3 manfaat lain dari gym ball yang anda pasti belum tahu

undefined

Gym ball atau bola gym biasa digunakan ketika anda sedang bersenam. Namun ternyata, manfaatnya bukan hanya untuk kecergasan fizikal sahaja tau!

Untuk anda yang suka bersenam, Gym Ball (bola gym) atau bola keseimbangan tentu bukanlah sebuah benda yang asing.

Manfaat dari bola bulat ini memang ampuh untuk membentuk tubuh dengan cara yang menyenangkan.

Bukan itu sahaja, untuk ibu hamil dan melahirkan, gym ball bermanfaat untuk pelvic rocking dan ia dapat mempermudahkan proses persalinan.

Namun manfaat dari gym ball tidak berhenti di situ sahaja. Ada 3 manfaat lain yang membuat anda harus ketahui dari alat senaman ini!

1. Kursi kerja

gym ball
Untuk ibu yang bekerja, keluhan sakit punggung akibat terlalu lama duduk sering berlaku. Sebagai penyelesaiannya, anda boleh mengganti kursi kerja dengan gym ball.

Bentuknya boleh membantu mengurangkan kesakitan belakang dan punggung dengan membetulkan postur anda.

2. Alat mainan untuk merangsang deria

gym ball

Beberapa bola senaman memiliki tekstur yang bergerigi. Anda boleh menggunakan tekstur ini sebagai bahagian dari permainan deria si kecil.

Biarkan mereka menyentuh gerigi tersebut dan jika mereka cukup besar, dudukkannya di bola tersebut sambil bermain.

3. Menidurkan bayi

gym ball
Adakah si manja suka digendong ketika waktu tidurnya? Jika ya, pastinya lama kelamaan anda akan lelah kerana terus berdiri sambil bergoyang-goyang.

Namun anda boleh mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan bola ini! Duduklah diatas bola sambil menggendong si kecil.

Sambil bergoyang pelan-pelan, si kecil akan merasakan sensasi yang sama seperti ketika digendong. Anda tidak perlu letih dan lelah. Bonusnya? Anda dapat bersenam sikit sambil menidurkan bayi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!