Ajar Anak Anda 3 Bahasa Asing Ini Untuk Mereka Lebih Berjaya Kelak!
Petunjuk: 3 bahasa asing ini bukan Bahasa Inggeris atau Bahasa Sepanyol! Hihi.
Belajar Bahasa Asing
Belajar bahasa asing memberi banyak manfaat pada anak-anak anda.
Mereka yang membesar dengan mempelajari bahasa lain daripada bahasa ibunda akan lebih terbuka dari segi perkembangan dan pendedahan budaya, malah lebih bijak bersosial dengan umum.
Tapi, dalam banyak-banyak bahasa asing, bahasa apa yang paling bagus untuk anak anda?
Ha… Sebuah kajian daripada Media Centre Heathrow baru-baru ini telah mendedahkan apakah 3 bahasa asing yang amat bermanfaat untuk dipelajari oleh anak-anak anda.
Pusat Kajian Ekonomi, Perniagaan dan Pendapat telah melakukan tinjauan untuk mengenal pasti apakah bahasa asing yang paling membuka peluang kerjaya terbaik untuk orang dewasa.
Malah, hampir 500 orang pengusaha perniagaan juga disoal untuk menentukan bahasa apa yang paling banyak membantu mereka dalam kerjaya.
Jadi, bahasa apa yang mendahului carta?
3 Bahasa Asing Yang Penting
Keputusan menunjukkan kanak-kanak harus mempelajari bahasa Perancis, Jerman, dan/atau Mandarin jika mereka ingin berjaya dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Malah, 3 bahasa ini juga boleh memaksimumkan peluang pekerjaan untuk mereka!
Kemahiran dalam bahasa kedua banyak membuka pintu untuk ke pasaran baru, maka individu boleh membina hubungan dengan mana-mana rakan kongsi.
Profesor Antonella Sorace, pakar perkembangan linguistik dari Universiti Edinburgh juga menerangkan kanak-kanak yang terdedah dengan bahasa yang berbeza akan lebih menyedari tentang budaya dan pandangan orang lain.
Maka, mereka akan lebih bersifat terbuka, bijak menguruskan pelbagai tugasan dan lebih pantas membaca!
Jika anak-anak anda bijak dan fasih bertutur dalam bahasa Perancis, Jerman atau Mandarin – rasanya mereka boleh berjaya di mana-mana saja!
Lihat saja bagaimana orang Perancis tidak bertutur bahasa Inggeris di tempat mereka. Atau bagaimana lambakan kaum Cina di seluruh dunia.
Kan bagus jika anak-anak anda bijak bertutur bahasa mereka? Kelak nanti senang mereka nak cari kerja!
Macam mana? Selepas ini anda bolehlah ambil kelas bahasa asing untuk anak-anak anda. Selamat mencuba ibu bapa semua!
Sumber rujukan: Reader’s Digest
Baca juga:
5 cara kreatif untuk jadikan pembelajaran lebih menarik (Yang anda mungkin tidak pernah tahu!)