Biarawati ditangkap kerana 'membantu' 5 paderi melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak pekak

undefined

5 Paderi dari sebuah institusi pelajar pekak di Argentina telah didapati merogol dan melakukan penderaan seksual terhadap 24 pelajar pekak mereka.

Biarawati bernama Kosaka Kumiko(42), telah dituduh membantu 5 paderi menutup kejadian penderaan seksual, yang berlaku di sebuah institusi untuk pelajar pekak di Argentina. Mangsa-mangsa yang terdiri dari pelajar institusi itu telah diliwat, dirogol, diraba dan suruh melakukan seks oral.

Penderaan telah berlaku di bilik mandi, di asrama, di taman dan di bilik tingkat bawah tanah sekolah, di Lujan de Cuyo, sebuah bandar kira-kira 620 batu barat laut Buenos Aires.

Pihak berkuasa telah memulakan siasatan terhadap Kumiko apabila seorang bekas pelajar mendakwa biarawati itu telah menyuruhnya untuk memakai kain lampin untuk menutup pendarahan pada bahagian sulit selepas dia dirogol.

Tiada orang yang dapat mendengar jeritan mereka

Biarawati ditangkap kerana membantu 5 paderi melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak pekak

Digari ke kerusi roda, paderi Nicola Corradi dan Rev. Horacio Corbacho, kiri, sedang diiringi ke bilik mahkamah di Mendoza, Argentina, Khamis Disember 22, 2016. (AP Photo / Emmanuel Rodriguez Villegas)

Semenjak itu, sekurang-kurangnya 24 kanak-kanak telah tampil ke hadapan untuk melapor tentang penderaan mereka di sekolah tersebut.

Mangsa-mangsa akan dirogol berulang kali dan tiada orang yang dapat mendengar jeritan mereka kerana kanak-kanak lain semuanya pekak.

Biarawati ditangkap kerana membantu 5 paderi melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak pekak

Kosaka Kumiko Sumber: Facebook

Pemangsa Seksual

Tanggapan salah yang sering berlaku terhadap pemangsa seksual ialah kebanyakan serangan seksual dilakukan oleh orang yang tidak dikenali.

Menurut kajian, kira-kira 60 peratus daripada kanak-kanak lelaki, dan 80 peratus daripada kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa penderaan seksual, didera oleh orang yang dikenali ataupun keluarga. Saudara-mara, rakan-rakan, pengasuh, orang dalam kedudukan kuasa, dan yang mengawasi kanak-kanak tersebut, atau orang yang mengawasi kanak-kanak, adalah orang yang lebih berkemungkinan tinggi untuk melakukan serangan seksual berbanding dengan orang yang tidak dikenali.

Pemangsa seksual tidak terhad hanya kepada orang jahat atau penjenayah. Sebaliknya mereka boleh terdiri daripada paderi, ustaz dan orang-orang tidak pernah terlintas difikiran, akan melakukan perbuatan terkutuk ini.

Inilah sebab mengapa ia sangat penting untuk mengajar anak tentang keselamatan peribadi dan sentuhan yang selamat dan tidak selamat. Bina keyakinan dalam anak untuk katakan “TIDAK” dan untuk memberitahu orang yang dipercayai dengan serta merta jika ada apa-apa yang telah menyebabkan mereka berasa tidak selesa. Walaupun kita tidak boleh teka siapa pemangsa seksual diantara kita, sekurang-kurangnya kita boleh mengajar anak untuk melindungi diri.

 

sumber: Metro UK 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!