5 sebab mengapa Kate Middleton jarang membeli pakaian untuk anak-anaknya

lead image

The Duchess of Cambridge ini mempunyai sebab-sebab yang khusus untuk menghadkan almari pakaian anak-anaknya. Ketahui apakah sebab-sebab itu di sini

Walaupun beliau dikenali sebagai seorang yang gemar bergaya (terbukti dengan pemakaiannya yang memukau ketika melawat India baru-baru ini), Kate Middleton secara amnya suka memastikan almari pakaiannya ringkas.

Kegemaran The Duchess of Cambridge ini mengulangi pakaian yang sama sangat dikenali. Tetapi, kelihatan beliau mengaplikasikan perkara yang sama terhadap anak-anaknya juga: memakaikan mereka pakaian yang sama (atau versi yang sama) berulang kali.

Ini bukanlah satu kebetulan. Malah, beliau mempunyai lima sebab, yang telah disahkan oleh sumber kerabat terhadap Daily Mail UK, tentang mengapa beliau sering memakaikan anak-anaknya pakaian yang sama.

1. Beliau mahu menunjukkan kepada dunia yang keluarga diraja juga seperti orang biasa

Walaupun di dalam potret rasmi, Kate tidak malu untuk memakaikan bayi-bayi diraja dengan pakaian yang comel dan sama - jauh berbeza dengan selebriti Hollywood dan orang berpengaruh yang tetap mahu memakaikan anak mereka dengan hanya pakaian oleh pereka terkenal.

src=https://ph.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/06/royal baby outfits 2.jpg 5 sebab mengapa Kate Middleton jarang membeli pakaian untuk anak anaknya

2. Beliau mahu mengelak dari mencipta "kegilaan membeli belah"

Kate tidak mahu menggembar-gemburkan jenama atau pereka pakaian tertentu yang dipakai anak-anaknya. Namun walaupun beliau cuba mengelak, anak-anak dirajanya telah menjadi ikon gaya kerana pakaian yang dipakai anak-anaknya terjual di atas talian hampir serta-merta. Contohnya, pakaian pembaptisan merah putih Putera George, yang telah terjual di dalam masa 24jam.

3. Beliau cuba menghubungkan anak-anaknya dengan masa lalu

Beliau berharap dengan mengulangi pakaian seperti pakaian diraja dahulu, beliau dapat mencari hubungan bermakna dengan sejarah keluarga mereka.

Kate sangat dikenali dengan memakaikan Putera George dengan pakaian yang seakan pakaian yang Putera William pernah pakai semasa sebaya umur anaknya.

Contohnya: untuk pembaptisan Charlotte, Kate telah memakaikannya dengan pakaian seakan pakaian William 30 tahun yang lalu semasa beliau pertama kali berjumpa adik lelakinya, Harry.

src=https://ph.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/06/royal baby outfits 3.jpg 5 sebab mengapa Kate Middleton jarang membeli pakaian untuk anak anaknya

4. Beliau mahu menghadkan perhatian media

Perkara terakhir yang Kate Middleton mahukan ialah mempunyai paparazzi mengekori anak-anaknya siang dan malam. Beliau berharap dengan menghadkan pertukaran pakaian anak-anaknya juga akan mengurangkan pendedahan terhadap media.

src=https://ph.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/06/royalbaby outfits lead 1 1.jpg 5 sebab mengapa Kate Middleton jarang membeli pakaian untuk anak anaknya

5. Beliau mahu memastikan ianya ringkas dan tradisional

Beliau mahu menjauhi trend atau gimik kerana beliau mahu anak-anaknya hanya menjadi kanak-kanak dan bukanlah pemula trend baharu (trendsetters).

Tetapi, dia masih mengikuti satu trend, kecenderungannya terhadap pakaian kanak-kanak tradisional merupakan sebab mengapa naiknya populariti pakaian tradisional kanak-kanak di UK baru-baru ini. Perkara yang terbaik tentang ini ialah, beliau telah membantu jenama tempatan yang kecil.

Walaupun Kata mencuba yang terbaik untuk tidak meletakkan anak-anaknya sebagai tumpuan, orang awam tidak akan pernah cukup untuk melihat gelagat anak-anak diraja walau apa yang mereka pakai.