5 Perkara Lucu Apabila Anda Bawa Bayi Comel Itu Berenang

undefined

Jika anda selalu bawa anak keluar bermain air dan berenang, anda pasti pernah mengalami 5 perkara lucu ini. Lawak juga bila memikirkan ia balik!

Anda suka bawa anak pergi berenang atau bermain air? Jika anda aktif berenang semasa hamil, sudah tentu anda tahu berenang dapat menolong melegakan otot-otot yang sakit atau terasa tegang.

Bermain air juga antara aktiviti riadah yang paling santai dan menenangkan.

Jujur saya cakap, ibu bapa mungkin akan lebih rileks dan tidak terlalu kelam kabut kalau tidak bawa anak sekali.

Namun, ada faedahnya juga jika bawa anak berenang bersama anda.

5 Perkara Lucu Apabila Anda Bawa Bayi Comel Itu Berenang

Kredit: YMCA Twin Cities

Antara faedahnya ialah anak-anak yang diajar berenang dari usia yang awal akan mempunyai perkembangan motor dan kemampuan kognitif yang lebih baik dan cepat.

Tapi, selain pening dengan jumlah barang yang perlu dikemas dan dibawa bersama setiap kali nak pergi berenang dengan anak, ini juga antara perkara lucu yang akan lalui:

#1 Kelam kabut sebelum keluar rumah

5 Perkara Lucu Apabila Anda Bawa Bayi Comel Itu Berenang

Biarpun ibu rajin mengemas beg untuk dibawa pada malam sebelumnya, kes kelam kabut ini pasti akan terjadi.

Biarpun ibu itu ada sikap positif sambil berkata, “I can do this; kali ini kita tidak akan lambat ke kelas renang,” pasti ada gangguan last minute yang akan berlaku.

Anak seorang lagi nak berak lah, anak seorang lagi pula tiba-tiba nak tidur. Pening!

Tapi jangan panik; saya pasti setiap ibu yang membawa anak (ke mana-manapun) akan mengalami situasi yang sama. Kalau dah ada anak, beginilah senario dia bukan??!!!

#2 Anda pasti akan lupa sesuatu

5 Perkara Lucu Apabila Anda Bawa Bayi Comel Itu Berenang

Sumber gambar: menshealth.com

Kenapalah banyak sangat barang yang perlu dibawa!? Mereka kan bayi dan kanak-kanak kecil sahaja!?

Biarpun bawa 2 beg yang besar: ayah bawa satu, ibu bawa satu, pasti ada barang yang akan tertinggal.

Bayi nak puting kosong, kena korek dalam beg. Baru nak sedar, “Eh mana swimming nappy dia?! Eh towel pun lupa ke tadi? Alamak! Lupa kemas seluar dalam suami pulak!” … hancur.

Apa boleh buat? Sudah sampai kat kolam renang ini. Harap-haraplah ibu-ibu lain ada swimming nappy spare punya.

Lain kali kena beli jenis yang pakai buang. Letak dalam kereta supaya tidak lupa lagi. Nanti baru fikir tentang seluar dalam suami pulak.

#3 Anak dah berak ke tadi??

5 Perkara Lucu Apabila Anda Bawa Bayi Comel Itu Berenang

Sumber gambar: time.com

Biarpun bayi anda selalu buang air besar pada masa yang sama, atau masih belum lagi hari ini, jangan bimbang dia akan terberak dalam kolam renang sehingga semua orang kena keluar.

Sebenarnya, kejadian seperti ini sangat jarang.

Tapi jika betul-betul anak terberak semasa berada dalam air, swimming nappy dan seluar mandi boleh menghalang najis dari terkeluar sambil ibu bapa bergegas keluar dari kolam.

#4 Rileks je lah berseronok dengan anak

5 Perkara Lucu Apabila Anda Bawa Bayi Comel Itu Berenang

Walaupun persediaan untuk pergi ke kolam renang memang stress dan kelam kabut, tapi kalau sudah sampai ke sana, rileks je lah.

Semua kanak-kanak dan bayi suka main air. Lebih-lebih lagi kalau bersama kawan ataupun ibu bapa.

Ibu bapa yang penat pun akan rasa mencuit hati melihat gelagat anak mereka bersuka ria.

Ibu bapa juga boleh berinteraksi dengan ibu bapa lain, kongsi petua, dan beritahu diri sendiri yang anda telah “bersenam” hari ini. 

#6 Penat berenang, anak akan tidur nyenyak

Semua anak dah makan, suami pun sampai di rumah dengan selamat walaupun tidak memakai seluar dalam.

Anak-anak pun sudah penat bermain lalu masuk bilik tidur. Keadaan di rumah kembali diam, dan ibu bapa boleh betul-betul rileks sekarang.

Walaupun setiap minggu macam nak gila bawa sekeluarga berenang dan beriadah, akhirnya hasilnya sangat berbaloi. Lagipun bukan setiap hari adanya keadaan rumah yang aman dan diam begini!

Sumber: letsmush.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Pelampung Leher Bayi Yang Comel Ini Sebenarnya Mungkin Berbahaya Untuk Mereka

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!