7 Jenis Bau Faraj Atau Keputihan & Maknanya - Bila Wanita Harus Waspada?

lead image

Faraj mempunyai beberapa jenis aroma semulajadi, dan perbezaan yang berlaku pada aroma vagina bergantung pada keadaan kesihatan anda. Semak penjelasannya di bawah ini.

Faraj mempunyai bau semulajadi yang dihasilkan sendiri oleh tubuh wanita.

Namun, ramai wanita tidak selesa dengan bau faraj mereka sendiri, sehingga ada yang berusaha untuk mengharumkannya dengan menggunakan pelbagai produk kewanitaan.

Tetapi kita belum pasti kalau produk-produk seperti itu selamat atau tidak, dan ada yang boleh membahayakan kesihatan faraj!

Maklumat lanjut: Hati-hati, Terlalu Sering Menggunakan Produk Kewanitaan Boleh Menyebabkan Jangkitan Kulat dan Jangkitan Faraj.

Faktanya adalah, bau faraj boleh berubah-ubah pada waktu yang berlainan dalam bulan yang sama.

Setiap individu mempunyai bau badan tersendiri yang sering berubah. Sama juga dengan bau faraj yang berubah ketika anda sedang haid.

Peluh selepas bersukan dan hubungan intim tanpa mengunakan kondom juga boleh menyebabkan faraj tukar bau, tetapi keadaan ini hanya sementara sahaja.

Tahukah anda, perbezaan bau faraj juga boleh dijadikan sebagai penunjuk tahap kesihatan seseorang wanita?

Kadang-kadang faraj boleh mengeluarkan bau tertentu disertai rasa gatal-gatal, atau sakit ketika kencing.

Ada pula, faraj yang berbau tetapi tidak disertai dengan simptom lain.

Oleh itu, semua wanita perlu mengenali pelbagai jenis bau faraj agar dapat merawat apa-apa jangkitan dengan segera. 

Berikut adalah 7 jenis bau faraj dan tanda-tanda jangkitan kesihatan bagi tubuh wanita, seperti dipetik dari India Times.

1. Berbau seperti roti basi

Jangkitan kulat biasanya hanya mendatangkan rasa gatal-gatal, atau sakit ketika kencing tanpa disertai bau.

Namun, ada pula keadaan di mana faraj anda mungkin berbau seperti roti yang telah disimpan terlalu lama. Pernah tak anda terbau aroma seperti ini?

Artikel Berkaitan: Faraj Yang Gatal, Bewaspada Jangkitan Kulat pada Faraj

Jangkitan faraj selain dari jangkitan kulat boleh menunjukkan simptom yang sama.

Tetapi anda boleh membezakan jenis jangkitan dari bau yang dikeluarkan. Bila faraj berbau seperti ragi, atau roti, ada kemungkinan anda terkena jangkitan kulat.

2. Berbau busuk

Jika anda pengguna tampon, dan mendapati bau faraj yang busuk, jumpa doktor anda dengan segera.

Bau busuk itu mungkin disebabkan tampon yang terperangkap di dalam faraj dan tidak boleh dikeluarkan.

Ini adalah perkara yang biasa dan sering terjadi dan tampon yang terperangkap di dalam faraj hanya boleh dikeluarkan oleh doktor pakar.

Penggunaan tampon untuk jangka masa yang terlalu lama tanpa diganti, juga membawa risiko penyakit teruk seperti Toxic Shock Syndrome.

Jika anda pengguna tampon, anda perlu rajin menukar tampon ketika datang haid ya!

Maklumat lanjut: Toxic Shock Syndrome, Jangkitan Bakteria yang Menimbulkan Racun dalam Darah

3. Bau hanyir seperti ikan

Jika faraj anda mula mengeluarkan bau hanyir seperti ikan, ini boleh menunjukkan dua jenis jangkitan faraj:

  • Bacterial vaginosis yang terjadi apabila bakteria tumbuh dengan berlebihan sehingga mengganggu keseimbangan pH di dalam faraj. Jika bau hanyir semakin kuat selepas hubungan seks, maka ada kemungkinan besar anda mengalami bacterial vaginosis.
  • Trichomoniasis adalah sejenis jangkitan seksual yang senang merebak tetapi boleh diubati. Jika faraj anda berbau hanyir, disertai lendir berwarna kehijauan, dan rasa sakit semasa buang air kecil, maka kemungkinan besar anda mengalami trichomoniasis.

4. Bau musk/kasturi

Bau ini pada dasarnya adalah bau faraj yang paling kuat.

Ini biasanya berlaku anda berpeluh dengan banyak, memakai seluar dalam yang terlalu ketat, atau seluar dalam yang diperbuat dari bahan sintesis.

Jika baunya sangat kuat, segeralah hubungi doktor kerana ini boleh menandakan faraj anda terkena jangkitan.

5. Faraj mengeluarkan bau seperti logam

Jika faraj anda mengeluarkan bau seperti ini, anda tidak perlu bimbang.

Faraj akan berbau seperti logam atau darah semasa haid. Darah yang bercampur dengan bau semulajadinya akan membuatnya mengeluarkan bau seperti logam.

my-admin.theasianparent.com/darah-haid-5-perkara-penting/

6. Berbau seperti cecair peluntur

Faraj yang berbau seperti cecair peluntur, atau klorin adalah hal yang normal. Hal ini terjadi kerana penggunaan kondom atau pelincir saat berhubungan intim.

7. Berbau manis atau berbau bawang putih

Jika faraj anda berbau manis atau bau bawang putih pada faraj, ini disebabkan oleh apa yang telah makan.

Jika anda makan buah asam seperti limau atau nanas, bau faraj anda akan berbau manis.

Sebaliknya, jika anda mengambil makanan yang mengandungi banyak bawang merah, bawang putih, ataupun brokoli, ini juga boleh menyebabkan faraj anda berbau.

Dengan mengetahui perbezaan antara pelbagai jenis bau faraj dan bagaimana ia menunjukkan tahap kesihatan anda, sekarang barulah kita tahu tahu mana satu bau yang normal dan mana satu bau yang harus diberi perhatian!
 
Semoga bermanfaat!
 

Baca juga:

my-admin.theasianparent.com/faraj-anda-tidak-sepatutnya-bau-seperti-bunga/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!

Written by

Rosanna Chio

Edited by

Ayu Idris