3 Sebab Kenapa Budaya Lepak Tidak Sesuai, Terutamanya Untuk Para Suami

lead image

Budaya melepak dan lelaki sukar dipisahkan. Terutamanya musim bola. Kadang-kala dari Maghrib sampai ke Subuh masih lagi di kedai-kedai makan.

Budaya melepak bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam rutin harian kini, terutamanya kaum suami. 

Kebanyakan mereka suka menggunakan alasan, bosan atau stress di rumah. Tetapi sebagai seorang suami, aktiviti selalu melepak di luar sebenarnya kurang sesuai.

Isu budaya melepak menarik diperkongsikan kerana ada aspek baik dan buruknya. 

Tapi, untuk perkongsian kali ini, akan menekankan mengapa lepak di rumah lebih bagus berbanding di luar, terutamanya untuk para suami.

#1 Keselamatan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/11/whoever was knocking left after a couple of minutes and after half an hour she opened the door 6 300x264.jpg 3 Sebab Kenapa Budaya Lepak Tidak Sesuai, Terutamanya Untuk Para Suami

Penjenayah akan melihat ketiadaan suami sebagai peluang untuk mereka bertindak. (gambar ehsan www.vorply.com)

Laporan dari akhbar Utusan Malaysia pada awal Mei tahun ini telah mendedahkan peningkatan kes jenayah sebanyak 4.6%, iaitu 38,877 kes berbanding tahun yang sebelumnya.

58% daripada jumlah itu membabitkan jenayah pecah rumah.

Berdasarkan statistik yang dikongsi oleh Utusan Malaysia, kejadian jenayah rompakan kian menjadi sekarang ini.

Malah kebanyakan kejadian ini dilakukan dengan perancangan yang rapi. Penjenayah-penjenayah ini selalunya akan memerhati jadual mangsa dahulu sebelum mengambil tindakan.

Dengan ketiadaan suami, para penjenayah akan melihat ini sebagai peluang untuk mereka bertindak.

Isteri dan anak-anak sentiasa akan rasa lebih selamat dengan kehadiran suami di sisi. 

Selain dari kejadian jenayah, kecelakaan seperti kebakaran atau lintar pintas selalunya tidak dapat diduga, dengan kehadiran suami di sisi, isteri dan anak-anak akan lebih tenang.

#2 Perhatian

 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/11/98Untitled 1 284x300.jpg 3 Sebab Kenapa Budaya Lepak Tidak Sesuai, Terutamanya Untuk Para Suami

Anak sentiasa perlukan perhatian bapa (gambar ehsan

National Geography Indonesia pernah melaporkan hasil kajian empat dekad mereka mengenai hubungan anak dan bapa.

Hasil kajian ini mendapati apabila bapa banyak membantu ibu, pengasuh atau penjaga dalam menguruskan perihal anak, prestasi anak di sekolah akan meningkat

Selain itu, hal ini juga akan membantu dari segi perkembangan sosial anak-anak.

Tambahan lagi, kajian daripada ‘Father Involvement Research Alliace’ membuktikan bayi yang kerap meluangkan masa bersama bapa lebih cenderung mempunyai emosi yang stabil, lebih konfiden, lebih bersemangat dalam mencari jalan merealisasikan impian mereka, serta mempunyai IQ yang lebih tinggi.

Bukan sahaja anak-anak, isteri juga memerlukan perhatian suami setelah seharian sibuk di tempat kerja. Jika masa keluarga dikorban untuk bersama rakan-rakan, pasti mereka terasa hati.

#3 Kesihatan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/11/Health Wellness Quotes WHO Definition of Health Sagewood Wellness Center 300x200.jpg 3 Sebab Kenapa Budaya Lepak Tidak Sesuai, Terutamanya Untuk Para Suami

Definisi sihat oleh WHO (gambar ehsan

Menurut WHO (World Healt Organisation), kesihatan ialah keadaan fizikal, mental dan kesejahteraan mental yang lengkap, bukanlah semata-mata tidak mempunyai penyakit atau mempunyai sebarang kecacatan.

Melepak boleh dikategorikan sebagai budaya yang tidak sihat.

Bayangkan duduk berjam-jam di kedai-kedai makan menonton televisyen sambil minum dan makan.

Bukankah makanan dan minuman di rumah lebih terjamin kualitinya?

Malah, masa inilah nak merasa air tangan isteri.

Keperluan badan manusia, setelah seharian penat bekerja, haruslah luangkan masa berehat, jika selepas habis waktu kerja disambung pula aktiviti melepak, masa berehat yang berkualiti akan berkurang.

Walaupun melepak bukanlah keperluan, harus diakui, sekali-sekala, para suami memerlukan waktu sendirian bersama rakan-rakan.

Ini juga salah satu cabang penting dalam memastikan kesihatan dari segi sosial.

Namun begitu, rasanya lebih baik dilakukan semasa hujung minggu dan bawa bersama keluarga masing-masing.