10 Tanda-Tanda Kehamilan Peringkat Awal Ramai Wanita Tidak Sedar

10 Tanda-Tanda Kehamilan Peringkat Awal Ramai Wanita Tidak Sedar

Namun adakalanya, wanita seringkali tidak mengetahui dirinya sedang hamil terutamanya di awal kehamilan. Berikut beberapa tanda hamil yang perlu diketahui.

Kehamilan adalah merupakan satu saat yang sememangnya diidamkan oleh setiap wanita. Malah, bagi mereka yang ingin sangat hamil, pastinya mereka akan membaca pelbagai artikel tentang tanda kehamilan kan?

Namun ada juga sesetengah wanita seringkali tidak mengetahui dirinya sedang hamil terutamanya di awal peringkat kehamilan. Situasi ini agak membahayakan lagi-lagi jika gaya hidup anda tidak sihat atau terlalu aktif sebagai contoh sering angkat barang terlalu berat.

Berikut adalah beberapa tanda kehamilan peringkat awal yang perlu diketahui.

10 Tanda Kehamilan Awal Ramai Wanita Tidak Tahu

#1 Mengidam

tanda kehamilan

Perubahan selera makan yang mendadak boleh dijadikan salah satu tanda kehamilan.

Walaupun ini tidak boleh dijadikan garis penentuan kehamilan, tetapi jika ianya diikuti dengan tanda-tanda lain (sila rujuk ciri-ciri seterusnya), segeralah berjumpa dengan doctor anda untuk pengesahan.

#2 Tanda kehamilan: Perubahan pada bahagian puting

Jika anda mula melihat perubahan pada payudara anda terutamanya warna bahagian puting payudara, ini mungkin disebabkan oleh perubahan hormon pada awal kehamilan.

Warna puting akan menjadi lebih gelap dan akan terasa lebih sensitif. Ini juga antara tanda-tanda awal hamil yang ramai wanita tidak tahu.

#3 Tompokan darah dan kekejangan perut

tanda kehamilan

Tompokan darah boleh berlaku seawal seminggu kehamilan. Ini kadang-kala diikuti juga oleh sedikit kekejangan seperti anda sedang mengalami haid.

Proses ini adalah normal ketika sel telur mula melekat pada dinding rahim.

#4 Tanda kehamilan: Sering buang air kecil

Perubahan hormon ketika hamil adalah biasa dan ini secara tidak langsung memberi kesan terhadap sistem pencernaan badan anda.

Dengan perubahan itu, sejajar dengan pembesaran bayi anda, ini akan memberi tekanan terhadap pundi kencing dan seterusnya menyebabkan anda mengunjugi tandas berulang kali.

#5 Merasa letih

tanda kehamilan

Kredit: Freepik

Pasa masa tertentu, anda mungkin akan merasa penat yang amat sekali. Ini juga adalah normal ketika hamil akibat perubahan hormon progesterone.

Dalam masa yang sama, kadar gula dalam darah dan tekanan darah rendah juga boleh menyumbang kepada gejala penat ini.

#6 Perubahan pada payudara

Perkara ini juga seringkali dilalui ketika mengalami kedatangan haid di mana, payudara akan kelihatan tegang, membesar, membengkak, sakit dan mudah sensitif terhadap sentuhan.

#7 Perubahan deria rasa dan bau

10 Tanda-Tanda Kehamilan Peringkat Awal Ramai Wanita Tidak Sedar

Pada awal kehamilan, anda mungkin akan mengalami deria rasa dan bau yang tajam terutamanya terhadap bau-bauan yang tertentu.

Makanan yang anda suka mungkin menjadi sesuatu yang amat memualkan manakala makanan yang anda tidak suka sebelum hamil mungkin akan menjadi sesuatu yang menyenangkan.

#8 Mabuk hamil

Ini adalah salah satu petanda yang kerap-kali menjadi pengukur tanda kehamilan. Mabuk hamil selalunya akan melibatkan rasa loya, muntah-muntah dan kadang-kala ketidakselesaan perut.

Keadaan ini tidak semestinya dilalui oleh setiap wanita yang baru hamil kerana setiap wanita adalah berbeza ketika melalui kehamilan.

Begitu juga dengan masa terjadinya mabuk hamil, ia tidak semestinya berlaku di waktu pagi kerana ia juga boleh berlaku di waktu petang atau malam.

#9 Perubahan kitaran haid

10 Tanda-Tanda Kehamilan Peringkat Awal Ramai Wanita Tidak Sedar

Kredit: Freepik

Petanda ketara sekali ketika hamil adalah kitaran haid yang tiba-tiba lambat atau terhenti. Ini akan menjadi lebih ketara jika anda mempunyai kitaran haid yang teratur.

#10 Ujian hamil positif

Jika anda masih ragu dengan semua petanda di atas, cubalah menggunakan alat ujian hamil untuk memastikan kehamilan anda.

Walaupun cara ini tidak memberi kepastian yang penuh, ia masih boleh membantu anda kerana ujian ini memberi ketepatan 95%-99%.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anda Mempunyai 23 Tanda-Tanda Ini? Anda Sebenarnya Mungkin Sudah Hamil!

Baca juga: 7 Tanda Awal Kehamilan Berdasarkan Pengalaman Ibu-Ibu Sendiri, No.3 Paling Rare!

Baca juga: Vitamin Ibu Mengandung Pada Awal Kehamilan Amat Penting, Elak Risiko Pada Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!