13 Perkara Setiap Ibu Menyusu Bayi Pasti Pernah Alami. Hmmm #4 Tu..

lead image

Setiap ibu akan alami pengalaman menyusu bayi yang penuh sakit dan mencuit hati bersama anak tersayang. Seorang ibu pasti tidak akan lupa 11 perkara ini ketika menyusu bayi anda, kan?

13 perjuangan ibu menyusu bayi dan melayan kerenah anak

Mengapa setiap kali menyusu bayi, pasti macam satu sesi gusti dengan anak? Buat apalah “bergelut” dengan ibu wahai sayangku, apabila ibu hanya mahu memastikan awak cukup susu dan kenyang?

Dari masalah mastitis sehingga ke masalah saluran susu tersekat, tidak cukupkan cabaran seorang ibu menyusu bayi?

Anak nak tambahkan lagi, kan? Saya yakin di antara 13 perkara di bawah, pasti ada yang pernah dialami si ibu yang menyusu bayi! Tak percaya anda tengok sendiri ūüėõ

#1 Bila menyusu bayi, mesti sakit puting

menyusu bayi

Sumber: What to Expect

Penyebab: Puting payudara pasti sakit jika bayi anda menyusu dengan berterusan terutamanya pada minggu pertama selepas dia lahir.

Tanda-tanda sakit puting termasuklah luka pada puting serta puting yang berdarah. Sebenarnya, ramai ibu sering sakit puting kerana kita diajar cara menyusu yang salah.

#2 Bila menyusu bayi, pasti ada kesan gigi akibat bayi gigit

menyusu bayi

Sumber: Breastfeeding Basics

Penyebab: Apabila bayi menggigit semasa menyusu sehingga meninggalkan 4 kesan gigi pada payudara ibu, bersabar dan menangis sajalah yang mampu! 

#3 Bila menyusu bayi, ada kesan gigi akibat bayi gigit tahap gaban!!!

menyusu bayi

Sumber: JoFrancesPhotography 

Penyebab:¬†Apabila bayi anda gigit puting semasa menyusu lalu tarik macam makan keju yang sudah cair atas pizza. Aduhai…

Pernahkah ada ibu yang hampir kehilangan puting begini??

#4 Bila menyusu bayi, dia mesti main puting yang satu lagi sambil menyusu

menyusu bayi

Sumber: Bored Panda

Penyebab : Tengok tu, tangan dia? Dengan dua jari dia akan pusing-pusing, cubit-cubit, tarik-tarik, jentik-jentik puting kita yang satu lagi.  

Nak cakap apa? Bersabarlah… Geli pun ada, aduh!

#5 Bila menyusu bayi, lawak lihat mulut ternganga-nganga

menyusu bayi

Sumber : YouTube

Penyebab : Apabila mulut bayi ternganga-nganga (rooting) kerana dapat hidu susu ibu tetapi ibu belum sempat lagi buka baju.

Aduh, comelnya!

#6 Bila menyusu bayi, dan dua-dua pun nak sekali

menyusu bayi

Sumber: The Bump

Penyebab : Comel sungguh apabila melihat bayi bingung mana satu nak hisap. Sama ada nak hisap jari atau puting ibu, ataupun kedua-duanya sekali?

Akhirnya latching dia teruk dan bayi menangis kerana tidak mendapat susu. Keluar gigi ke anak?

#7 Bila menyusu bayi, dia sibuk nak tahu apa ada dalam mulut ibu itu?

menyusu bayi

Sumber: Pinterest

Penyebab : Jaga-jaga tangan kecil tu. Apabila bayi anda sudah pandai kawal sikit tangannya, mulalah dia sibuk nak korek mulut, nak korek hidung ibulah.

Nanti ada juga yang terkena tamparan dan tumbukan dari si kecil ini semasa menyusu! Haishhh!

#8 Awas! Rambut panjang dan anting-anting

menyusu bayi

“Hmmm .. sedap juga ni.” Gambar Putera George dan Kate Middleton. Sumber: Reuters

Penyebab : Apabila anak sudah puas korek muka ibu semasa menyusu, ada lagi yang lebih menarik!

Ibu-ibu dengan rambut panjang pasti akan menyanggul rambut mereka. Kenapa pulak? Ini kerana kalau tidak, pasti kena gengaman tangan si kecil dan ditarik-tariknya.

Eh! Apa pula barang berkilat-kilat pada telinga ibu? Nanti nak selidik!

#9 Kesan calar pada si kecil

menyusu bayi

Sumber: MagicMum

Penyebab : Ini punca daripada ibu lupa potong kuku jari bayi atau lupa pakaikan sarung tangan.

Akhirnya, bahagian dada atau muka bayi sendiri yang akan nampak seperti ia telah dicakar oleh seekor kucing.

#10¬†“Love bite”

menyusu bayi

Sumber: Youtube | Breastfeeding OPINIONS

Penyebab¬†: Apabila bayi anda salah “aiming” sehingga terhisap tepi payudara ibu sehingga meninggalkan kesan macam “love bite”.

#11 Tangan ibu kebas

menyusu bayi

Sumber: stayathomemum

Penyebab : Ibu tertidur ketika baring tepi sambil menyusu, atau ibu dukung terlalu lama dan sekarang tangan ibu kekebasan, tolong!

#12 Muka bayi “makan” handphone¬†

menyusu bayi

Sumber: The Sun