10 Perkara Anda Akan Tahu Mengenai Suami Anda HANYA Selepas Anda Melahirkan Anak!

10 Perkara Anda Akan Tahu Mengenai Suami Anda HANYA Selepas Anda Melahirkan Anak!

Kehadiran cahaya mata akan mengubah hidup anda dengan cara yang anda tidak mungkin jangkakan. Apakah antara perkara yang akan anda ketahui tentang suami anda hanya selepas kelahiran anak anda? Jom baca dan lihat betul atau tidak.

Kelahiran bayi, terutamanya yang pertama, sememangnya berkat buat kita suami isteri.

Saya pasti anda akan bersetuju dengan kenyataan ini. Anak kecil hadir ke dalam hidup kita dan mengubah perkahwinan kita dengan cara yang tidak mungkin kita jangkakan.

Pernahkah anda tertanya-tanya apakah perubahan itu?

Berikut adalah antara 10 perkara yang anda akan tahu tentang suami anda HANYA selepas anda melahirkan anak!

1. Adakah dia seorang ayah yang hebat?

Pastinya, suami anda mungkin akan bercakap besar tentang keupayaannya untuk menjadi seorang ayah yang hebat sebelum kelahiran anak anda. Cakap memang senang, kan? hehe.

Tetapi, hanya selepas dapat anak, barulah kita boleh tahu sama ada dia mampu atau tidak untuk buat apa yang diperkatakan.

Cara dia mandikan bayi, sama ada tahu dia atau tidak cara periksa suhu susu sebelum memberikan botol susu itu pada anak, atau cara menidurkan anak, semua itu adalah perkara yang anda HANYA akan tahu tentang suami anda hanya selepas bersalin!

10 Perkara Anda Akan Tahu Mengenai Suami Anda HANYA Selepas Anda Melahirkan Anak!

2. Dia menjadi lebih serius dengan kerjayanya.

Komitmen suami anda pada kariernya mungkin akan menjadi semakin jelas apabila keluarga anda mula berkembang.

Sebelum ini, hanya ada dua mulut untuk diberi makan. Dengan anak yang baru dilahirkan, dia kini perlu memikirkan bagaimana untuk menjaga dan menampung kehidupan anaknya.

Dia mungkin mempertimbangkan untuk mula naik pangkat, atau mungkin dia kini mahu memulakan perniagaan untuk menambahkan pendapatan.

Jadi, ibu-ibu, pada masa ini, apa yang diperlukan oleh suami adalah kasih sayang dan sokongan padu dari anda!

3. Dia bukan seorang yang suka berjaga malam!

Kalau anda ada pengalaman mengasuh atau menjaga anak kecil sebelum ini, saya pasti anda tahu apa yang perlu dijangkakan bila ada anak kecil.

Kelahiran seorang bayi hadir dengan satu "kos" yang besar, iaitu tiada tidur malam yang nyenyak.

Pada masa ini, anda mungkin menyedari sesuatu tentang suami anda - dia tidak suka bangun dan berjaga malam!

Bila si kecil menangis tengah malam, rileks sahaja dia menyiku anda supaya bangun buatkan susu.

Paling teruk, dia mungkin tidak sedar langsung walaupun si kecil tengah teriak bagai nak rak!

4. Adakah dia seorang penyabar?

Sebaik sahaja bayi anda menyertai "pasukan" anda suami isteri, situasi boleh menjadi kelam-kabut.

Anak anda itu mungkin kecil sahaja, tetapi percayalah! Dia akan menuntut setiap perhatian dan masa anda serta suami.

Jadi, sama ada suami anda bersabar atau tidak, itu adalah satu lagi perkara yang akan anda ketahui tentang suami anda hanya selepas kelahiran bayi anda!

Adakah dia akan mendukung anak yang menangis itu dan menenangkannya? Atau adakah dia akan meninggalkan rumah untuk mendapatkan "ketenangan" di luar?

Inilah masa untuk mengetahuinya!

10 Perkara Anda Akan Tahu Mengenai Suami Anda HANYA Selepas Anda Melahirkan Anak!

5. Dia menjadi penyayang.

Saya telah melihat banyak komen tentang bagaimana perkara akan berubah di dalam sesebuah perkahwinan selepas kelahiran seorang bayi. Ada yang positif dan ada yang negatif.

Tetapi, saya percaya yang seorang lelaki sejati akan menjadi lebih penyayang sebaik sahaja dia melihat insan lain yang juga sebahagian daripada dirinya!

Dia mungkin akan lebih menghargai anda setelah melihat kesukaran anda selama sembilan bulan dan menyaksikan proses bersalin. Siapa tahu?

Penjagaan yang diberikan oleh si suami semasa anda mengandung mungkin juga akan berterusan selama bertahun-tahun selepas kelahiran si kecil. Cepat kata "Amin"!

6. Adakah dia seorang ayah yang rajin?

Selepas bersalin, kita, ibu-ibu, akan mempunyai sedikit masa untuk berehat dari semua kerja di rumah semasa berpantang.

Ia adalah masa untuk suami tersayang mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap isi rumah (kecuali jika anda ada pembantu rumah sepenuh masa!).

Bolehkah dia menyapu lantai dengan kebersihan 100% seperti yang anda lakukan?

Atau mampukah dia menjawab panggilan telefon dan membasuh pakaian pada masa yang sama (ala Ninja)?

Haa...semua ini adalah perkara yang anda akan tahu tentang suami anda hanya selepas melahirkan anak!

7. Adakah dia boleh dipercayai dengan membeli-belah barangan bayi?

Ini satu lagi senario selepas bersalin yang mungkin akan memberitahu anda sesuatu tentang suami anda: anda sibuk bekerja dan anda memerlukan suami anda untuk berhenti di kedai bayi untuk membeli lampin baru.

Anda memberikannya sedikit tugasan "khas" supaya membeli pampers (Jenama A, XL, dan tanpa wangian).

Ada kemungkinan besar dia akan pulang dengan Jenama B, XXL (dia cakap XL dan XXL nampak sama!).

Tapi kalau perkara di atas tidak berlaku, maka, confirmlah! Suami anda memang hebat dan boleh diharap.

Tetapi kalau tidak, jangkakan yang dia akan terus membelikan anda segala-galanya kecuali perkara yang anda perlukan.

Haaa...sama ada dia pandai membeli barangan bayi ataupun tidak - anda hanya akan tahu selepas mempunyai anak.

8. Adakah dia mengendalikan bayi dengan baik?

Beberapa bulan selepas berkahwin dan anda melihat suami anda mendukung bayi rakan anda, memang boleh buat kita rasa bangga.

Pada anda, dia akan menjadi seorang ayah yang sempurna. Tapi, tunggu dulu!

Dia mendukung anak itu hanya beberapa saat sahaja. Bukankah ia terlalu awal untuk memujinya?

Sama ada dia pandai mengendalikan bayi ataupun tidak, ia hanya akan menjadi jelas selepas anda dan suami anda menimang cahaya mata sendiri.

Mengapa? Sebab waktu itu, realiti sebenar akan terjadi bila ada anak sendiri.

Bayi anda akan berteriak apabila dia lapar, dan waktu inilah baru anda dapat melihat kemahiran suami anda untuk memeluk, mendukung, dan memberi makan kepadanya! ;)

9. Dia mempunyai gaya keibubapaan yang unik

Selepas mempunyai anak, anda akhirnya akan menyedari sesuatu tentang suami anda - dia mempunyai gaya keibubapaan yang unik.

Sebagai contoh, kita pasti akan terkejut bila si kecil itu menghentak kepalanya di dinding, tetapi si suami?

Dia hanya akan tertawa dan tidak mempedulikannya. Pada dia, bagus lagi ada.

Kononnya, itu sebahagian daripada proses menjadi budak lelaki sejati...sabar je lah!

10. Adakah dia seorang pasangan yang hebat?

Salah satu perkara penting yang akan anda ketahui mengenai suami anda hanya selepas bersalin adalah sama ada dia seorang pasangan yang hebat kepada anda.

Anda dan suami anda telah berkomitmen untuk bersatu dalam perkahwinan dan berjanji setia untuk mengharungi apa sahaja.

Haa...anak-anak adalah sebahagian daripada perjanjian itu! Adakah dia akan membantu anda dalam menjaga keperluan anak?

Adakah dia akan mengetepikan ego dan membantu dalam tugasan rumah tangga juga? Adakah dia akan terus menjadi suami penyayang?

Itu semua, anda akan tahu hanya selepas kelahiran anak anda!

Rencana diterjemah daripada The Asian Parent Singapore.

Baca juga: 

my.theasianparent.com/gambar-bapa-memegang-anak-sebelum-meninggal-dunia-kanser/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner