6 Aktiviti Belajar Yang Menggunakan LEGO!

Selain dari membina pelbagai benda dengan blok LEGO, tahukah anda ianya juga boleh digunakan sebagai alat bantuan mengajar?

Blok LEGO, atau blok yang bersamaan dengannya adalah permainan yang paling biasa dijumpai dalam setiap rumahtangga yang mempunyai kanak-kanak.

Selain dari membina pelbagai benda dengan blok LEGO, tahukah anda ianya juga boleh digunakan sebagai alat bantuan mengajar?

Ia boleh membantu kanak-kanak yang lebih visual dan yang suka membuat kerja dengan tangan untuk memahami dengan lebih baik.

Anda hanya akan memerlukan:

#1 Mengajar tentang warna

  1. Gunakan 4 keping kertas atau 4 keping kad manila yang telah dipotong.
  2. Gunakan 4 jenis warna contohnya merah, biru, kuning dan hijau. Warnakan dan tuliskan nama warna itu dengan terang.
  3. Terpulanglah, jika anda ingin mengajar menggunakan dwibahasa ataupun tidak.
  4. Berikan beberapa blok campuran 4 warna yang ditetapkan dan suruh anak agihkan ke kumpulan warna masing-masing.

#2 Mengajar Nombor "Number Rods"

Kaedah mengajar nombor ini berasal dari sekolah Montessori. Ibu bapa senang mengajar tentang nombor dan kanak-kanak boleh melihat secara visual nombor menaik dan nombor menurun.

Ibu bapa juga boleh mengajar anak tentang nombor genap dan nombor ganjil dengan cara ini. Tetapi kerana saya telah buat akitiviti in dengan anak saya baru berumur 3 tahun, saya suruh hitung dan surihkan nombor sahaja.

  1. Susun blok mengikut warna selang seli seperti di atas.
  2. Suruh anak hitungkan jumlah blok yang digunakan.
  3. Buat titik untuk jumlah setiap baris blok itu dan suruh anak surihkan.

#4 Mengajar nama bagi setiap hari dalam seminggu

Saya telah membuat aktiviti ini dengan anak sulung yang mengalami kesusahan untuk memahami Bahasa Malaysia.

Campurkan blok yang ditulis Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad dan suruh anak aturkan mengikut hari dalam satu minggu.

#5 Mengajar Sukukata

Ibu bapa boleh menggunakan Blok LEGO untuk mengajar sukukata. Ini cara untuk menjadikan pembelajaran yang lebih menarik untuk kanak-kanak.

#6 Membina ayat

Kanak-kanak juga boleh belajar untuk membentuk ayat-ayat mudah dengan perkataan yang telah ditulis pada blok LEGO. Kaedah ini adalah alternatif yang baik apabila anak sudah rasa bosan dengan latihan membina ayat yang biasa.

NOTA SAMPINGAN: Jangan risau apabila melihat kesan yang ditinggalkan marker pada blok LEGO. Saya sendiri telah mencuba cara no.7 dari artikel ini dan telah berjaya untuk membersihkannya.

 

Selamat mencuba!

sumber: Happiness is Homemade