3 kartun yang tidak akan membuatkan anda rasa bersalah membiarkan anak menontonnya

Jika anda salah seorang ibu bapa yang sering rasa bersalah kerana membiarkan anak anda menonton TV sementara anda mengambil nafas, berikut adalah tiga kartun kanak-kanak yang sangat disarankan oleh pakar yang sebenarnya akan membantu mengajar anak anda pengajaran positif

Ingat dahulu anda pernah berjanji jika nanti mempunyai anak anda tidak akan membiarkan mereka menonton TV atau menggunakan gajet?

Namun sekarang anda adalah ibu bapa yang sibuk membahagikan masa untuk kerja dan kerja rumah yang tiada penghujung untuk diselesaikan, hal-hal mengejut yang perlu diselesaikan dan sudah tentu menjaga si kecil anda, sesetengah dari anda pasti akan mengaku yang anda berjanji terlalu awal (tidak apa sebab kami pon begitu).

Membiarkan  anak anda menonton beberapa kartun mungkin kedengaran sangat menggoda terutamanya jika anda sedang berada di tahap yang sukar serta memerlukan masa untuk panggilan penting, masak atau bernafas!

Jangan rasa bersalah jika anda berbuat demikian, kerana para penyelidik telah memberi 'lampu hijau' untuk kanak-kanak mendapat jumlah masa skrin yang sihat.

Tetapi berhati-hati dengan apa yang anda dedahkan terhadap anak anda kerana sesetengah kartun mungkin akan berakhir dengan mengajar anak anda tabiat buruk.

Jika anda tertanya-tanya tentang apa yang anda boleh biarkan anak anda tonton tanpa perlu risau dengan isi kandungan yang kurang menyenangkan, kami telah menjumpai tiga kartun kanak-kanak yang sangat disarankan oleh para pakar dan diluluskan oleh ibu bapa yang lain. Anda boleh biarkan anak anda menonton sementara anda menikmatikan kopi panas anda.

1. Doc McStuffins

Apa tentang rancangan ini: Doc McStuffins ialah seorang kanak-kanak perempuan Afrika-Amerika berusia 6 tahun yang bermain menjadi doktor kepada mainnya.

Ibunya merupakan doktor yang sangat sibuk tetapi masih mempunyai masa untuk keluarga dan ayahnya duduk di rumah melakukan kerja-kerja rumah seperti membasuh baju, memasak dan membuat pelbagai kerja rumah yang lain.

Mainan dan anak patungnya yang berbagai membantunya mendiagnos dan membaiki terdapat di dalam pelbagai bentuk, rupa, warna dan saiz serta setiap satu mempunyai cerita yang menarik dan personaliti yang unik.

Apa kata pakar: President dan Co-Founder of the Artemis Medical Society, Dr Myiesha Taylor yang juga merupakan doktor perubatan di USA setuju dengan kartun Disney popular ini membantu menolak jurang dan menggalakkan anak-anak perempuan dan orang berbagai warna kulit untuk ada keberanian mengejar karier di dalam bidang medikal.

Dustin Harp, seorang profesor di dalam bilang kewartawanan di Universiti Texas berkata, "Ia sangat menggalakkan untuk melihat apa yang dibawakan oleh Doc McStuffin di dalam program kanak-kanak, dan ia akan membawa perbezaan terhadap kanak-kanak yang menontonnya.

"Saya percaya yang anda tidak boleh menjadi apa yang anda tidak nampak. Ia juga sangat bagus untuk melihat karakter kanak-kanak perempuan ini lebih dari sekadar menanti putera raja idaman untuk hadir."

Kartun ini telah mendapat kelulusan dari isteri bekas Perdana Menteri USA, Michelle Obama yang telah membuat penampilan istimewa di dalam satu satu episod!

Apa yang bakal dipelajari anak anda: Doc ialah watak yang positif untuk kanak-kanak perempuan mahupun lelaki ikuti dalam tempoh perkembangan mereka dengan dunia keliling mereka.

Siri animasi ini juga menyentuh tentang persahabatan, adab yang baik dan menggalakkan kesihatan yang baik dan kebersihan, serta mempromosikan kaum yang berbilang.

Apa kata ibu bapa: "Walaupun kami Melayu dan bukan Afrika-Amerika, anak perempuan saya suka menonton karakter TV yang mempunyai tona kulit sepertinya. Dia juga meminta berpakaian seperti Doc McStuffin untuk ke parti kostum rakannya tahun lepas." (Linda R., ibu kepada empat orang anak)

"Akhirnya, contoh yang baik untuk anak saya ikuti selain semua puteri-puteri cantik. Saya suka Doc McStuffin kerana dia sangat suka membantu dan baik terhadap adik lelakinya. Saya rasa terdapat banyak mesej baik untuk dipelajari dari rancangan  ini." (Amy L., ibu kepada dua anak).

2. Daniel Tiger's Neighbourhood

Apa tentang rancangan ini: Daniel merupakan harimau comel berusia empat tahun dan di dalam setiap episod kita dapat lihat bagaimana dia dan kawan-kawannya meneroka skil atau pengalaman baru seperti mencuba makanan baru, menerima suntikan dari doktor, mendengar nasihat ibu dan ayah dan bergaul dengan kawan-kawan.

Kartun ini sebenarnya telah direka khas buat kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke bawah dan untuk mereka yang memerlukan bantuan tambahan untuk membangunkan skil sosial seperti keluarga yang mempunyai pendapatan yang rendah atau kanak-kanak autism.

Kanak-kanak akan terhibur melihat Daniel atau kawan-kawannya yang comel mengalami skil baru dan menjelaskan setiap tertib cara dengan terperinci, sambil menunjukkan skil serta menggalakkan penonton untuk mencuba sendiri.

Apa kata pakar: Para penyelidik yang telah menjalankan kajian media percaya bahawa rancangan ini akan membantu membentuk socio-emosional skil kanak-kanak dan persediaan ke sekolah.

Tetapi ia juga penting untuk ibu bapa membantu mengaplikasikan mesej kunci dengan anak-anak mereka selepas menonton setiap episod.

Menurut Malinda Colwell, Profesor Madya di Pusat Pembelajaran Perkembangan Manusia dan Keluarga di Kolej Sains Manusia, dan salah seorang pendidik kajian media, rancangan ini telah direka dengan kanak-kanak dan keluarga di dalam fikiran.

"Penemuan kami menyokong kepentingan ibu bapa bercakap dengan anak-anak mereka tentang situasi sosial apabila mereka masih muda. Ini akan membentuk idea yang kanak-kanak pra sekolah belajar lebih banyak tentang interaksi sosial serta meluahkan dan respon terhadap emosi, melalui apa yang mereka lihat Daniel Tiger dan kawan-kawannya lakukan", katanya.

Apa yang bakal anda anda pelajari: Dengan menonton bagaimana menariknya setiap karakter mengendalikan setiap kemahiran dan isu, ini akan membantu kemahiran hidup, sosial, perkembangan emosi, persediaan ke sekolah dan sifat empati terhadap orang lain.

Ibu bapa juga akan mendapat kelebihan dari menonton rancangan ini kerana karakter dewasa di dalamnya (doktor, cikgu dan ibu bapa) menunjukkan empati, mendengar, dorongan lembut dan pengenalan emosi.

Apa kata ibu bapa: "Saya suka menonton kartun ini bersama anak saya! Masalah yang dihadapi karakter boleh dikaitkan dengan kanak-kanak dan kami suka bercakap tentang pengajaran yang kami dapat dari menonton rancangan ini." (Kaz N., ibu kepada seorang anak)

"Ini adalah kartun yang sangat baik, membantu kanak-kanak untuk lebih memahami orang lain dan bagaimana mengawal emosi dan tingkah laku sendiri. Saya rasa semua ibu bapa harus beri anak mereka menonton kartun ini." (Vana K., ibu kepada dua anak)

3. Sesame Street

Apa tentang rancangan ini: Program kanak-kanak yang telah lama diudarakan sejak tahun 1969 merangkumi kartun, patung raksasa yang peramah dan disayangi, serta orang sebenar yang semuanya jiran tetangga Sesame Street yang erat.

Terdapat pelbagai kaum berbeza di dalam rancangan ini dan rancangan ini juga melibatkan karakter yang mempunyai autism, hilang upaya pendengaran, menggunakan kerusi roda dan banyak lagi.

Terdapat banyak pengajaran bagus yang dapat dipelajari dari setiap episod dan kanak-kanak akan menggemari lagu dan permainan menarik yang mampu membuatkan mereka bergerak dan menari.

Apa kata pakar: Banyak kajian saintifik menunjukkan kebaikkan program kanak-kanak ini, dan salah satu kajian mencadangkan Sesame Street sebagai cukup bagus untuk menggantikan pra sekolah!

Melissa Kearney, salah seorang penyelidik dari Universiti Maryland berkata, "Terdapat ramai kanak-kanak yang tidak mempunyai kemudahan ke pra sekolah yang berkualiti dan dengan menonton 'Sesame Street', masalah ini dapat dibantu...jika direka dengan baik, TV dan gajet lain boleh digunakan untuk membantu pembelajaran."

Common Sense Media telah memberikan kadar 5/5 untuk nilai pembelajaran kepada Sesame Street dan mengakui yang ia mengandungi mesej dan contoh yang positif.

Apa yang bakal dipelajari anak anda: Bukan sahaja ia mengandungi isi kandungan pembelajaran, dengan menonton rancangan ini, anak anda boleh belajar lebih awal bagi kemahiran membaca, matematik dan sains.

Menurut kajian lalu yang telah dilakukan, kanak-kanak yang menonton program ini menunjukkan 67% lebih tinggi skor membaca pada usia empat tahun, 40% kemahiran sosial yang lebih baik dari mereka yang tidak menonton program ini, dan juga 127% lebih tertarik untuk makan sayuran tertentu.

Emosi yang kuat dan dapat dikaitkan dengan senario juga akan diterokai, contohnya risau tentang adik baru di dalam keluarga, atau sahabat yang hilang, rasa rendah diri, dan menjadi takut dengan gelap -- semua ini dikendalikan dengan mesej yang positif dan memberi penekanan terhadap diri sendiri.

Apa kata ibu bapa: "Saya sebenarnya masih ingat menonton rancangan ini semasa saya kecil dengan adik beradik yang lain dan kami amat menggemarinya. Terdapat banyak benda untuk dipelajari di dalam setiap episod dan mereka seperti mencipta semula diri mereka malah menjadi lebih baik." (Ron I., ayah kepada seorang anak)

" Ini merupakan rancangan TV klasik yang saya rasa semua orang pernah tonton semasa membesar. Anak-anak saya sangat menggemarinya juga dan saya tidak risau tentang apa-apa babak yang tidak sesuai, karakter yang memberi pengaruh jahat atau apa-apa yang negatif kerana Sesame Street merupakan rancangan mesra kanak-kanak yang hebat." (Donna M., ibu kepada empat orang anak)