theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

6 Fakta Menarik Tentang Tendangan Bayi dalam Kandungan

3 min bacaan
Kongsikan:
•••
6 Fakta Menarik Tentang Tendangan Bayi dalam Kandungan

Saat yang paling indah yang saya masih ingat semasa mengandung adalah kali pertama saya merasakan pergerakan dan tendangan bayi dalam kandungan.

Saat yang paling indah yang saya masih ingat semasa mengandung adalah kali pertama saya merasakan pergerakan dan tendangan bayi dalam kandungan.

Saya tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan perasaan apabila merasakan maklum balas dari anak yang sedang berkembang dalam perut. Ia adalah perasaan yang sungguh menakjubkan.

#1 Bilakah anda boleh mula merasakan pergerakan bayi?

Sebenarnya, bayi berusia 10 minggu sudah mula berdisco dalam perut ibu. Tetapi kita tidak dapat merasakannya kerana saiz bayi sangat kecil.

Untuk ibu-ibu yang mengandung kali pertama, anda mungkin hanya akan merasakan pergerakkan bayi apabila mereka berusia 17 minggu ke atas. Ibu yang lebih berpengalaman mungkin dapat mengesannya dengan lebih awal.

#2 Tanda Kesihatan dan Perkembangan Bayi yang Baik

Tendangan dan pergerakkan yang cukup kerap memberikan isyarat kepada ibu bahawa bayi berada dalam keadaan yang baik.

Kadang-kadang ibu juga akan merasakan pelbagai pergerakan lain dalam kandungan seperti bayi tersedu, bayi yang sedang membelok badan dan lain-lain lagi. Semua ini adalah tanda bayi anda sedang berkembang dengan baik.

6 Fakta Menarik Tentang Tendangan Bayi dalam Kandungan

sumber: babiesdailynews.com

#3 Bertindak balas dengan perubahan persekitarannya

Bayi bergerak kerana bertindak balas kepada rangsangan dari luar, contohnya bunyi yang kuat, atau cahaya yang disuluh ke dalam perut dan juga makanan ibu.

Dulu, saya selalu pasangkan musik yang tenang. Anak sulung saya yang berada dalam kandungan masa itu selalu akan bergerak apabila mendengar musik. 

#4 Berbaring sebelah kiri meningkatkan tendangan bayi

Apabila ibu sering berbaring di sebelah kiri semasa mengandung, ini akan meningkatkan bekalan darah dan nutrien ke plasenta dan janin. Hasilnya adalah bayi yang lebih aktif dan anda akan merasakan peningkatan dalam pergerakkan dan tendangan bayi.

#5 Tendangan bayi bertambah selepas ibu makan

Salah satu cara yang paling cepat dan paling mudah untuk menggalakkan bayi untuk bergerak adalah dengan memakan. Apabila ibu mengandung makan, gula darahnya(blood sugar) akan bertambah dan ini dikongsi dengan bayi dalam kandungannya.

Jika anda sedang cuba untuk menggalakkan bayi untuk bergerak semasa sesi mengira tendangan, cuba minum segelas jus oren sebelum itu.

Gula semula jadi dalam jus oren yang diserap ke dalam aliran darah mungkin boleh merangsangkan tendangan bayi yang lebih banyak.

6 Fakta Menarik Tentang Tendangan Bayi dalam Kandungan

sumber: parents.com

#6 Jumlah tendangan yang rendah 

Doktor mungkin sudah nasihatkan ibu untuk menghitung jumlah tendangan bayi dalam kandungan mereka. Tetapi selalunya, terutama apabila ibu sibuk, mereka mudah terlupa dan mungkin akan memberi keputusan yang kurang tepat. 

Sebaliknya, ibu perlu mengambil masa untuk memahami corak pergerakan bayi. Setiap bayi mempunyai corak tidur dan masa berjaga yang berlainan. Jika ibu mengesan sebarang perubahan pada coraknya, beritahu doktor anda dengan segera.

 

Sumber: The Malaysian Medical Gazette, Mom Junction, BabyQ

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • 6 Fakta Menarik Tentang Tendangan Bayi dalam Kandungan
Kongsikan:
•••
Artikel(Cerita)
  • 7 cara untuk meneka kedudukan bayi dalam kandungan anda

    7 cara untuk meneka kedudukan bayi dalam kandungan anda

  • Adakah bayi aktif menendang dalam kandungan ibu satu tanda yang bagus?

    Adakah bayi aktif menendang dalam kandungan ibu satu tanda yang bagus?

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

  • Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

    Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

app info
get app banner
  • 7 cara untuk meneka kedudukan bayi dalam kandungan anda

    7 cara untuk meneka kedudukan bayi dalam kandungan anda

  • Adakah bayi aktif menendang dalam kandungan ibu satu tanda yang bagus?

    Adakah bayi aktif menendang dalam kandungan ibu satu tanda yang bagus?

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

  • Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

    Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
  • Komuniti
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan & Umur Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan

Download aplikasi kami

google play store
Appstore
  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
Buka di aplikasi