10 snek buruk untuk kanak-kanak

lead image

Ketahui 10 jenis makanan ringan atau snek paling buruk untuk kanak-kanak, dan bagaimana untuk memenuhi keinginan tersebut dengan cara yang lebih sihat.

1. Cip kentang

1

Salah satu makanan ringan yang paling lazat, namun paling tidak sihat adalah – cip kentang. Cip kentang amat tinggi dengan lemak, sodium, kalori dan ia juga mampu meningkatkan kadar gula dalam darah dengan mendadak. Hakikatnya – cip kentang amat menggemukkan! Ia mengandungi nilai pemakanan yang minimum, menjadikan ia tanpa kalori.

Jika anda di rumah – anda akan membantu kesihatan anda jika anda menggantikan cip kentang yang dibungkus dengan cip ubi keledek bakar, atau hirisan epal dengan cicahan mentega kacang, untuk di bawa dalam kotak makan tengah hari.

2. Mufin

2

Snek comel yang manis, gebu, lembut dan nyaman – mufin. Mufin yang boleh dibeli di kedai ini sarat dengan kandungan gula dan tepung. Walaupun terdapat buah-buahan di dalam mufin ini, jumlah kandungan nutrisi yang diberikan hampir tidak wujud!

Perisa yang diberi kebiasaannya tiruan dan ditambah dengan gula, menjadikan mufin ini salah satu makanan ringan paling buruk untuk kanak-kanak.

Maka untuk menggantikan snek ini, anda boleh membakar mufin gandum yang dibuat sendiri di rumah – dengan buah-buahan sebenar, agar mufin ini lebih enak dan ternyata lebih sihat.

3. Granola Bars

3

Granola Bars telah dipasarkan sebagai sebuah makanan ringan yang sihat dan bersifat menyeluruh. Maka, makanan ringan ini memberikan ilusi ia sihat untuk dimakan.

Namun – apa yang anda tidak tahu adalah makanan ringan ini amat teruk – menjadikan ia salah satu snek paling buruk untuk kanak-kanak! Ia mengandungi karbohidrat yang diproses, buah-buahan kering (buah-buahan kering tinggi dengan gula), dan diadun bersama dengan gula.

Granola bars ini tidak mengandungi sebarang serat dan sarat dengan kalori. Maka, jika anda bukan merancang untuk lari sejauh lima batu – anda seharusnya menjauhkan diri daripada si licik ini! Untuk menggantikan ia, anda patut membuat granola bars anda sendiri di rumah dengan buah-buahan, kacang dan empingan oat – lebih lazat dan lebih sihat!

4. Jus Oren Sunny D

4

Jus oren adalah minuman untuk sarapan kegemaran semua orang. Namun… jus oren ini juga mungkin adalah jus tiruan yang mengecutkan pakaian anda! Jus oren Sunny D mengandungi hanya 5% jus oren sebenar – dan ia bermaksud 95% daripada jus ini adalah perisa tiruan, sirap gula dan lebih banyak gula!

Satu gelas bersamaan dengan lebih daripada lima batang kitkats. Namun, jus ini dengan mudah boleh digantikan dengan jus oren yang dibuat segar di rumah – dan ia boleh diletakkan dalam botol untuk di bawa ke sekolah.
Gambar: Facebook Jus Oren Sunny D

5. Daging untuk Makan Tengahari

5

Daging untuk sandwic kegemaran kanak-kanak adalah sosej bologna, daging lembu atau ham salai. Namun, dengan memberikan sandwic daging satu bagi setiap hari mampu mendedahkan anak anda dengan bahan pengawet – yakni ia mampu meningkatkan risiko sakit jantung dan kanser.

Walaubagaimanapun, hal ini boleh dielak dengan hanya memberikan anak-anak anda sandwic daging sekali untuk seminggu. Anda juga boleh menggantikan sandwic daging dengan sandwic keju, atau tomato dan timun, atau sandwic mentega kacang.

6. Biskut Kering

6

Biskut kering adalah makanan ringan yang amat berguna kerana ia mampu mengenyangkan anak anda buat seketika. Namun, hakikatnya biskut kering atau crackers ini dibuat daripada tepung putih yang diproses, minyak dan bahan pengawet.

Anda akan lebih berterima kasih pada diri anda di kemudian hari jika anda menggantikan snek ini dengan sesuatu yang lebih sihat!

Ia amat mudah untuk digantikan dengan biskut kering gandum – yang bukan sahaja memberikan anak anda lebih tenaga, malah juga mengenyangkan mereka dengan lebih lama. Malah, mereka juga tidak akan tahu perbezaan rasanya!

7. Gula-gula Gummy Bear

7

Gula-gula gummy bear adalah snek buah-buahan kegemaran semua kanak-kanak, kecuali ia sebenarnya bukanlah snek buah-buahan…langsung! Gula-gula gummy bear ini mengandungi perisa buah-buahan tiruan, dan sarat dengan gula, gelatin dan bahan pengawet.

Tambahan lagi, gula-gula ini juga mudah melekat pada gigi kanak-kanak – mengakibatkan pengumpulan kaviti. Hal ini menjadikan gula-gula gummy bear snek paling buruk untuk kanak-kanak! Untuk snek buah-buahan yang lebih bersifat semulajadi, cuba kranberi atau anggur kering.

8. Minuman Bertenaga

8

Sama ada ia adalah minuman mempertingkatkan vitamin, ataupun minuman isotonik – minuman bertenaga mengandungi kandungan kalori yang tidak diperlukan.

Minuman bertenaga ini direka khas untuk atlet, yang kehilangan vitamin penting kerana menjalankan latihan yang berat. Melainkan anak anda adalah seorang atlet, maka adalah lebih baik untuk kekal dengan minuman jus buah-buahan semulajadi, jus limau semulajadi dan air.

9. Yogurt

9

Kebanyakan yogurt popular yang boleh dibeli di kedai sarat dengan bahan pewarna dan perisa tiruan. Yogurt-yogurt ini juga ditambah dengan gula, dan menjadikan ia sebuah makanan ringan yang sihat kepada sesuatu yang tidak menyihatkan.

Cara terbaik untuk mendapatkan kelazatan yang sama, adalah dengan membeli yogurt kosong rendah lemak, dan dengan campuran buah-buahan segar di dalamnya.

10. Donut

10

Donut digoreng, amat manis, mengandungi bahan pengawet dan tiada nilai nutrisi langsung – secara automatik menjadikan ia salah satu makanan ringan paling buruk untuk kanak-kanak! Donut ini secara puratanya mengandungi kira-kira 300 kalori, dan hanya akan mengenyangkan seseorang selama satu jam.

Bagi mendapatkan kelazatan yang sama, malah menghapuskan kalori – anda boleh cuba menyapukan mentega atas sepotong roti gandum, dan taburkan sedikit kayu manis di atasnya.