6 Cara Kreatif Untuk Mendisiplinkan Anak Anda

6 Cara Kreatif Untuk Mendisiplinkan Anak Anda

Gunakan 6 cara kreatif untuk mendisiplinkan anak anda tanpa menggunakan kekerasan atau gaya ala-ala askar. Ianya mudah, lembut dan praktikal untuk dicuba di rumah.

Apa cara mendisiplinkan anak yang betul?

Mendisiplinkan anak-anak sememangnya satu perkara yang mencabar.

Tapi, ramai ibu bapa berpengalaman di luar sana yang melakukan beberapa helah praktikal dan cara kreatif untuk mendisiplinkan anak mereka dalam beberapa situasi yang berlainan.

Jika anda masih mencari cara-cara menarik dan tidak terlalu tegas dalam mendisiplinkan anak anda, jom baca 6 tip di bawah ini.

Ia pasti dapat membantu!

1. Guna kaedah pelukan

cara disiplinkan anak - pelukan

Sumber: Parentmap.com

Ketika mendisiplinkan anak, anda tidak perlu terlalu kasar atau bak seorang komander askar. Cukup dengan memberikan satu pelukan mesra kepada anak anda!

Cara ini amat berkesan untuk anak anda yang masih kecil. Jika dia tidak mahu mendengar nasihat anda, cuba berikannya tunjuk ajar sambil memeluk erat dirinya.

Atau, jika anak anda mula tunjuk tantrum, peluk anak kecil anda sekuat-kuatnya dan biarkan dia tenang dalam dakapan anda.

Malah, taktik ini juga berkesan untuk anak-anak anda yang saling bergaduh. Apa yang anda boleh buat adalah minta mereka untuk saling berpelukan.

Biar mereka melihat wajah masing-masing, memohon maaf dan saling bertukar ucapan sayang.

Pada mulanya, mereka mungkin berasa pelik atau kekok, tapi lama-lama ia akan menjadi rutin biasa. Cuba ya!

2. Kaedah berdiri atas (satu) kaki sendiri

Sebagai ibu dan ayah, kita mahu anak kita berdisiplin dan pandai berdikari, kan?

Kita mahu mereka boleh berdiri atas kaki sendiri.

Haaa, apa kata anda gabungkan kedua-dua ini dalam cara mendisiplinkan anak anda?

Jika anda perasan yang anak-anak anda mula bergaduh sesama sendiri, suruh mereka menghadap antara satu sama lain sambil berdiri atas satu kaki (ala-ala burung flamingo).

Biarkan mereka kekal dalam posisi ini sehinggalah mereka berbaik, mula bekerjasama dan dapat mencari penyelesaian untuk berbaik semula.

Mungkin pada mulanya, cara ini nampak remeh, tapi tunggu sehingga seminit dua. Pasti anak-anak anda akan mula tergelak dan bergurau antara satu sama lain (ketika cuba untuk menjatuhkan adik atau abangnya itu!)

Dengan cara ini, mereka akan cepat berbaik dan menjadi mesra antara satu sama lain.

3. Kaedah mencuci tingkap

cara mendisiplinkan anak - cuci tingkap

Sumber: The Asian Parent Singapore

Saya pernah terdengar yang ada beberapa ibu membuatkan anak-anak mereka mencuci tingkap apabila anak mereka buat perangai atau tidak berdisiplin.

Ibu ini akan menyuruh anaknya mencuci tingkap yang sama sehingga ianya benar-benar berkilat! 

Teknik ini sangat sesuai untuk anak yang selalu bergaduh. Jadi, apabila mereka diminta untuk mencuci tingkap bersama-sama, ia mengajar nilai kerjasama.

Malah, mungkin mereka juga akan saling bergurau dan mula mencampak air antara satu sama lain dan bergelak ketawa! 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Noor

app info
get app banner