5 Sebab Anak Perlu Menjauhi Sos Tomato

lead image

Anda sering menghidangkan sos tomato sebagai pelengkap santapan si manja? Jom semak dahulu 5 sebab mengapa anak-anak anda perlu menjauhi sos tomato.

Sebagai orang Malaysia, kita memang suka makan sos. Makan megi nak ada sos. Makan ayam pun nak ada sos. Ada yang suka sos cili, ada yang gemarkan sos tomato.

Tapi, elok ke sos tomato untuk si kecil anda? Apa anda akan buat kalau ada fakta yang mengatakan anda perlu menjauhi sos tomato, apalagi untuk si manja anda?

Walaupun ia telah menjadi suatu tradisi bagi keluarga anda untuk hidangkan sos tomato, namun banyak kajian menunjukkan bahawa sos tomato yang rendah kalori ini sebenarnya tidak sihat diambil untuk tubuh manusia.

Berikut adalah 5 sebab anda harus elakkan mengambil sos tomato:

1. Bersodium tinggi

Menurut Food Network, mengambil 8 sudu sos tomato sudah cukup untuk memenuhi keperluan sodium anda dalam sehari. Bayangkan, apabila anda membiarkan si kecil menghabiskan suku botol sos tomato seenaknya!

2. Mengandungi banyak High Fructose Corn Syrup (HFCS)

HFCS dikatakan terbukti dapat menyebabkan obesiti, diabetes, dan penyakit jantung.

Hungfry for Change ada menyebut bahawa majoriti ramuan sos tomato botol terdiri dari tomato ranum, air, dan gula yang sangat banyak. Biasanya gula ini merupakan hasil perubahan genetik dari sirap jagung.

3. Memiliki kadar gula yang tinggi

Dr. Joseph Mercola dari Hungry for Change menjelaskan bahawa ibu bapa perlu tahu bahawa 1/4 dari tiap botol sos tomato diperbuat daripada gula.

“1 sudu makan sos tomato biasanya mengandung 4 gram gula,” ujarnya.

4. Meninggalkan kesan kotoran

Ini tidak berkaitan dengan kesihatan, tapi kenyataannya, kesan kotor dari sos tomato kadang-kadang sukar untuk dihilangkan dari baju atau meja/kerusi!

Ia mungkin disebabkan kandungan pewarna yang ditambah dalam sos ini.

5. Membuat semuanya terasa seperti sos tomato

Terlalu banyak menuangkan sos tomato tidak hanya berisiko terhadap kesihatan, tetapi juga sebenarnya tidak memberikan peluang kepada si kecil untuk mencuba rasa makanan lain.

Rasa sos tomato tersebut akan menguasai rasa makanan yang lain!

Jadi, jom kurangi pengambilan sos tomato dalam diet si kecil kita itu ya, ibu ayah...