6 sebab mengapa emosi marah tidak bagus untuk bayi dalam kandungan

undefined

Wanita sarat hamil akan melalui gangguan emosi seperti rasa cepat marah. Gangguan ini terjadi kerana perubahan hormon atau perubahan fizikal.

Perasaan marah adalah satu emosi normal. Kita berasa marah akibat kecewa, sakit hati, rasa dikhianati, gusar dan sebagainya. Wanita sarat hamil akan lebih cepat marah terutamanya pada trimester pertama. Tetapi, emosi marah yang tidak dikawal terbukti mampu mendatangkan masalah buat bayi dalam kandungan.

Menurut Dr Miriam Stoppard, bayi dalam kandungan akan merasai dunia luar melalui ibunya. Ini termasuklah rangsangan luar dan emosi ibu. Emosi yang tidak stabil membebaskan kimia tertentu ke dalam saluran darah dan terus ke plasenta bayi. Ia mencetuskan tekanan yang tidak bagus buat bayi dalam kandungan.

Berikut adalah 5 sebab mengapa ibu yang sarat hamil harus lebih berhati-hati mengawal emosi marah mereka:

  1. Bekalan darah ke janin terjejas

Dokumentasi APA (Persatuan Psikologi Amerika Syarikat) mendapati emosi marah menjejaskan tekanan darah dan degupan jantung seorang ibu. Hormon adrenalin dan epinefrin yang dilepaskan membentuk tekanan lalu menjejaskan bekalan oksigen yang diberi pada rahim. Tumbesaran janin yang terjejas boleh menyebabkan keguguran.

  1. Kelahiran pra-matang (sebelum 37 minggu)

Kesihatan mental seorang ibu memberi kesan pada kelahiran bayi. Organisasi penjagaan bayi Tommy mendapati 1 daripada 10 wanita yang sering marah dan mengalami tekanan keterlaluan akan melahirkan bayi pra-matang. Bayi pra-matang terdedah kepada pelbagai komplikasi seperti penyakit paru-paru, lewat berkembang atau mampu membawa maut.

  1. Kelahiran yang bermasalah

Dr Pathik Wadhwa dari University of Kentucky College of Medicine berkata emosi marah dan tertekan memberi kesan pada janin sehingga janin terpaksa “bertindak balas” dan akan lebih berisiko memiliki penyakit yang berkaitan tekanan selepas dilahirkan.

  1. Berat badan bayi rendah

Berat lahir normal di antara 2.9 kg hingga 3.6 kg. Manakala berat yang rendah dalam lingkungan kurang daripada 2.5kg dan berat yang sangat rendah adalah di bawah 1.5 hingga 1kg.

  1. Bayi yang hyper aktif

Kajian mendapati emosi marah yang tidak dikawal serta kebimbangan yang melampau ketika hamil boleh menggandakan peluang untuk melahirkan bayi yang hyper aktif.

  1. Bayi gemar meragam

Ibu dengan emosi tidak stabil akan melahirkan bayi yang lebih mudah meragam. Kemahiran motor bayi juga akan lebih rendah, dengan gangguan dalam corak tidur. Corak negatif ini semakin meningkat apabila bayi menjangkau usia 2 hingga 4 bulan.

6 sebab mengapa emosi marah tidak bagus untuk bayi dalam kandungan

 

Cara menangani emosi marah

Oleh itu, ibu harus bijak menjaga emosi. Jangan biarkan gangguan emosi ini menjejaskan kesihatan malah bayi yang tercinta. Dokumentasi APA menyarankan ibu hamil dengan gangguan emosi tidak stabil seperti marah dan tertekan melakukan perkara berikut, seperti:

  • Bersantai – Luangkan masa menonton filem, melakukan meditasi atau yoga, mendengar lagu dan ke terapi spa.

6 sebab mengapa emosi marah tidak bagus untuk bayi dalam kandungan

  • Bersenam – Senaman melepaskan hormon “gembira” lalu menenangkan anda. Jika anda sedang marah, amalkan aktiviti berjalan untuk bertenang.
  • Simpan jurnal – Anda boleh luahkan buah fikiran dan emosi dalam jurnal.
  • Cuba aktiviti baru dengan pasangan – Kadangkala, rasa marah ini disebabkan oleh pasangan. Cuba lakukan aktiviti baru seperti bercuti di hujung minggu bagi menyemarakkan rasa cinta antara kalian.
  • Belajar tentang masalah kehamilan – Luaskan pengetahuan tentang kehamilan dengan menyoal doktor anda.
  • Kira dari 1 hingga 10 – Saat makian ingin dihumban, cuba tarik nafas dan kira daripada 1 hingga 10. Aktiviti ini untuk menjadikan anda lebih rasional.

pregnant-nature-mom-1

  • Amalkan diet yang sihat – Tekanan dan perasaan marah mampu menjejaskan kesihatan anda. Amalkan diet yang sihat, seperti mengambil makanan yang kaya dengan nutrien – kacang, sayur-sayuran, dan roti bijirin penuh
  • Tidur secukupnya – Kurang tidur mampu mengakibatkan anda tertekan dan lebih cepat marah.

Sayangi diri anda dan kandungan yang akan menjadi penyeri dalam kehidupan.

Holding on to anger is like grasping a hot coal with the intent of throwing it at someone else; you are the one who gets burned” – Buddha.

 

Sumber: New Pregnancy and Birth, Babble Magazine, American Psychological Association, Tommy’s Organisation, MedicineNet.com, ResearchGate, dan US National Library of Medicine National Institutes of Health

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!