4 Cadangan Rekreasi Yang Menarik untuk Sekeluarga

lead image

Aktiviti fizikal yang ringan seperti aktiviti rekreasi dan riadah sekeluarga banyak kebaikannya. Ini kerana disamping dapat mengeratkan hubungan, ia juga boleh memberikan pengalaman, keseronokan, sambil mengalakkan gaya cara hidup yang sihat.

Satu cara untuk mengamalkan cara hidup yang sihat adalah dengan melakukan aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal yang ringan seperti aktiviti rekreasi dan riadah sekeluarga banyak kebaikannya.

Ini kerana disamping dapat mengeratkan hubungan, ia juga boleh memberikan pengalaman, keseronokan, sambil mengalakkan gaya cara hidup yang sihat. Hubugan keluarga yang rapat boleh menjadikan sebuah keluarga yang dapat memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga.

Dengan melakukan aktiviti rekreasi, ini juga boleh mengurangkan tekanan dan ini akan menjadikan jiwa anda lebih tenang. Zaman sekarang terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan seseorang itu menghadapati tekanan.

Tak kira sama ada tekanan itu datang dari pejabat, dari rumah, ataupun sekeliling kita, semua jenis tekanan sama sahaja. Aktiviti riadah yang dilakukan pada setiap minggu mampu menjadi pemangkin untuk mengurangkan tekanan dalam diri seseorang.

Apabila melakukan aktiviti menghiburkan yang kita gemar, ini sedikit sebanyak dapat menolong kita melupakan beban yang ditanggung dan menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

Taman Lembah Kiara

08 Steps and Ramps Up To 2nd 3rd Loop 1st Ride Kiara Valley ParkTTDI 120705 26 4 Cadangan Rekreasi Yang Menarik untuk Sekeluarga

kredit : ahpekbiker.blogspot.com

Terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Taman Lembah Kiara menyediakan pelbagai kemudahan rekreasi seperti trek jogging, stesen senaman, taman permainan kanak-kanak, tempat berkelah dan laluan pejalan kaki serta berbasikal.

 

blogger image 673358977 4 Cadangan Rekreasi Yang Menarik untuk Sekeluarga

kredit : Fun With Little Ones

Longkang Fishing TTDI1 4 Cadangan Rekreasi Yang Menarik untuk Sekeluarga

kredit : azween.com

Dikelilingi hutan hijau yang subur, pengunjung yang sukakan cabaran, taman ini adalah sesuai untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar seperti mendaki bukit dan berbasikal gunung.

Kelas in-line skates juga ada disediakan, jika anak ingin nak belajar rollerblading.

Taman Burung Kuala Lumpur

Bird Park Kuala Lumpur 4 Cadangan Rekreasi Yang Menarik untuk Sekeluarga

kredit : World for Travel

Kalau anda ingin melakukan aktiviti yang lebih senang seperti berjalan-jalan sambil melihat burung, Taman Burung Kuala Lumpurlah tempatnya. Tarikan unik taman ini adalah semua burung-burung dilepaskan secara bebas.

Pengunjung dapat berinteraksi secara langsung dengan burung-burung yang jinak dan tidak merbahaya ini. Burung yang agak agresif seperti burung helang, ditempatkan dalam sangkar.

14317800142 3b24ca562c b 4 Cadangan Rekreasi Yang Menarik untuk Sekeluarga

kredit : Wazari Wazir

Harga tiket masuk terkini termasuk GST:

  • Dewasa (mykad): RM27
  • Kanak-kanak umur 3-11 (mykid): RM13
  • Dewasa (tiada mykad): RM67
  • Kanak-kanak umur 3-11 (tiada mykid): RM45

Untuk informasi lanjut layari: http://www.klbirdpark.com/

Hutan Simpan Kota Damansara

Untuk keluarga yang suka aktiviti sederhana fizikal, anda boleh cuba meredah hutan di Hutan Simpan Kota Damasara. Semua jalan hutan disini direka dan dibina dengan teliti oleh sukarelawan serta Orang Asli Temuan melalui rundingan dengan Jabatan Perhutanan Selangor. Jalan ini sesuai untuk penunggang basikal bukit dan pejalan kaki.

DTP for web page 4 Cadangan Rekreasi Yang Menarik untuk Sekeluarga

kredit: kotadamansaraforest

Kod warna yang berbeza serta cakera berwarna dilekatkan sepanjang jalan supaya jalan mudah dikenal pasti. Ini juga adalah untuk memastikan kamu sedang mengikuti jalan yang betul. Terdapat juga papan tanda kayu yang diukir dengan tangan di sepanjang laluan.

Saya sendiri sudah habiskan jalan sepanjang 6km dengan anak saya berdua tanpa masalah. Setiap laluan direka dengan kesukaran yang berlainan, jadi baca dulu peta yang ada di laman web mereka sebelum menbawa keluarga anda bersama. Kalau khuatir sesat jalan, anda boleh menempah perkidmatan panduan jalan dari Orang Asli Temuan yang bertugas. Dengan melayari laman Facebook mereka anda boleh mendapat maklumat terkini mengenai jalan hutan yang terbatas akibat pokok tumbang.

Berbasikal Di Publika

P1 4 Cadangan Rekreasi Yang Menarik untuk Sekeluarga

kredit: Ling In De House

Jika anda lebih suka melawat pusat membeli-belah saja, jangan risau, ada juga aktiviti berbasikal untuk kanak-kanak disana.

Setiap hari Ahad, jalan sekitar Publika akan ditutup dan anda boleh bawa anak berbasikal dari pukul 7 hingga 10 pagi.

Semua orang boleh datang untuk beriadah bersama-sama. Jika anda tidak mempunyai basikal sendiri, anda boleh sewa dekat kaunter maklumat. Selain basikal, rollerblade dan kasut roda pun boleh.

Apabila jalan sekitar dibuka semula pada pukul 10 pagi, anda sekeluarga boleh bersarapan pagi di mana-mana kedai makan di Publika. In adalah cara yang baik dan selamat untuk anak melakukan rekreasi aktif tanpa meninggalkan keselesaan pusat membeli-belah.

sumber: TimeOutKL, Ramarama.my, Persatuan Rimba Komuniti Kota Damansara