24 Idea Bernas Untuk Tidurkan Bayi Yang Wajib Dicuba Semua Ibu Bapa
Susah nak tidurkan bayi? Telah cuba pelbagai idea dan usaha, tapi masih tak berjaya? Apa kata anda cuba 24 idea bernas ini pula!
Susahnya nak tidurkan si kecil ini… Kalaulah anda boleh saja minta mereka tidur, dan mereka akan tertidur. Hmm…
Macam-macam usaha akan dibuat oleh semua ibu bapa untuk menidurkan anak mereka. Satu saat, dia menguap. Mungkin dia sudah mengantuk? Tapi semua itu propa saja! Tiba-tiba matanya cerah pula terbuka. Tak ada tanda mengantuk langsung!
Jangan risau semua ibu bapa. Kami di sini ingin memudahkan tugas anda. Tiada helah pelik-pelik pun. Cuma idea bernas yang boleh anda cuba bila-bila. Jom cuba 24 idea di bawah untuk tidurkan si kecil anda!
24 Idea Bernas Untuk Tidurkan Si Kecil
1 – Bilik kalis bunyi
Bilik kalis bunyi boleh menyelesaikan masalah anda. Untuk lebih selamat, buat bilik kalis bunyi ini sebelum anda dapat si kecil baru! Senang cerita.
2 – Langsir
Pakai langsir yang gelap dan tebal. Anda masih boleh pakai langsir yang berkilat, tapi pastikan langsir itu gelap untuk menghalang cahaya masuk ke dalam bilik.
3 – Lampu
Malapkan lampu apabila sudah masuk waktu petang. Atau anda boleh pakai lampu malam yang tidak terlalu cerah.
4 – Bayi Penat
Jangan biarkan si kecil anda terlalu penat hingga dia mengamuk. Tengok tanda-tanda yang mungkin dia sudah mengantuk, seperti – menggosok-gosok mata, menguap, duduk diam, dan mata kuyu. Jangan biarkan dia menangis!
5 – Dodoi
Dodoi bayi anda dengan irama yang lembut. Jika anda mendodoi mereka di atas tangan anda, pastikan yang tangan anda telah dilapik dengan lampin atau kusyen lembut.
6 – Jam biologi
Tentukan waktu untuk anak anda. Buat tugas atau rutin mandi, memberi makan dan sebagainya pada masa yang sama.
Nanti, si kecil itu akan tidur pada waktu yang sama juga. Jangan banyakkan aktiviti apabila sudah sampai ke penghujung hari. Biar si kecil “bersedia” untuk tidur.
7 – Katil atau buaian
Untuk si kecil yang suka bergolek (berusia 6 bulan ke atas) dan tak mahu tidur, anda boleh cuba letakkan mereka dalam katil bayi atau buaian.
8 – Perut bayi
Jangan biarkan anak anda itu kelaparan atau hanya makan sedikit saja sebelum tidur. Beri dia makan, jadi dia takkan bangun setiap jam kerana lapar.
9 – Bercakap dengannya
Berhenti bercakap dengan si kecil itu! Cukuplah hanya sedikit dodoian atau irama. Tika menyanyi dan mendodoi mereka, cuba masukkan namanya dalam dodoian itu. Mereka gemar mendengar namanya dipanggil. Tapi jangan panggil dengan kuat pula!
10 – Melawak dan mengusik bayi
Jangan cuba melawak atau mengusik si kecil itu apabila masuk pukul 8 malam ke atas. Anda tak mahu mereka kekal aktif sampai lewat malam, kan?
11 – Hidung
Pastikan anda telah bersihkan lubang hidung bayi setiap kali mereka mandi (jika anda mahir).
Ataupun anda boleh guna nose drops untuk membersihkan hidung mereka. Hidung tersumbat boleh mengakibatkan bayi asyik terjaga.
12 – Suhu dalam bilik
Pastikan juga yang bayi anda kekal selesa dalam bilik tidurnya. Suhu tidak terlalu sejuk atau terlampau panas.
13 – Lampin
Guna lampin yang berkualiti, jadi anda tak perlu salin lampin setiap malam. Jika anda guna lampin kain, pastikan lampin itu mempunyai banyak lapisan.
14 – Nyamuk, habuk dan pepijat
Pastikan bilik tidur si kecil itu tiada nyamuk, hamuk, hama atau pepijat. Anda boleh menvakum bilik setiap hari.
15 – Di mana si kecil tidur?
Kenal pasti tempat mana yang paling terbaik untuk si kecil itu tidur. Di atas katil anda atau di dalam buaiannya?
16 – Penghadaman bayi
Perhati pergerakan perut dan penghadaman bayi. Jika bayi memiliki masalah penghadaman, dapatkan ubat daripada doktor.
17 – Sendawa
Sendawakan si kecil itu setiap kali selepas makan, untuk mengelakkan kolik.
18 – Puting
Kadang-kadang, bayi anda ingin “menghisap sesuatu” di tengah malam. Ia tak bermaksud mereka lapar. Jalan mudah, guna puting!
19 – Urutan dan mandi air panas
Urutan dengan minyak diikuti dengan mandian air panas (tak terlalu panas) akan menenangkan bayi, dan buat mereka tidur dengan lebih cepat.
20 – Berlakon
Anda boleh berpura-pura tidur dan usap si kecil itu perlahan-lahan.
21 – Mata bayi
Jangan pandang mata mereka!
22 – Guna monitor bayi
Tak payahlah anda berulang-alik ke biliknya. Kadang-kadang, bunyi tapak kaki pun boleh buat mereka terjaga!
23 – Susu badan
Jika bayi anda masih belum bercerai susu, susu ibu adalah penyelesaian terbaik. Simpan susu dalam botol susu yang disteril, untuk senang diguna di malam hari.
24 – Tv, radio, komputer dan telefon bimbit
Jangan simpan gajet dalam bilik mereka. Bukan saja bunyi, malah sinar yang dipancarkan gajet ini boleh buat si kecil anda gelisah dan terjaga!
Selamat mencuba, ibu bapa semua!
Sumber rujukan: Mom Junction