5 racun merbahaya di rumah terhadap anak anda yang anda mungkin tidak sedar

lead image

Memastikan keselamatan anak-anak sememangnya bukan mudah. Pasti ada yang kita akan terlepas pandang terutamanya jika ia melibatkan racun merbahaya.

Memastikan keselamatan anak-anak sememangnya bukan mudah. Pasti ada yang kita akan terlepas pandang terutamanya jika ia melibatkan racun merbahaya.

Menurut data pada tahun 2015 di Amerika Syarikat, Persatuan Pusat Kawalan Racun Amerika telah mengendalikan lebih 2 juta kes keracunan bahan kimia dan separuh daripada jumlah ini melibatkan kanak-kanak di bawah 6 tahun. Angka yang menakutkan.

Walaupun ia merupakan data di Amerika Syarikat, tidak mustahil kes-kes ini juga terjadi di sini. Kita sebagai ibu bapa perlu lebih tahu tentang apa yang boleh membahayakan anak-anak kita.

Mari kita lihat racun merbahaya di rumah terhadap anak-anak yang mungkin kita tidak sedar.

1. Kosmetik dan barangan penjagaan diri

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/04/product line.jpg 5 racun merbahaya di rumah terhadap anak anda yang anda mungkin tidak sedar

Foto ehsan beauty & make up

Salah satu barangan yang memang kebiasaannya ada di hampir semua rumah. Dan ia akan mengejutkan yang ianya merupakan salah satu punca keracunan yang banyak terjadi pada kanak-kanak.

Anda harus ingat, semua barangan yang kita guna untuk kebersihan dan kecantikan mempunyai banyak bahan kimia.

Contohnya, jika anak anda terhidu debu dari bedak talkum, ia boleh menyebabkan kesukaran bernafas dan kerosakkan paru-paru (baca lebih lanjut info ini di sini 4 sebab mengapa bedak membahayakan kesihatan bayi).

Malah, tertelan losyen boleh menyebabkan cirit-birit, muntah-muntah dan loya.

2. Ubatan haiwan peliharaan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/04/images 3.jpg 5 racun merbahaya di rumah terhadap anak anda yang anda mungkin tidak sedar

Ubat haiwan peliharaan sama bahayanya dengan ubatan orang dewasa terhadap kanak-kanak. Menurut satu kajian yang telah diterbitkan di Pediatrics, dari 1 Januari 1999 hingga 31 Disember 2013, pusat kawalan racun di Ohio telah menerima lebih dari 1,400 panggilan (purata 95 panggilan setahun) berkenaan kanak-kanak terdedah kepada ubatan haiwan peliharaan. 85% daripadanya ialah kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.

Selain daripada kanak-kanak mengutip ubatan yang mungkin diluah atau tercampak semasa diberikan kepada haiwan peliharaan, krim atau losyen ubatan yang disapu pada haiwan peliharaan juga merbahaya buat mereka.

Mereka akan memasukkan tangan mereka ke dalam mulut setelah memegang bahagian yang telah disapu krim atau losyen ubat ini.

3. Alat E-rokok dan nikotin cecair

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/04/ucm491663.jpg 5 racun merbahaya di rumah terhadap anak anda yang anda mungkin tidak sedar

Foto ehsan ucm

Ini adalah antara yang paling bahaya untuk kanak-kanak. Nikotin yang digunakan di dalam cecair E-rokok walaupun di dalam kuantiti yang sedikit namun ia sangat pekat dan merbahaya.

Walau hanya setitik ia akan menyebabkan kadar degupan jantung meningkat, otot bergerak (muscle twitching), berpeluh dengan banyak dan muntah-muntah.

Jika terkena pada kulit, ia boleh menyebabkan kesan melecur. Walaupun ia bergantung pada kuantiti dan kepekatan cecair itu, mengapa perlu ambil risiko, bukan?

4. Produk pencuci

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/04/Household Products.jpg 5 racun merbahaya di rumah terhadap anak anda yang anda mungkin tidak sedar

Ia mungkin kedengaran pelik, tapi cuba anda baca label bahan pencuci yang ada di rumah anda. Daripada pencuci pinggan mangkuk, lantai, hinggalah pencuci baju.

Semuanya mempunyai bahan kimia yang boleh menyebabkan keracunan pada kanak-kanak. Antaranya ialah Sodium lauryl sulfate (SLS)/sodium laureth sulfate (SLES), 1,4-dioxane, NPE (nonylphenol ethoxylate) dan Phosphates.

Dan antara kesan yang boleh disebabkan oleh bahan kimia ini ialah:

  • masalah pernafasan
  • keradangan pada mata
  • kanser
  • gangguan pada sistem endokrin

Malah, rupa fizikal produk pencuci sangat menarik minat kanak-kanak kerana ia berwarna-warni dan di dalam botol/bekas yang menarik.

5. Pewangi

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/04/download.jpg 5 racun merbahaya di rumah terhadap anak anda yang anda mungkin tidak sedar

Foto ehsan a simple guide

Sama ada pewangi rumah, tandas atau pewangi badan. Dua bahan yang biasanya terdapat di dalam pewangi ialah:

  • Parabens:  Pengawet sintetik yang boleh mengganggu produksi hormon.
  • Phthalates: Bahan karsinogenik yang boleh mengganggu sistem reproduktif, hati dan buah pinggang.

Menakutkan bukan? Namun, inilah antara bahan yang kita tidak perasan boleh membahayakan anak-anak kita. Sebagai langkah pencegahan, kita bolehlah meletakkan bahan-bahan ini di tempat yang tidak dapat dicapai oleh mereka. Atau di tempat yang berkunci.

Lebih baik jika dapat berhenti menggunakan bahan-bahan ini terus dirumah. Terdapat pelbagai alternatif yang boleh diguna sebagai ganti. Malah terdapat banyak petua orang dahulu yang boleh digunakan sebagai ganti bahan-bahan ini.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!