5 Jenis Perasaan Bersalah Yang Sering Dirasai Seorang Ibu: Bagaimana Ingin Mengendalinya

lead image

Perasaan bersalah adalah seperti PMS - semua akan merasainya kelak. Anda harus bijak mengendali 5 perasaan bersalah ini. Bagaimana? Jom baca panduan dari kami!

Baru-baru ini, saya dihimpit rasa bersalah apabila meminta Izzandra, anak saudara saya memilih sama ada beliau menyayangi saya atau Paksunya lagi. Sudahlah saya semakin kurang meluangkan masa dengannya!

Perasaan bersalah yang sering dialami oleh semua ibu adalah seperti PMS - kita akan merasainya kelak.

Menurut kajian Baby Center, hampor 94% ibu-ibu akan merasa bersalah dan malu tentang beberapa isu seperti berapa banyak masa mereka luangkan dengan anak-anak hinggalah kepada jenis lampin yang digunakan.

Pakar menerangkan perasaan bersalah adalah peluang untuk melakukan sesuatu dengan cara berbeza. Sebab itu semua wanita diminta untuk tidak jatuh dalam perasaan ini. Bangun wanita semua! Mari kita kendali perasaan ini dengan betul!

Untuk membantu anda mengendali perasaan bersalah dengan betul, kami telah menyenaraikan antara 5 jenis perasaan bersalah yang sering dialami ibu dan bagaimana ingin mengendalinya. Jom baca!

1. Beri anak anda susu formula bayi

Ketika anda mengeluarkan botol susu, semua mata memandang tajam ke arah anda. Oh, rupa-rupanya semua ibu memberi susu badan secara eksklusif di sini, patutlah... Tapi, anda tak mampu untuk memberi susu badan...

Cara kendali: Bawa bertenang! Anda mungkin fikir anda seorang saja ibu yang beri susu formula. Tapi sebenarnya, ramai lagi yang terpaksa melalui perkara sama. Tak kisah la sama ada sebab isu bekalan, masalah sering bocor, ingin kerja semula atau atas sebab-sebab lain. Ramai saja ibu yang memberi susu formula pada bayi.

Jika anda sedang bersedih kerana kehilangan fungsi untuk menjaga si kecil, benarkan diri anda bersedih. Tapi, anda kena menerima hakikat dan move on! Pepatah ada mengatakan -

"The best thing you can do for your baby is to be a happy mom."

baby 472926 640 5 Jenis Perasaan Bersalah Yang Sering Dirasai Seorang Ibu: Bagaimana Ingin Mengendalinya

2. Tinggalkan anak pada pengasuh

Ini keputusan dan rasa bersalah yang sukar dihapus... Setiap kali menghantar anak ke pengasuh, anda memaksa kaki untuk melangkah. Anda tak mahu pusing ke belakang lagi lepas memberi satu ciuman pada si manja. Rasa bersalahnya...

Cara kendali: Jangan bimbang. Semua ibu yang berkerja akan melalui perasaan ini. Sebaiknya, bina hubungan yang sihat bersama pengasuh anda.

Untuk menenangkan anda juga, cuba ingat yang kajian mendapati penjagaan kanak-kanak yang bagus boleh meningkatkan kemahiran bahasa, kognitif dan sosial kanak-kanak terbabit. Sebab itu mereka memerlukan pengasuh (jika anda berkerja)

 

mother and daughter 2078075 640 5 Jenis Perasaan Bersalah Yang Sering Dirasai Seorang Ibu: Bagaimana Ingin Mengendalinya

3. Menggunakan TV untuk mengalih perhatian mereka

Ketika anda ingin masak makan malam, kemas rumah yang telah bersepah selama berhari-hari atau membasuh pinggan - TV pasti jadi pengasuh utama pada anak-anak. Tapi, anda akan diruntun rasa bersalah apabila melihat anak-anak leka menonton TV. Adakah TV sihat untuk mereka?

Cara kendali: Jangan rasa bersalah lagi! Walaupun American Academy of Pediatrics menyarankan kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah tidak harus menonton sebarang TV, tapi hampir 67% ibu bapa masih melakukanya!

Kunci di sini adalah bersederhana. Lagipun, lebih baik anda beri mereka tonton rancangan berpelajaran seperti Baby TV.

 

 5 Jenis Perasaan Bersalah Yang Sering Dirasai Seorang Ibu: Bagaimana Ingin Mengendalinya

4. Jadi ibu bapa yang tidak mesra alam

Menurut kajian, hampir 47% ibu bapa akan mula menitikberatkan isu alam selepas menjadi ibu bapa. Bukan apa, mereka ingin alam atau Bumi yang lebih sihat demi anak-anak mereka. Tapi... ketika anda membuang beg sampah yang penuh dengan lampin pakai buang, anda terpandang jiran sebelah. Dia sedang menggantung lampin kainnya di jemuran. Dia memakai kereta hybrid...

Cara kendali: Bukan mudah ingin jadi individu yang mesra alam, tahu? Cuba perlahan-lahan dan dengan usaha kecil-kecilan. Contohnya seperti mencabut plag elektrik yang tak digunakan, basuh baju dengan air sejuk, tukar lampu rumah ke lampu neon dan lain-lain. Cuba perlahan-lahan!

 

pexels photo 27040 5 Jenis Perasaan Bersalah Yang Sering Dirasai Seorang Ibu: Bagaimana Ingin Mengendalinya

5. Beri anak-anak makan makanan ringan

Pada hari yang memenatkan, anda hanya beli burger dan fries pada anak-anak kerana mereka minta makanan itu. Tiba-tiba anda teringat... ibu anda tak pernah beri kalian makan makanan ringan! Ia tak bagus!

Cara kendali: Bertenang. Makanan ringan memang tak bagus, tapi ia bukan beracun. Kunci kejayaan di sini adalah bersederhana dan memilih pilihan yang tepat.

Menurut Mary Savoye-Desanti, seorang pakar bionutrisi di Universiti Yale -- makan makanan ringan sebanyak dua kali seminggu masih okay, asalkan anda memilih pilihan yang rendah lemak.

 

food 1283108 640 5 Jenis Perasaan Bersalah Yang Sering Dirasai Seorang Ibu: Bagaimana Ingin Mengendalinya

 

Ha... bagaimana? Anda semakin faham bagaimana ingin kendali perasaan bersalah selepas membaca artikel ini? Cuba kendali rasa bersalah yang bermaharajalela dalam hati anda itu dengan betul, okay? Kita kan kuat!

 

Sumber rujukan: Baby Center