5 Tips Terbaik Untuk Mengatur Bilik Dapur

lead image

Mari kita baca dan amalkan 5 tip ini agar barang-barang di dapur kita sentiasa nampak kemas, teratur dan sistematik.

Tahukah anda bahawa bilik dapur yang dalam keadaan huru-hara dan bersepah adalah satu daripada punca kita rasa tertekan ketika duduk di rumah?

Dalam satu kajian, Cornell Food dan Brand Lab telah mendapati bahawa bilik dapur yang dalam keadaan huru-hara boleh mewujudkan rasa bimbang dan memberi tekanan.

Pengkaji juga telah mendapati ia adalah faktor yang mempengaruhi pilihan makanan yang tidak sihat dan pengambilan kalori yang lebih banyak.

Mari kita baca 5 tips ini agar barang-barang di bilik dapur nampak kemas, teratur dan sistematik.

#1 Bekas bermagnet

Tip ini sangat sesuai untuk ruang dapur yang kecil kerana ia menjimatkan ruang dan boleh mengelak dari kaunter dapur yang bersepah.

magnet container 5 Tips Terbaik Untuk Mengatur Bilik Dapur

gambar pertama dipetik dari dan gambar kedua dipetik dari tatertotsandjello.com

Yang paling seronok apabila membuat bekas bermagnet sendiri adalah anda tidak terhad kepada bekas jar atau tin logam yang sering disyorkan dalam internet.

Sebenarnya anda boleh mengguna semula bekas plastik yang sedia ada, ataupun apa-apa sahaja. Anda cuma perlu membeli jalur magnet yang boleh didapati dari sini dan sini.

Kemudian, potongkan jalur magnet itu mengikut saiz yang dikehendaki dan lekatkan pada tapak bekas dengan gam.

Anda boleh menyimpan semua bahan-bahan kering ke dalam bekas seperti serbuk kari, bunga lawang, kayu manis dan rempah lain-lain.

Ketatkan bekas, dan lekatkan pada tepi peti sejuk.

Sumber: Tater Tots and Jello

#2 Rod besi untuk almari di bawah sinki dapur

cleaning rod md107966 vert 5 Tips Terbaik Untuk Mengatur Bilik Dapur

Sumber: Martha Stewart

Ruang di bawah sinki selalunya penuh dengan botol penyembur dan bahan-bahan cuci, kan? Bagaimana mahu mengemasnya?

Caranya mudah! Untuk memaksimumkan ruang ini, anda boleh menggunakan rod besi yang boleh di beli dari mana- mana kedai Daiso.

Ukur kelebaran kabinet di bawah sinki, beli rod gantung yang sesuai dan gantungkan semua botol penyembur seperti gambar diatas. Kemas kan?

Sumber: Martha Stewart

#3 Cangkuk dan klip pengikat

packet 5 Tips Terbaik Untuk Mengatur Bilik Dapur

Di dapur anda, pasti ada banyak paket-paket seperti tepung santan ataupun rempah masakan pracampur untuk kari ataupun rendang.

Cara yang mudah untuk memastikan paket-paket ini tidak bersepah dalam laci ataupun kabinet dapur adalah dengan menggunakan cangkuk dan klip pengikat.

Klipkan semua paket-paket ini dengan menggunakan klip pengikat kemudian gantungkan pada cangkuk yang telah dilekatkan pada tepi kabinet ataupun dinding.

Sumber: One Good Thing

#4 Guna semula karton telur

Apa yang anda selalu buat dengan karton telur lama? Apa kata anda simpan dan guna semula. Bagaimana?

Potong karton itu dan masukkan dalam peti sejuk. Anda boleh terbalikkan sos yang anda ada dalam peti sejuk dan susunnya dalam karton ini.

11 upside down squeeze bottles with egg carton 5 Tips Terbaik Untuk Mengatur Bilik Dapur

Anda boleh letakkan botol madu, botol sos tomato/chili, botol kicap, mustard, mayonis, dan banyak lagi!

Sumber: For Creative Juice

#5 Rod gantung dan bakul plastik

kitchen sink 5 Tips Terbaik Untuk Mengatur Bilik Dapur

Sumber : dreamingindiy.com

Kalau anda ada botol-botol bahan cuci yang tidak boleh digantung, cuba pula tip ini: gunakan dua rod tegangan untuk menampung 2 bakul plastik.

Semak berat maksima bagi rod-rod tersebut apabila membelinya di kedai Daiso and pastikan barang-barang yang anda masukkan ke dalam kedua-dua bakul ini tidak terlalu berat.

Kemas jadinya kabinet dapur anda nanti!

Sumber: Dreaming inDIY

Selamat mencuba!