5 gambar artistik yang menunjukkan pengorbanan seorang ibu lebih dari segala-galanya

Ramai orang lupa untuk menghargai jasa ibu sehingga mereka perlu diingatkan dengan gambar pengorbanan seorang ibu untuk anaknya.

Sempena bulan kesedaran c-sekyen, ramai ibu telah berkongsi gambar-gambar ibu dengan bekas luka selepas pembedahan yang dilukis oleh @spiritysol di Instagram ini.

Sebagai sorang ibu dan guru yoga, lukisan ibu ini selalu berjaya menggambarkan cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya. Jom kita lihat betapa indah dan cantiknya pengorbanan seorang ibu melalu gambar-gambar artistik ini.

Pengorbanan ibu czer diterjemah ke dalam gambar artistik

gambar pengorbanan seorang ibu untuk anaknya, pengorbanan seorang ibu, pengorbanan ibu berkerja, pengorbanan ibu menyusu, pengorbanan ibu czer, pengorbanan ibu bersalin normal, pengorbanan ibu bersalin czer, ibu kemurungan, ppd, kemurungan, kemurungan selepas bersalin

Gambar pengorbanan seorang ibu untuk anaknya- parut czer. Illustrasi oleh: @spiritysol

Walaupun ramai ibu mengharapkan kelahiran yang normal, tetapi kadang kala komplikasi boleh berlaku sehingga boleh meragut nyawa anak dalam rahim. Bukan kita yang menentukannya. Ini semua di luar kawalan kita.

Biarpun akan ada parut. Biarpun rasa takut memikirkan nyawa sendiri apabila masuk bilik pembedahan, ibu tetap akan tabahkan hati asalkan anak yang dikandung selamat.

Pengorbanan ibu yang melahir secara normal

gambar pengorbanan seorang ibu untuk anaknya, pengorbanan seorang ibu, pengorbanan ibu berkerja, pengorbanan ibu menyusu, pengorbanan ibu czer, pengorbanan ibu bersalin normal, pengorbanan ibu bersalin czer, ibu kemurungan, ppd, kemurungan, kemurungan selepas bersalin

Gambar pengorbanan seorang ibu untuk anaknya- kelahiran normal. Illustrasi oleh: @spiritysol

Selepas berjam-jam menahan sakit kontraksi dan luka di faraj disebabkan episiotomi, curahan kasih sayang seorang ibu yang paling indah pasti akan berlaku apabila akhirnya dapat mendakap anak ke dada.

Pengorbanan ibu menyusu

gambar pengorbanan seorang ibu untuk anaknya, pengorbanan seorang ibu, pengorbanan ibu berkerja, pengorbanan ibu menyusu, pengorbanan ibu czer, pengorbanan ibu bersalin normal, pengorbanan ibu bersalin czer, ibu kemurungan, ppd, kemurungan, kemurungan selepas bersalin

Gambar pengorbanan seorang ibu untuk anaknya- ibu menyusu. Illustrasi oleh: @spiritysol

Siang malam ibu menjaga anak. Biarpun letih dan kekurangan tidur. Biarpun terpaksa menahan sakit mastitis dan puting yang luka, ibu tetap akan menyusukan anak kerana hanya mahu yang terbaik untuk anak mereka.

Cabaran ibu kemurungan selepas bersalin

gambar pengorbanan seorang ibu untuk anaknya, pengorbanan seorang ibu, pengorbanan ibu berkerja, pengorbanan ibu menyusu, pengorbanan ibu czer, pengorbanan ibu bersalin normal, pengorbanan ibu bersalin czer, ibu kemurungan, ppd, kemurungan, kemurungan selepas bersalin

Gambar pengorbanan seorang ibu untuk anaknya- ibu kemurungan selepas bersalin. Illustrasi oleh: @spiritysol

Untuk ibu-ibu yang kemurungan, bertabahlah walaupun anda mengalami trauma selapas bersalin – anda tidak bersalah.

Dengan sokongan daripada suami dan keluarga, semoga tekanan emosi yang dihadapi akan semakin reda and kembali pulih. Pengorbanan anda sangat dihargai dan keluarga anda masih sangat sayang dan memerlukan anda.

Oleh itu dapatkan bantuan jika anda mengesyaki diri meroyan atau PPD, dapatkan bantuan segera. Jangan tunggu sehingga berlakunya perkara yang tidak diingini.

Pengorbanan ibu suri rumah dan ibu berkerja

gambar pengorbanan seorang ibu untuk anaknya, pengorbanan seorang ibu, pengorbanan ibu berkerja, pengorbanan ibu menyusu, pengorbanan ibu czer, pengorbanan ibu bersalin normal, pengorbanan ibu bersalin czer, ibu kemurungan, ppd, kemurungan, kemurungan selepas bersalin

Gambar pengorbanan seorang ibu untuk anaknya- ibu yang hanya ingin memberi yang terbaik untuk anak dan keluarga. Illustrasi oleh: @spiritysol

Tak kira anda ibu suri rumah ataupun ibu berkerja yang selalu perlu menyeimbangkan keluarga dan kerjaya, pengorbanan anda amat dihargai.

Biarpun orang selalu menganggap suri rumah asyik rileks je di rumah, jangan simpan di hati. Kerja ataupun tidak, kita sendiri sahaja yang tahu cabaran yang perlu diharungi setiap hari sebagai ibu dan isteri. 

Oleh itu gunakan semua gambar pengorbanan seorang ibu untuk anaknya di atas sebagai peringatan

gambar pengorbanan seorang ibu untuk anaknya, pengorbanan seorang ibu, pengorbanan ibu berkerja, pengorbanan ibu menyusu, pengorbanan ibu czer, pengorbanan ibu bersalin normal, pengorbanan ibu bersalin czer, ibu kemurungan, ppd, kemurungan, kemurungan selepas bersalin

Janganlah kecam ibu-ibu lain kerana setiap ibu akan mempunyai cabaran dan cara yang berbeza. Biarpun ibu czer ataupun tidak, ibu menyusu ataupun yang memilih formula, suri rumah ataupun ibu bekerja, ibu yang sihat secara mental ataupun mereka yang sedang menderita dalam diam, berikan dorongan dan kata-kata pujian yang positif kepada mereka.

Tugas seorang ibu bukannya perkara yang senang. Hargailah pengorbanan mereka, kerana mereka hanya mahukan yang terbaik untuk anak dan keluarga.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: semua ilustrasi dilukis oleh @spiritysol di Instagram

Baca juga:

5 gambar dan kisah perjuangan luar biasa ibu-ibu bersalin ceasar, bukti mereka patut dihargai!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!