Anda Mempunyai 17 Tanda-Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil!

lead image

Kadang-kadang, kita tidak perasan tanda tanda mengandung dan yang sebenarnya kita hamil. Terutamanya mereka yang tidak mempunyai pengalaman hamil.

Setiap kehamilan adalah berbeza, sama ada ia kehamilan yang pertama mahupun yang seterusnya. Kadang-kadang, kita tidak perasan yang sebenarnya kita hamil.

Terutamanya mereka yang tidak mempunyai pengalaman hamil. Sebab itu kita tidak tahu tanda tanda mengandung.

Jadi, mari kita lihat 17 tanda awal kehamilan ini menunjukkan yang anda hamil atau simptom mengandung yang harus anda tahu.

17 tanda tanda mengandung yang akan dialami oleh wanita:

Tanda tanda mengandung 1: Anda terlepas tarikh haid

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/04/unnamed.jpg Anda Mempunyai 17 Tanda Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil!

Foto ehsan: Bin usrah

Tanda tanda mengandung ini mungkin tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai haid yang tidak teratur.

Tetapi anda boleh membuat anggaran berapa lama maksimum masa anda lambat datang bulan dan bandingkan.

Mereka yang hamil akan berhenti mengalami haid sehingga selepas bersalin.

Tanda awal kehamilan 2: Spotting/keluar darah sedikit

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2017/12/Bleeding or spotting while pregnant.jpg Anda Mempunyai 17 Tanda Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil!

Ramai wanita yang terlepas tanda awal kehamilan ini kerana menyangka mereka “datang haid” seperti biasa, sedangkan hanya tompokan darah sedikit saja yang keluar.

Tompokan darah sedikit ini dikenali sebagai spotting – dab biasanya tidak terlalu banyak hingga memenuhi pantyliner

Kenapa ia berlaku? Ia kerana telur cuba melekat pada lapisan dalam rahim, lalu mengakibatkan spotting

Tanda tanda mengandung 3: Kejang bahagian abdomen

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/04/sakit perut kolik kram.jpg Anda Mempunyai 17 Tanda Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil!

Foto ehsan: Mediskus

Salah satu tanda yang biasanya di alami di awal kehamilan ialah mengalami kekejangan di bahagian abdomen.

Ini kerana, penempelan sedang berlaku di dalam rahim dan perubahan ini kadang-kala menyebabkan kekejangan.

Tanda awal kehamilan 4: Mengidam makanan yang bukan-bukan

src=https://3.bp.blogspot.com/ wpfl9D2pje0/UkDil2WTh2I/AAAAAAAAE60/aSFRITYDpcM/s1600/Food Craving 629x433.jpg Anda Mempunyai 17 Tanda Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil!

Alamak! Kenapa tetiba mengidam nak makan rojak pasembor Penang pula tiba-tiba ni… Ha, itu satu lagi tanda awal kehamilan. 

Ada kes suami yang tiba-tiba mengidam. Tapi selalunya, si isteri memang akan mengidam teruk! Makanan yang sebelum ini tidak pernah disukai pun tiba-tiba boleh mengidam.

Kalau anda mengalami alahan yang teruk seperti mual, jeruk selalu menjadi makanan mengidam yang boleh mengatasinya

Namun hati-hati ya, jeruk ada pelbagai kandungan pengawet dan garam. Ia beri kesan yang tidak elok pada anak.

Tanda tanda mengandung 5: Perubahan mood yang mendadak

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/04/Bipolar Disorder shutterstock 174194297.jpg Anda Mempunyai 17 Tanda Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil!

Foto ehsan: Rini Hapsari-Psikolog

Dalam perkataan lain ‘mood swing‘. Wanita sangat sinonim dengan perubahan mood yang mendadak di awal kehamilan.

Ini kerana, mereka sedang mengalami perubahan hormon yang mendadak. Jadi, perubahan mood adalah salah satu simptom yang normal.

Tanda tanda mengandung 6: Perubahan selera makan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/04/89appetite suppressants.jpeg Anda Mempunyai 17 Tanda Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil!

Foto ehsan: WordPress

Terdapat dua kategori, sama ada anda menjadi semakin berselera makan atau langsung tidak berselera makan.

Sesetengah wanita akan mengalami alahan semasa hamil yang menyebabkan mereka muntah-muntah dan hilang selera makan semasa trimester pertama.

Namun, 1 per 3 dari wanita hamil bernasib baik kerana tidak akan melalui alahan seperti ini.

Tanda tanda mengandung 7: Cepat lesu

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/04/letih.jpg Anda Mempunyai 17 Tanda Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil!

Foto ehsan: Sihat dan cantik

Disebabkan badan sedang mengalami perubahan hormon dan fizikal, wanita hamil akan lebih mudah rasa penat dan lesu.

Mereka akan mula banyak tidur dan berehat kerana tidak bertenaga.

Tanda awal kehamilan 8: Badan rasa panas

src=https://4.bp.blogspot.com/ ELrJe5ISpWI/WcharZP1mnI/AAAAAAAAQ4g/JGvdRsh5aUYQMu3jwOoX1js fY3yetH4gCLcBGAs/s1600/tanda awal kehamilan1.jpg Anda Mempunyai 17 Tanda Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil!

Tahukah anda yang suhu badan anda juga mampu menentukan sama ada anda hamil atau tidak

Semuanya kerana perubahan suhu badan yang akan berlaku ketika ovulasi (waktu subur).

Apabila ovulasi berlaku dan telur dilepaskan untuk pensenyawaan, suhu badan anda akan naik sedikit daripada biasa.

Sebab itu trik mencatat suhu badan adalah salah satu cara berkesan untuk ibu cuba hamil mengira waktu subur. 

Tanda tanda mengandung 9: Sakit payudara

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/04/How to Relieve Breast Pain During Pregnancy.jpg Anda Mempunyai 17 Tanda Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil!

Apabila berlakunya perubahan hormon, organ seksual juga akan mengalami perubahan.

Biasanya, pada awal kehamilan, wanita hamil akan mengalami sakit pada payudara yang jelas terasa apabila hendak mengelap badan atau memakai pakaian.

Tanda tanda mengandung 10: Kerap ke tandas

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/04/woman flushing toilet.jpg Anda Mempunyai 17 Tanda Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil!

Foto ehsan: Mommies journey

Anda mesti selalu lihat rakan anda yang hamil kerap ke tandas. Ya, itu yang akan anda alami ketika hamil.

Sekiranya anda mula kerap ke tandas, anda juga mungkin sedang hamil.

Tanda awal kehamilan 11: Hidung tersumbat dan selesema

src=https://4.bp.blogspot.com/ vZI04xqSXRU/Wchdgo14QXI/AAAAAAAAQ40/j wsaJtAam4iZ1BCJpd2TFuMFq5eLdu2gCLcBGAs/s1600/tanda awal kehamilan6.jpg Anda Mempunyai 17 Tanda Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil!

Sistem tubuh badan kita dilengkapi dengan sistem kekebalan untuk mengelak jangkitan penyakit atau bakteria.

Namun ketika hamil, badan anda akan mengalami satu perubahan pelik iaitu anda akan kerap demam, selesema dan hidung tersumbat. 

Ini kerana sistem imun badan anda semakin kurang berkesan. Sistem imun ini akan dicegah daripada menyerang ataupun menolak janin yang sudah terbentuk.  

Tanda tanda mengandung 12: Kembung perut atau sembelit

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/04/Cara mengatasi sembelit pada ibu hamil.jpg Anda Mempunyai 17 Tanda Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil!

Foto ehsan: Sonherbal

Ini adalah salah satu masalah biasa bagi wanita hamil.

Sama ada anda mula mengalami kembung perut yang kerap atau mula mengalami sembelit. Pastikan anda banyak mengambil sayuran hijau!

Tanda awal kehamilan 13: Kerap sakit kepala

src=https://4.bp.blogspot.com/ K2BQrOZioIg/Wchb0S7B TI/AAAAAAAAQ4o/EO4D9MAoMlQDU20GeG9jwmN8npSGn AEgCLcBGAs/s1600/tanda awal kehamilan3.jpg Anda Mempunyai 17 Tanda Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil!

Ibu yang hamil akan mudah mendapat sakit kepala kerana hormon estrogen dan progesteron yang dihasilkan badan. 

Malah, sakit kepala ini juga mungkin disebabkan tahap gula dalam darah anda. Jika ia berlanjutan, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera!

Tanda tanda mengandung 14: Deria bau menjadi lebih sensitif

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/04/nese 0.jpg Anda Mempunyai 17 Tanda Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil!

Foto ehsan: UT

Anda tiba-tiba rasa semua bau lebih jelas dari biasa hingga membuatkan anda tidak senang dengan sesetengah bauan yang terlalu kuat.

Ia merupakan salah satu tanda anda hamil.

Tanda awal kehamilan: Perubahan warna pada faraj

Perubahan warna pada faraj antara tanda mengandung susah untuk perasan. Ia berlaku kerana peningkatan aliran darah di kawasan pelvis wanita.

Bagaimana perubahan warna ini? Faraj anda akan nampak “lebih gelap” berbanding biasa.

Tanda tanda mengandung 17: Kerap pening atau pengsan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/04/fainted.jpg Anda Mempunyai 17 Tanda Tanda Ini? Anda Mungkin Hamil!

Foto ehsan: Dr. Zubaidi

Ini disebabkan badan anda sedang mengalami perubahan dan mungkin disebabkan terlalu penat dengan perubahan tersebut. Kerap pening atau pengsan juga adalah normal di awal kehamilan.

Tanda-tanda ini adalah subjektif dan tidak semua wanita mengalaminya.

Namun, ini adalah antara tanda-tanda yang biasanya terjadi pada permulaan kehamilan. Kongsikan dengan kami apakah perubahan yang anda lalui di awal kehamilan 🙂

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!