10 nasihat 'kelakar tetapi benar' buat bakal ibu bapa baru

Sekiranya sahabat anda memberikan nasihat ini kepada anda, ini bermakna mereka juga melaluinya dengan jujur dengan anda tentang situasi ini

Tidak dinafikan pelbagai nasihat akan disampaikan kepada pasangan yang bakal menimang cahaya mata untuk buat pertama kali. Tetapi nasihat tentang 'realiti kehidupan setelah menjadi ibu bapa' ini amat mencuit hati dan sememangnya betul!

1. Anda yang akan lebih memerlukan tidur, bukan bayi anda.

Ini memang tidak dapat disangkal. Anda akan berjaga malam kerana bayi baru lahir memang kerap menangis dan di waktu siang akan terpaksa bekerja atau menguruskan hal rumah. Anda akan perlu 'mencuri' masa tidur anda untuk mendapatkan rehat.

2. Jika anda memakaikan mereka pakaian comel, mereka akan berak. Jika anda memakai pakaian cantik, mereka akan berak.

Tahukah anda bayi baru lahir memang akan kerap berak? Walaupun mereka baru lepas berak 2 minit yang lepas! Sering kali terjadi ialah najis mereka terkena baju comel mereka dan baju kita. Jadi, jika ingin keluar berjalan-jalan, bawa baju lebih untuk anda dan bayi anda.

3. Anda akan menjadi obses dengan najis bayi anda.

Najis adalah satu medium utama untuk tahu sama ada bayi anda sihat atau tidak. Warna dan tekstur sangat memainkan peranan penting. Boleh rujuk maklumat ini di perkongsian kami sebelum ini.

4. Mempunyai bayi umpama mendapat panggilan 'misteri' setiap hari pada setiap jam di waktu malam.

Hahaha...ini sebenarnya pada awal kelahiran bayi anda, anda belum dapat mengikut rentak bayi anda bangun malam. Sama ada lapar atau kerana lampin yang basah. Lama-kelamaan ianya bukan 'misteri' lagi.

5. Secantik mana anda hiaskan bilik bayi, mereka tetap akan tidur dengan anda.

Ini kerana anda akhirnya akan meletakkan mereka di dalam bilik anda untuk memudahkan anda melayan mereka ketika mereka berjaga malam. Juga, lebih mudah untuk memantau keadaan mereka.

6. Anda akan menangis sebanyak mana anak anda menangis.

Ini bukanlah petanda buruk. Kadang-kala, menjadi ibu bapa buat pertama kali, banyak benda yang akan membuatkan kita stress dan terharu. Dua hal ini akan membuatkan mata kita berair.

7. Selepas bersalin, pakai pakaian tidur sepanjang tempoh berpantang untuk mengelakkan orang mengganggu 'rehat' anda.

Biasalah awal-awal kelahiran kita memerlukan sebanyak rehat yang mungkin. Dengan adanya tetamu yang kerap datang, boleh membuatkan badan kita kurang berehat.  Menyesuaikan diri dengan seorang manusia baru di rumah bukanlah sesuatu yang mudah!

8. Setiap fasa bayi anda adalah mencabar, ia tidak akan berakhir

Lain fasa, lain cabarannya. Malah lain anak, lain ragamnya. Ia seperti satu ekspidisi yang sentiasa bersambung. Namun, sebagai ibu bapa, kita pasti akan jumpa cara mengendalikannya.

9. Bersedia untuk di adili dari setiap sudut menjadi ibu bapa

Ambil yang positif, abaikan yang negatif. Kita tidak akan dapat menutup mulut orang. Jadi, kita harus tidak menjatuhkan diri kita dengan mengambil hati dengan kata-kata orang luar yang tidak melalui apa yang kita lalui.

10. Panduan ibu bapa sempurna? Itu mitos semata-mata

Sempurna atau tidak, hanya kita yang tentukan hal ini. Bukan orang lain. Jika kita rasa kita sudah memberikan yang terbaik dan merasakan itu sudah cukup sempurna untuk anak kita, ini sudah memadai. Bukan sebarang pingat atau sijil.

187592618

Sekiranya sahabat anda memberikan nasihat ini kepada anda, ini bermakna mereka juga melaluinya dengan jujur dengan anda tentang situasi ini.

Terima ia dari sudut yang positif dan tidak takut untuk menjalani kehidupan sebagai ibu bapa. Sebenarnya, walau banyak cabaranya, anda akan tersenyum dengan pelbagai pengalaman yang anda lalui.

 

Sumber: parents, huffington post, cool mom picks