5 mainan anak paling ‘hits’ di tahun 2016. Si manja sudah punya?
Jika anak anda memiliki semua dari 5 mainan ini, bermakna mereka sudah pun mempunyai mainan-mainan paling trend di 2016.
Kesukaan sebuah mainan anak datang silih berganti mengikuti trend.
Di Tahun 2016 ini, kami mencatat ada banyak mainan anak yang mendadak popular dan membuat para ibu berlomba membelinya untuk si kecil.
Apa sajakah itu? Simak senarai berikut ini!
1. Pasir Kinetik
Beberapa orang menyebut mainan ini sebagai pasir ajaib.
Berbeza dengan pasir kebanyakan, pasir kinetik mudah sekali untuk dibentuk-bentuk.
Mainan ini amat sesuai untuk melatih deria si kecil. Harganya pun murah, tak de lah mahal sangat, sekurang-kurangnya RM10.
Kalau tak ingin membelinya, anda juga boleh membuatnya sendiri di rumah, lihat cara membuatnya di sini
2. Squishy
Jika anak anda memasuki usia sekolah, mainan ini pastilah salah satu benda wajib yang harus dia miliki.
Squishy adalah mainan koleksi dengan bentuk lucu yang akan kembali ke bentuk semula ketika anda meremasnya.
Di pasaran, Squishy juga dijual dalam bentuk menyerupai makanan. Bentuknya serupa dengan makanan asli. Terdapat beberapa Squishy yang memberikan aroma makanan agar semakin serupa dengan makanan aslinya.
Lihat pada halaman selanjutnya senarai mainan paling hits di Tahun 2016
3. Slime
Mainan lendir warna-warni ini menjadi idola baru di kalangan anak-anak!
Bukan sahaja berwarna cerah, mainan ini juga bagus untuk permainan deria si kecil!
Di pasaran, mainan ini dijual dalam beragam ukuran dengan rata-rata harga jual 8 ringgit.
4. Teepee Tent
Ingat tak zaman kecil dulu kita sering bermain rumah-rumahan menggunakan selimut?
Nah, mainan anak zaman terkini menggunakan teepee tent!
Khemah ala Indian ini semakin menjadi trend kerana banyak selebriti yang juga memilikinya untuk anak mereka.
Motif dari khemah teepee ini sangat cantik dan jika anda memiliki halaman yang luas, piknik di halaman dengan khemah ini akan menjadikan foto keluarga anda sungguh ‘Instagram-worthy’!
5. Sepatu roda
Anak 90’an pernah kena demam sepatu roda dan ternyata trend itu berulang pada Tahun 2016 ini!
Jika anda tinggal di kompleks perumahan, setiap petang pasti menjadi kebiasaan memandang anak-anak yang sedang belajar bermain sepatu roda ini.
Ia bukan sahaja menyeronokkan, permainan sepatu roda juga dapat membantu melatih keseimbangan si kecil.
Tapi jangan hanya membeli sepatu rodanya saja ya parents, pelindung siku dan lutut juga perlu untuk keselamatan si kecil!