5 Mitos Tentang Penjagaan Bayi

Tidak ada kekurangan komen seperti "wah.. banyaknya air liur bayi anda, sampai meleleh-leleh! Mesti dia tumbuh gigi tak lama lagi." Ataupun "Kalau mahu tidur dengan baik, beri je formula pada waktu malam. " Tetapi tahukah anda, semua contoh komen di atas cuma mitos sahaja?

Ibu bapa yang baru akan selalu mendapat berbagai-bagai pertua dan nasihat daripada orang tua, rakan-rakan dan saudara-mara. Bahkan ibu bapa lain yang tidak dikenali mungkin akan berkongsi pertua mengikut pengalaman mereka.

Tidak ada kekurangan komen seperti “wah.. banyaknya air liur bayi anda, sampai meleleh-leleh! Mesti dia tumbuh gigi tak lama lagi.” Ataupun “Kalau mahu tidur dengan baik, beri je formula pada waktu malam. “

Tetapi tahukah anda, semua contoh komen di atas cuma mitos sahaja?

#1 Bayi seharusnya tidur sepanjang malam

5 Mitos Tentang Penjagaan Bayi

sumber: Beautiful Breastfeeding

Perut bayi baru lahir adalah sangat kecil. Kira-kira saiz sebiji guli sahaja dan hanya boleh menampung susu sebanyak ½ sudu. Apabila bayi genap satu bulan, saiz perut mereka lebih kurang saiz bola ping-pong, dan hanya boleh minum sebanyak 70 hingga 150 ml.

Jadi tidak hairanlah kalau bayi baru lahir akan selalu bangun pada waktu malam untuk menyusu pada mulanya. Sebenarnya, bukan semua bayi akan tidur sepanjang malam. Anak saya sendiri hanya berjaya tidur sepanjang malam selepas dia lebih tua.

Tetapi selain bangun untuk menyusu, terdapat banyak sebab-sebab lain mengapa mereka bangun. Perubahan suhu bilik yang sedikit pun boleh menyebabkan mereka bangun: mungkin mereka rasa terlalu panas ataupun terlalu sejuk. Selain itu, mereka juga boleh terjaga apabila ibu tidak berdekatan.

Jadi jangan bimbang jika bayi anda tidak tidur sepanjang malam seperti bayi lain. Ini perkara yang biasa.

#2 Bayi meleleh air liur pasti tumbuh gigi 

5 Mitos Tentang Penjagaan Bayi

sumber: Being the parent

Tidak semestinya. Kemungkinan untuk bayi tumbuh gigi apabila berusia 4 bulan memang ada, tetapi biasanya kebanyakkan mereka tidak akan tumbuh gigi sehingga berusia kira-kira 6 bulan.

Secara semula jadi, bayi memang selalu akan masukkan apa sahaja ke dalam mulut mereka, sehingga mulut dan dagu basah dengan air liur. Ini cara bayi anda untuk mengenali dunia baru mereka.

Kalau bukan kerana nak tumbuh gigi, mengapa pula meleleh air liur berlebihan? Apabila bayi mencecah umur 4 bulan, kelenjar air liur bayi akan menjadi lebih matang dalam persediaan untuk makanan pejal.

#3 Bayi sudah sedia untuk makanan pejal seawal 3-4 bulan

5 Mitos Tentang Penjagaan Bayi

Sumber: Eat Right Ontario

Bayi yang baharu dilahirkan sudah pandai menghisap dan mencerna susu ibu (atau susu formula). Tetapi ia mengambil masa beberapa bulan bagi enzim pencernaan di dalam perut untuk berkembang menjadi matang supaya boleh melindungi lapisan perut mereka. Bayi yang kecil juga akan mengambil masa untuk belajar cara menelan dan bukan hanya menghisap susu sahaja.

Sebenarnya, pemberian makanan pejal terlalu awal mungkin boleh menjejaskan atau merosakkan lapisan perut mereka, dan boleh menyebabkan allergi makanan, seperti ruam. Jadi janganlah memberi makanan pejal terlalu awal kerana susu ibu masih terbaik untuk bayi anda.

#4 Mitos bayi menangis hanya untuk memanipulasi anda

5 Mitos Tentang Penjagaan Bayi

sumber: Experienced Mommy

Ini tidak benar sama sekali! Mana ada bayi yang menangis dengan niat untuk memanipulasi, atau untuk mengambil kesempatan daripada ibu bapa mereka? Mereka menangis kerana mereka mempunyai keperluan yang perlu dipenuhi.

Ibu bapa yang memenuhi keperluan bayi mereka adalah tindakkan yang betul. Ini tidak bermaksud ibu bapa terlalu memanjakan anak mereka. Sebaliknya ibu bapa yang responsif adalah ibu bapa yang penyayang.

#5 Melatih bayi untuk berdikari

Really? Bayi yang kecil, comel, molek tu? Yang masih baby tu, tak apalah kalau dicurahkan dengan penuh kasih sayang. Anak yang cukup perhatian dan kasih sayang akan lebih cepat berdikari.

Jangan tak sayang tau, nanti dah besar tu, tak ada yang nak manja lagi. Masing-masing akan cari rakan/girlfriend/boyfriend dan ada program sendiri.

Sumber: Babycare Mag

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!