7 Fakta Menakjubkan Tentang Bayi Dalam Rahim Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

lead image

Berikut merupakan beberapa fakta menakjubkan tentang bayi yang anda mungkin tidak pernah tahu sebelum ini. Ibu ayah, mari kenali bayi dalam kandungan kita itu ya!

Apabila bakal menimang cahaya mata, ramai para ibu bapa yang mula membuat kajian dan membaca sebanyak mungkin info tentang bayi.

Mereka mahu bersiap sedia untuk menjaga dan membesarkan seorang insan yang bakal hadir dalam hidup mereka.

Samalah juga seperti seorang bapa ini, Dave Mosher. Beliau telah mengumpulkan beberapa fakta menakjubkan tentang bayi yang telah dipelajarinya semasa sedang bersiap sedia menjadi seorang ayah.

Di sini, kami kongsikan dengan anda beberapa info menarik tentang bayi semasa mereka sedang berkembang dan membesar dalam rahim ibu.

1. Bayi boleh mendengar dari dalam kandungan

fakta menakjubkan tentang bayi - 2

Sumber: TLife.gr

Ibu ayah, ketahuilah bahawa rahim adalah satu tempat yang agak bising! Pada usia 16 minggu, struktur telinga bayi telah terbentuk sepenuhnya untuk mula mendengar bunyi di sekeliling.

Jadi, bayi anda sudah boleh mendengar denyutan nadi si ibu, aktiviti penghadaman dan bunyi ibunya makan!

Malah, bayi anda boleh mendengar bunyi ibunya bernafas, berjalan, bercakap, bersenam dan sebagainya.

Bayi juga boleh mengenalpasti bunyi dari dalam rahim, dan sebab itulah, para ibu dan ayah digalakkan untuk mula bersembang dengan kandungan mereka.

2. Bunyi kuat boleh rosakkan pendengaran bayi dalam rahim

Wahai ibu hamil sekalian, jika anda bakal pergi ke tempat yang mempunyai bunyi yang kuat (airport, konsert, dan sebagainya), pastikan anda ambil langkah berjaga-jaga.

Pakar menyatakan yang bunyi terlampau kuat yang melebihi 115dBA harus dielak oleh ibu mengandung.

Antara bunyi dengan kadar ini adalah bunyi enjin jet, tembakan pistol, kenderaan berat, chainsaw, dan bunyi kuat dari konsert atau seminar!

3. Bayi boleh melihat cahaya dari luar

Antara fakta menakjubkan tentang bayi yang anda perlu tahu adalah, antara minggu ke-26 hingga 28, bayi dalam rahim sudah boleh melihat cahaya.

Contohnya, mereka boleh melihat sinaran cahaya matahari atau apabila lampu suluh dipancarkan ke arah perut ibu.

Malah, ada beberapa pakar yang menyarankan untuk ibu hamil selalu keluar rumah bagi menggalakkan perkembangan mata dan penglihatan bayi.

4. Bayi berenang dalam rahim dan minum urin mereka sendiri

fakta menakjubkan tentang bayi - 1

Sumber: Thefactspeak.com

Apabila bayi dalam rahim mencecah usia 8 minggu, bayi akan mula kencing dalam karung amniotik. Dan, pada usia 20 minggu, kebanyakan cecair dalam karung ini adalah air kencing, atau urin!

Mereka akan mula minum campuran urin dan cecair amniotik ini pada usia minggu ke-10, di mana pada waktu ini, bayi sudah boleh mula menelan cecair.

5. Bayi boleh merasa makanan yang dimakan ibu

Deria rasa bayi pula akan mula berkembang pada usia 11 minggu dan menjadi semakin matang pada usia 28 dan 29.

Rasa dari makanan ibu akan masuk ke karung amniotik, yang kemudiannya akan diminum oleh bayi.

Malah, bayi turut boleh menghidu kandungan dalam karung tersebut, jadi beberapa saintis telah membuat spekulasi bahawa bayi juga boleh menghidu makanan yang dimakan oleh ibu.

6. Apa yang dimakan ibu akan mempengaruhi minat makan bayi

Kajian ada menunjukkan bahawa jika ibu hamil mengelak dari makan sesuatu makanan sewaktu mengandung, bayi mereka juga akan cenderung untuk mengelak makan makanan tersebut apabila mereka lahir kelak.

Apa yang ibu makan akan turut mempengaruhi rasa susu badan, yang kemudiannya turut mempengaruhi minat makan bayi tersebut.

7. Bayi menangis dalam rahim

Tonton video ini. Selepas bunyi muzik dimainkan pada kandungan, bayi dalam rahim ini membuka mulutnya, kelihatan seperti menarik nafas, dan menggeletar sedikit dagunya.

Dia menunjukkan gaya atau tingkah laku menangis!

Memang menarik dan menakjubkan ciptaan Tuhan, kan? Bayi yang disangka pasif sebenarnya sudah mampu untuk membuat pelbagai perkara ketika masih di dalam rahim ibu.

Berdasarkan ilmu ini, bolehlah para ibu hamil di luar sana melakukan apa yang sewajarnya untuk menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan bayi mereka!

Sumber: The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

10 Fakta Menarik tentang Bayi Yang Mungkin Akan Memeranjatkan Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Noor

app info
get app banner