Dari Rahim Ke Dada - Apa Terjadi Pada 60 Minit Pertama Kehidupan Bayi?

Kenangan indah ini memang tidak akan dilupakan sampai bila-bila, terutama pasangan yang pertama kali bergelar ibu dan ayah

Ibu-ibu, tahukah anda apa yang terjadi pada kehidupan 60 minit pertama bayi selepas dilahirkan?Pasti anda tak pernah terfikir perkara itu, kan?

Walhal, ia adalah jam pertama yang paling terindah dalam kehidupan manusia. Dalam tempoh ini, seorang ibu dan ayah dapat melihat, bau dan memegang bayi mereka untuk kali pertama.

Pada masa ini juga, seorang bayi akan dapat merasakan sentuhan dan bau ibu bapanya untuk pertama kali. 60 minit pertama bayi adalah ‘golden hour‘ yang sangat penting.

Namun, apa sebenarnya yang berlaku pada 60 minit pertama kehidupan bayi ini?  Mari kita teliti jawapannya dalam bentuk minit ke minit ini.  

60 minit pertama bayi: Cara menyambut kelahiran bayi dari minit ke minit 

60 minit pertama bayi, menyambut kelahiran bayi , sambut kelahiran bayi, 1 jam pertama bayi selepas dilahirkan, 60 minit selepas lahir, kehidupan awal bayi, kehidupan awal anak, kehidupan awal si kecil, 60 minit kehidupan anak, satu jam selepas lahir

Kredit: Arabia Baby Center

Kehidupan seorang bayi memang sungguh mempersonakan dan luar biasa. Untuk itu, para pengkaji dan berita sains mendokumenkan tentang apa yang terjadi pada 60 minit pertama bayi ini:

o minit selepas kelahiran: Seorang bayi kecil selamat dilahirkan ke dunia. Betapa terujanya ibu dan ayah apabila pertama kali menatap wajah si kecil itu. 

2 minit selepas kelahiran: Kedengaran si kecil menangis apabila dikeluarkan dari rahim ibu. Kemudian dia dibawa ke dada ibu untuk ditenangkan. 

2.5 minit selepas kelahiran: Bayi yang baru lahir akan membuka matanya buat kali pertama. Dia juga perlahan-lahan menggerakkan mata dan kepalanya. 

8 minit selepas kelahiran: Bayi melakukan beberapa pergerakan kecil. Dia akan memandang wajah ibunya dan payudara sambil membuat bunyi halus seolah merengek dan menggerakkan tangan dekat dengan mulutnya. 

18 minit dilahirkan: Ibu mungkin akan rasa sedikit letih terutama menjalani proses kelahiran yang agak memenatkan. Ini masa sesuai untuk rehat. 

60 minit pertama bayi, menyambut kelahiran bayi , sambut kelahiran bayi, 1 jam pertama bayi selepas dilahirkan, 60 minit selepas lahir, kehidupan awal bayi, kehidupan awal anak, kehidupan awal si kecil, 60 minit kehidupan anak, satu jam selepas lahir

Kredit: liputan6.com

36 minit dilahirkan: Rehat dan kembalikan semula tenaga yang hilang. Tangan si kecil pula akan merayap ke arah payudara ibu untuk menikmati khasiat pertama yang sedap itu iaitu susu badan.

62 minit dilahirkan: Ini masa yang sesuai untuk memberikan susu ibu pada bayi. Malah kolostrum pertama yang dihasilkan dari susu ibu ini bagus untuk antibodi dan nutrien bayi. 

70 minit dilahirkan: Sudah berlalu 60 minit yang pertama dalam hidup bayi. Kini, tiba masanya si kecil tidur dan ibu dapat berehat dengan tenang. 

Selepas dilahirkan, ibu dan bayi akan melakukan amalan mesra seperti sentuhan kulit ke kulit dan memberi penyusuan susu badan

Science News menunjukkan bayi yang dagunya menyentuh bahagian bawah payudara ibu pada jam pertama selepas lahir cenderung mendapat penyusuan yang lebih mantap berbanding bayi yang tidak melakukannya. 

Kajian yang dilakukan ini memberi pemahaman mendalam tentang apa yang perlu dilakukan selepas bayi dilahirkan ke dunia. Semoga bermanfaat. 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar : Hello Sehat 

Sumber: Penulis asal Nalika Unantenne. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga

https://my.theasianparent.com1000-hari-pertama-kehidupan/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!