7 Idea Hidangan Sahur Yang Ringkas Dan Berkhasiat Untuk Kanak-Kanak

lead image

Bulan Ramadhan datang lagi. Serabut memikirkan menu dan resepi sahur untuk menambat selera anak-anak? Cuba 7 idea hidangan mudah lagi berkhasiat ini!

Bulan Ramadhan kembali lagi. Buat kaum wanita dan ibu-ibu, bulan ini pasti antara bulan yang paling sibuk. Mana taknya, kena memikirkan menu dan resepi sahur apa yang sesuai untuk sahur dan berbuka.

Jika dulu, anda dan pasangan mungkin boleh saja makan apa-apa hidangan untuk bersahur. Tapi kini dengan anak-anak, anda mula menitik beratkan kandungan protein dan kalsium yang akan mereka peroleh untuk menahan lapar.

Nasi menjadi hidangan utama. Tapi kadang-kadang, tak larat sungguh nak bangun untuk menyiapkan hidangan berat setiap kali sahur. Anak-anak juga tak berapa gemar makan nasi ketika ini. “Terlalu berat” katanya. 

Walaubagaimanapun, semua ibu bapa tahu yang pemakanan seimbang adalah sumber tenaga buat si manja untuk mengharungi seharian berpuasa.

Oleh itu, kami di theAsianparent telah menyediakan 7 idea resepi sahur yang mudah dibuat lagi berkhasiat buat si manja anda!

Bolehlah mereka belajar untuk berpuasa tahun ini, jika mereka mampu menahan lapar hingga waktu berbuka. Jom tengok apa idea hidangan sahur yang mudah ini!

7 Idea Resepi Sahur Yang Mudah Lagi Berkhasiat

#1 Resepi sahur: Fritata telur dengan kentang

NICE EASY FRITTATA FOR KIDS 7 Idea Hidangan Sahur Yang Ringkas Dan Berkhasiat Untuk Kanak Kanak

Kredit gambar: Wanista

Resepi sahur mudah yang pasti akan digemari si manja! Bahan-bahan yang anda perlukan adalah kentang yang dihiris nipis, bawang, minyak zaitun, telur, garam, lada hitam, serbuk roti dan keju parmesan.

Mula-mula, masak kentang dan bawang selama 10 minit. Kemudian, masukkan telur dan kacau perlahan. Masukkan adunan telur dan kentang itu dalam ketuhar selama 20 minit. Taburkan serbuk roti dan keju Parmesan. Tara, siap!

#2 Resepi sahur: Roti gandum dengan tomato dan telur ‘mata’

Gabungan resepi biasa untuk sandwic yang ringkas. Tapi jangan terpedaya, resepi sahur ini kaya dengan khasiat! Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah roti gandum, tomato dan telur. 

Anda boleh membakar roti gandum tersebut terlebih dahulu. Kemudian, makan dengan telur ‘mata’ yang telah digoreng.

#3 Resepi sahur: Telur hancur dengan sayur dan keju

41434557505 freesize 7 Idea Hidangan Sahur Yang Ringkas Dan Berkhasiat Untuk Kanak Kanak

Kredit gambar: Astro Awani

Si manja anda pasti menggemari telur hancur, bukan? Tapi, hidangan telur hancur saja tak mencukupi.

Cuba masukkan sayur seperti bayam, cendawan, tomato dan keju untuk menambah selera anak anda. 

#4 Resepi sahur: Sup brokoli

Bagi anak-anak yang sukar untuk makan makanan berat setiap kali sahur, anda boleh tambat selera mereka dengan menghidangkan resepi sahur hidangan sup.

Si manja pasti berselera makan sup brokoli. Apa yang anda perlukan hanyalah brokoli, sos tiram, larutan tepung, bawang merah, bawang putih, bawang bombay, garam dan gula.

Adunkan setiap bahan-bahan, tumis dan masukkan brokoli. Siap dihidang!

#5 Resepi sahur: Sup ayam jagung manis

image00 768x749 7 Idea Hidangan Sahur Yang Ringkas Dan Berkhasiat Untuk Kanak Kanak

Anak-anak mungkin sudah muak dengan hidangan sup ayam biasa. Apa kata anda cuba resepi sahur sup ayam jagung manis ini pula? Resepinya mudah saja.

Anda hanya memerlukan stok ayam, air rebusan ayam, jagung manis, bawang bombay, daun bawang, gula pasir dan tepung. Campurkan setiap adunan seperti biasa. Yum, yum!

#6 Resepi sahur: Roti gandum dengan mentega kacang dan pisang

Hidangan dan resepi sahur ringkas ini pasti mudah menambat selera anak-anak! Mereka tentu suka dengan rasa mentega kacang yang diadun dengan pisang.

Mentega kacang memiliki kandungan serat dan protein yang tinggi. Pisang pula adalah sumber tenaga yang hebat. Satu hidangan lengkap untuk si manja anda.

#7 Resepi sahur: Lempeng pisang madu

Lempeng atau pancake cukup mengenyangkan untuk hari si manja. Ia juga enak dan mudah untuk dibuat. Bahan-bahan yang diperlukan adalah 4 biji pisang yang dihiris, berserta telur, margerin dan madu. 

Tip Meningkatkan Selera Anak Ketika Sahur

Anak susah untuk makan ketika bersahur? Usah risau. Memang lazim begitu. Ibu bapa harus bijak menambat selera makan si manja agar mereka memperoleh tenaga yang diperlukan untuk berpuasa.

shutterstock 329411963 7 Idea Hidangan Sahur Yang Ringkas Dan Berkhasiat Untuk Kanak Kanak

Berikut antara tip mudah untuk meningkatkan selera anak anda ketika bersahur –

  • Elakkan makanan yang terlalu pedas dan berempah. 
  • Sediakan makanan yang panas ketika bersahur. 
  • Masak hidangan kegemaran mereka. Tapi, tak salah untuk mencuba sebarang resepi. Tanya apa yang mereka mahu.
  • Pelbagaikan idea hidangan. Menu yang sama akan membosankan mereka.
  • Sediakan makanan berkuah

Semoga anda berjaya menambat selera anak-anak ketika bersahur nanti! Selamat mencuba. Jangan mudah putus asa, ya semua ibu bapa?

Sumber rujukan: Wanista dan Astro Awani