4 cabaran perkahwinan yang setiap pasangan suami isteri akan lalui

4 cabaran perkahwinan yang setiap pasangan suami isteri akan lalui

Jika anda bergaduh dengan pasangan setiap hari, adakah ia merupakan masalah besar atau ia hanya sekadar cabaran perkahwinan yang normal?

Apabila anda bertanyakan rakan atau keluarga terdekat tentang bagaimana mereka boleh bertahan lama dalam perkahwinan, mereka akan jawab yang banyak jawapan. Tapi apa cabaran perkahwinan yang mereka lalui? Adakah ia sama dengan apa yang kita lalui?

Walaupun kita tahu yang perkahwinan memang ada cabarannya, tapi kita tak tahu sama ada cabaran tersebut adalah masalah yang besar dalam perhubungan atau ia sebenarnya normal atau tidak.

Sebab itu pakar merungkaikan apa sebenarnya cabaran perkahwinan yang perlu suami dan isteri lalui dalam hubungan supaya kita tahu yang hubungan kita adalah hubungan yang sihat atau tidak.

Antara 5 cabaran perkahwinan yang akan dilalui oleh semua suami isteri normal ialah:

1. Cabaran perkahwinan: Berkompromi 

 

cabaran perkahwinan, perkahwinan mencabar, kahwin dan cabaran, masalah rumah tangga, masalah perkahwinan

Salah satu cara untuk perkahwinan bahagia adalah pasangan sanggup untuk berkompromi. Ia kedengaran mudah, tapi untuk melakukannya memang susah dan boleh mendatangkan pergaduhan!

Menurut pakar, berkompromi untuk benda yang kecil adalah bagus dan selalunya amat penting untuk melancarkan perhubungan anda.

Contohnya seperti memperlahankan TV ketika pasangan bercakap dalam telefon atau membantu pasangan membuat kerja rumah.

Pakar juga menerangkan, kompromi kecil seperti memperlahankan TV tidak menggugat keinginan. Tetapi apabila kita tidak berkompromi tentang benda yang berharga untuk kita, kita akan mula melihat keretakan dalam perhubungan.

2. Cabaran perkahwinan: Bergaduh secara adil (walaupun anda tak mahu)

Belajar untuk bergaduh secara adil mengambil masa dan memerlukan latihan, tapi ia sangat penting untuk kesihatan dan kesejahteraan perkahwinan anda! 

Ia mungkin akan menjadi lebih susah apabila anda rasa anda betul dan anda tidak mahu mendengar penjelasan pasangan. Tapi untuk kebaikan hubungan, ia adalah perkara yang anda perlu lalui. 

Menurut pakar, tujuan pergaduhan bukan untuk menang. Tujuan kalian bergaduh adalah supaya pasangan anda faham pendapat anda dan tidak mengulang kembali jika ia berlaku lagi di masa hadapan.

3. Cabaran perkahwinan: Terus berusaha

Semakin lama, pasangan akan menjadi semakin selesa dengan satu sama lain. Masalahnya apabila anda terlalu selesa hingga anda tidak lagi melakukan usaha lebih untuk menyerikan lagi perhubungan anda.

Dan hasilnya, anda bosan.

Pakar berkata, hubungan yang gagal kebanyakannya apabila kedua-dua pasangan tidak lagi berusaha. Nasihatnya, anda perlu tukar gaya hidup anda.

Keluar selalu, pergi ke tempat baru dan cuba aktiviti yang anda berdua boleh lakukan bersama.

4. Cabaran perkahwinan: Mengutamakan hubungan

cabaran perkahwinan, perkahwinan mencabar, kahwin dan cabaran, masalah rumah tangga, masalah perkahwinan

Kata pakar, benda lain yang sama penting dengan perhubungan seperti kerja, keluarga, rumah, boleh menambahkan stress dan tekanan dalam hidup dan secara semulajadi, kita tidak akan menghiraukan perkara lain untuk fokus dengan masalah lain. 

Tapi sangat penting pada masa-masa seperti ini untuk anda ingat yang anda perlu mengutamakan hubungan anda, dan ia memerlukan usaha yang lebih apabila anda perlu fokus kepada perkara lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Elite Daily

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Mana-mana pandangan dan pendapat di dalam artikel ini adalah peribadi dan tertakluk hanya pada pengarang, ia tidak mewakili theAsianparent atau klien.
Artikel(Cerita)
app info
get app banner