X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

5 Ciri-Ciri Yang Menunjukkan Anak Anda Akan Jadi Tinggi Bila Besar Nanti

3 min bacaan
5 Ciri-Ciri Yang Menunjukkan Anak Anda Akan Jadi Tinggi Bila Besar Nanti5 Ciri-Ciri Yang Menunjukkan Anak Anda Akan Jadi Tinggi Bila Besar Nanti

Ingin tahu jika anak akan membesar jadi tinggi atau tak bila besar nanti? Ketahui 5 ciri-ciri ini!

Anak akan tinggi tak bila besar nanti?

Ibu bapa selalu tertanya-tanya bagaimanakah rupa dan gaya anak mereka apabila dewasa nanti. Ada yang tertanya-tanya ‘adakah anak saya akan menjadi anak yang pandai’ ataupun ‘adakah dia akan gemuk atau tinggi lansing’.

Adakah anda ingin tahu jika anak anda bakal membesar jadi tinggi atau tak? 

Di sini kami nyatakan beberapa ciri-ciri yang boleh membantu ibu bapa meramalkan ketinggian anak pada masa depan.

1. Bentuk badan yang panjang semasa dilahirkan

5 Ciri-Ciri Yang Menunjukkan Anak Anda Akan Jadi Tinggi Bila Besar Nanti

Mengukur bayi baru lahir. Sumber: Loxos

Ukuran bentuk badan bayi semasa dilahirkan boleh memberi petunjuk ketinggian anak anda pada masa akan datang.

Purata panjang badan bagi bayi yang dilahirkan cukup umur adalah kira-kira 20 inci (50 cm).

Ukuran bayi biasanya di antara 18 inci (45.7 cm) hingga 22 inci (60 cm). Selepas genap satu bulan, badan bayi akan bertambah sebanyak 1.5 inci (4 cm) hingga 2 inci (5 cm) lebih.

2. Mereka lebih tinggi jika dibandingkan dengan rakan sebaya

5 Ciri-Ciri Yang Menunjukkan Anak Anda Akan Jadi Tinggi Bila Besar Nanti

Apabila anak anda telah sampai ke peringkat kanak-kanak, perhatikan ketinggiannya berbanding rakan sebaya lain.

Sekiranya anak anda kelihatan lebih tinggi, maka besar kemungkinan dia akan jadi lebih tinggi daripada rakan sekelasnya.

Sekiranya anak anda kelihatan lebih pendek, jangan risau.

Growth spurts atau percepatan pertumbuhan akan berlaku dari peringkat kanak-kanak hingga baligh.

Anak gadis akan berhenti membesar sekitar usia 16 tahun, manakala anak lelaki akan mencapai ketinggian orang dewasa apabila berumur 18 tahun.

3. Anda dan suami anda tinggi 

5 Ciri-Ciri Yang Menunjukkan Anak Anda Akan Jadi Tinggi Bila Besar Nanti

Seperti banyak aspek pertumbuhan, pengaruh genetik memainkan peranan yang besar.

Jika anda dan suami memang sudah tinggi, maka besar kemungkinan anak anda akan mewarisi ketinggian kalian.

4. Anak anda mendapat nutrisi yang baik

5 Ciri-Ciri Yang Menunjukkan Anak Anda Akan Jadi Tinggi Bila Besar Nanti

Untuk meningkatkan potensi pertumbuhan anak, adalah sangat penting untuk memastikan mereka mendapatkan makanan yang sihat dan nutrisi yang baik.

Dengan memberi vitamin dan nutrien yang betul sepanjang tempoh 3 tahun pertama kehidupan mereka, ini mungkin menyumbang kepada pertumbuhan badan mereka.

Contoh makanan yang boleh meningkatkan ketinggian adalah makanan yang kaya dengan kalsium: seperti susu, yogurt, sayur bayam serta makanan yang kaya dengan protein, seperti telur, oat, dan daging tanpa lemak.

5. Tidak ada apa-apa keadaan lain yang boleh menyekat pertumbuhan

5 Ciri-Ciri Yang Menunjukkan Anak Anda Akan Jadi Tinggi Bila Besar Nanti

sumber: Wikimedia

Terdapat pelbagai masalah kesihatan lain yang boleh memberi kesan kepada pertumbuhan anak anda.

Contohnya gangguan genetik orang kerdil, di mana kanak-kanak dengan gangguan ini hanya akan mencapai ketinggian orang dewasa yang tidak melebihi 4 kaki 10 inci.

Satu lagi keadaan yang mungkin menghalang anak dari mencapai ketinggian optimum adalah masalah kekurangan hormon pertumbuhan kanak-kanak, yang berlaku apabila kelenjar pituitari tidak menghasilkan hormon pertumbuhan yang mencukupi.

Stories Rakan Kongsi
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Have You Heard Of This Contagious Disease That Affects Many Children?
Have You Heard Of This Contagious Disease That Affects Many Children?

Keadaan ini boleh menjejaskan pertumbuhan anak secara besar-besaran dan biasanya dapat dikesan antara usia 2 atau 3 tahun.

Tapi, tiada apa yang perlu dibimbangkan pun. Perkongsian ini saja dikongsi untuk menambah pengetahuan anda. 

Jom kongsi dengan kami jika anda tahu sebarang tanda-tanda yang anak akan membesar jadi tinggi kelak. Mana tahu ada ibu lain juga yang mengalaminya!

Sumber: Romper, Healthline, Babycenter, EMedicineHealth dan WhatToExpect

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Formula Mudah Untuk Ramal Tinggi Anak Apabila Dewasa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Anak
  • /
  • 5 Ciri-Ciri Yang Menunjukkan Anak Anda Akan Jadi Tinggi Bila Besar Nanti
Kongsikan:
  • Formula Mudah Untuk Ramal Tinggi Anak Apabila Dewasa

    Formula Mudah Untuk Ramal Tinggi Anak Apabila Dewasa

  • Ciri-Ciri Lelaki Baik, Mereka Juga Bakal Jadi Bapa Yang Bagus

    Ciri-Ciri Lelaki Baik, Mereka Juga Bakal Jadi Bapa Yang Bagus

  • Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

    Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • Formula Mudah Untuk Ramal Tinggi Anak Apabila Dewasa

    Formula Mudah Untuk Ramal Tinggi Anak Apabila Dewasa

  • Ciri-Ciri Lelaki Baik, Mereka Juga Bakal Jadi Bapa Yang Bagus

    Ciri-Ciri Lelaki Baik, Mereka Juga Bakal Jadi Bapa Yang Bagus

  • Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

    Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.