang sihat dan membantu meninggikan tubuh badan.

4. Ayam

makanan peninggi badan ayam

Sumber: Delish.com

Ayam adalah salah satu sumber protein tertinggi di antara makanan haiwan lain. Bahkan, ayam menyediakan sejumlah besar protein bagi tubuh untuk membina tisu dan otot.

5. Daging lembu

Seperti ayam, daging lembu juga merupakan sumber protein yang tinggi. Namun, berhati-hati dalam memberinya kepada si kecil anda ya.

Ini kerana daging lembu turut mengandungi lemak yang dapat meningkatkan kadar kolesterol.

6. Kanji dan bijirin

Kanji dan bijirin adalah sumber karbohidrat yang baik. Ia membantu membekalkan tenaga pada tubuh.

Selain itu juga, ia menyediakan vitamin B, serat, zat besi, magnesium dan selenium.

Beras perang, jagung, roti, dan pasta dari gandum dapat memenuhi kalori yang diperlukan oleh anak-anak yang sedang tumbuh dan meninggi.

7. Telur

makanan peninggi badan telur

Sumber: The Asian Parent Indonesia

Telur yang kaya protein juga merupakan satu makanan peninggi badan yang boleh anda berikan kepada anak anda.

Ia merupakan sumber protein yang baik.  Selain itu juga, ia mengandung vitamin B2, yang dikenal sebagai riboflavin.

8. Soya

Mengapa soya termasuk dalam senarai makanan peninggi badan? Ini kerana protein asli yang terkandung dalam soya dapat meningkatkan jisim tulang dan tisu.

Bagi remaja yang sedang meningkat tinggi badan, ia disarankan untuk mereka mengambil 50 gram soya setiap hari.

9. Oatmeal

Oatmeal juga mengandungi sumber yang kaya dengan protein sayuran. Ini membantu dalam meningkatkan jisim otot dan mengurangkan lemak. Ia disarankan untuk anak anda  mengambil oatmeal sebagai sarapan setiap hari.

10. Ikan

makanan peninggi badan salmon

Sumber: Foodicious.club

Salah satu makanan peninggi badan terbaik adalah ikan. Salmon dan tuna adalah dua jenis ikan yang sangat kaya dengan vitamin D dan protein!

Untuk memaksimumkan pertumbuhan anak, anda harus mencuba memasukkan sepuluh kelompok makanan peninggi badan ini secara teratur dalam diet anak anda.

Anda boleh merancang dan menyiapkan menu makanan mereka dengan menggunakan informasi yang kami kongsikan di sini.

Diet sebegini memastikan yang anak-anak anda memiliki pemakanan yang sihat, dan juga menambahkan lebih banyak variasi makanan ke dalam hidangan mereka.

Selain pola makan yang betul, mendorong anak anda untuk kekal aktif dan menghabiskan waktu di luar rumah juga adalah penting bagi tumbesaran mereka.

Aktiviti fizikal yang mencukupi dapat membantu dalam meningkatkan tinggi badan mereka.

Semoga informasi ini bermanfaat, ibu ayah!

Sumber: The Asian Parent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Formula Mudah Untuk Ramal Tinggi Anak Apabila Dewasa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!