10 perkara yang anda TIDAK patut cakap pada wanita hamil

Sebelum bercakap sesuatu dengan wanita hamil, sama ada isteri, adik, kakak atau kawan, sentiasa ingat yang mereka sedang melalui fasa yang besar di dalam hidup mereka jadi sudah tentu mereka akan menjadi lebih sensitif.

Kehamilan… satu fasa yang anda tidak akan faham sehingga anda sendiri melaluinya. Perjalanan trimester pertama yang berlalu pantas hingga ke trimester ketiga yang seakan lebih panjang.

Perubahan hormon yang tidak dapat dikawal, perubahan fizikal badan yang memenatkan dan perasaan teruja bakal berjumpa si permata hati. Bagi yang belum tahu, wanita hamil sangat sensitif jadi berhati-hati dengan ‘nasihat’ dan ‘pujian’ anda terhadap mereka kerana mungkin ia boleh mendatangkan air mata!

1. Awak masih mengandung?

Apa yang anda cuba sampaikan dengan soalan seperti ini? Kehamilan merupakan satu tempoh yang lama. Sudah tentu ia akan mengambil masa sebelum tiba masa untuk bersalin. Bukannya kami ada suis untuk pilih bila kami mahu ‘berhenti’ mengandung dan bersalin.

2. Betul ke awak bukan mengandungkan anak kembar?

“Saiz” ada sesuatu yang sangat sensitif bagi wanita hamil. Melainkan dia sendiri memberitahu anda yang dia sedang mengandungkan anak kembar, JANGAN sesekali membuat andaian kerana ini secara tidak langsung, memberitahu mereka “perut awak terlalu besar untuk seorang bayi”.

3. Saya melalui 96 jam di dalam bilik bersalin dan mendapat banyak jahitan, semoga berjaya dengan giliran awak!

Tidak perlu menakut-nakutkan orang lain yang sedang resah menunggu hari untuk bersalin. Ini hanya akan mendatangkan fikiran negatif untuk wanita hamil dan ianya tidak bagus! Tahukah anda rasa gembira merembeskan hormon yang bagus untuk wanita semasa bersalin? Kongsikan pengalaman manis anda!

4. Adakah anda akan mengambil epidural? Tahukah anda saiz jarum tersebut?

Sekali lagi, tidak perlu menakut-nakutkan orang yang sememangnya sudah resah menunggu hari untuk bersalin!

5. Anak lelaki / perempuan lagi?

Anak dan jantina anak bukanlah sesuatu yang boleh dipilih macam membeli baju di pasaraya. Walaupun mereka mempunyai semua anak lelaki / perempuan, itu merupakan rezeki mereka. Hentikan pandangan sinis anda.

6. Perut awak bulat/bujur seperti … 

Perkara terakhir yang diperlukan oleh wanita hamil ialah rupa fizikal mereka dibandingkan dengan objek atau haiwan.

7. Kenapa awak asyik berpeluh?

Perlu diingatkan, fasa hamil bukanlah fasa yang akan kelihatan sempurna seperti di dalam majalah atau televisyen. Dan, berpeluh adalah normal.

8. Berapa lama anda rasa anda boleh kuruskan badan semula?

JANGAN! Memikirkan soalan ini pun JANGAN. Dia belum lagi bersalin anda sudah membuatkan dia stress dengan ‘berat’ badannya.

9. Bila awak rancang untuk adiknya?

Fuh! Yang dikandung belum lagi keluar anda dan bertanya tentang adiknya? Lebih baik mendoakan yang baik-baik untuk bayi yang bakal lahir itu.

10. Perut anda kelihatan sungguh besar, boleh saya pegang?

10 perkara yang anda TIDAK patut cakap pada wanita hamil

Foto: medical daily

Ya, memang semasa hamil perut akan menjadi besar tetapi bukan untuk dipegang-pegang.

Sebelum bercakap sesuatu dengan wanita hamil, sama ada isteri, adik, kakak atau kawan, sentiasa ingat yang mereka sedang melalui fasa yang besar di dalam hidup mereka jadi sudah tentu mereka akan menjadi lebih sensitif.

Sumber: Parent, menshealth, owlet 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!