7 langkah mudah untuk cepat hamil

lead image

Anda boleh meningkatkan peluang untuk hamil dengan lebih cepat melalui 7 langkah mudah ini!

Ingin hamil? Nampak mudah tapi sebenarnya tidak. Ramai pasangan berkahwin masih bergelut untuk menimang cahaya mata. Semoga tips yang disyorkan oleh pakar ini boleh membantu anda untuk cuba hamil anak pertama, atau hanya ingin menambah bilangan ahli keluarga anda.

Mari semak 7 langkah mudah yang disyorkan oleh pakar perubatan untuk meningkatkan peluang (malah mempercepatkan) anda untuk hamil ini!

Langkah 1: Berhenti makan pil pencegah kehamilan

Sebelum cuba meningkatkan peluang untuk hamil, berhenti makan sebarang pil pencegah kehamilan dengan segera. Pemakanan sebarang pil hormon yang boleh mencegah kehamilan juga harus dihentikan dengan serta-merta.

Dr Christopher Williams, pakar endokrinologi perubatan swasta di Charlottesville, Virginia dan pengarang buku The Fastest Way to Get Pregnant Naturally mengulas “berhenti makan preskripsi dan pil pencegah kehamilan beberapa bulan sebelum anda ingin cuba meningkatkan peluang untuk hamil.”

“Hal ini kerana jika anda telah makan pil pencegah kehamilan dalam tempoh yang panjang, badan anda akan mengambil sedikit masa (beberapa kitaran haid) untuk mula mengeluarkan telur dengan teratur dan meningkatkan peluang untuk hamil,” ujar Dr William lagi.

pregnancy test 7 langkah mudah untuk cepat hamil

Langkah 2: Tahu waktu subur anda

“Kesilapan terbesar yang dilakukan pesakit saya adalah tidak tahu bila waktu dia subur,” Dr William menyambung bicara. Menurut beliau, salah satu cara untuk meningkatkan peluang kehamilan adalah dengan mengetahui dan mencatat bila waktu anda paling subur.

Menurut laman web Parents, terdapat dua cara untuk mengukur ovulasi (pengeluaran telur) dengan tepat: iaitu dengan menggunakan kit ujian kesuburan (OPK) dan carta suhu badan asas (BBT).

“Sekarang, doktor akan mengesyorkan kit ujian kesuburan (OPK) untuk mengukur ovulasi dengan lebih tepat. Anda boleh menggunakan carta suhu badan asas (BBT), tapi OPK akan memberi peringatan awal jika telur akan dilepaskan, maka anda boleh merancang hubungan intim anda. OPK akan mengesan peningkatan hormon peluteinan (luteinizing) dalam air kencing, yang biasanya terjadi 36 hingga 48 jam sebelum anda melepaskan telur.”

Satu tips ringkas: Langkah paling mudah untuk menentukan bila anda ovulasi adalah dengan menolak 14 hari daripada bilangan kitaran haid anda.

Langkah 3: Lakukan seks sebelum anda ovulasi

Sperma boleh berada dalam tiub fallopian atau rahim selama 2 hingga 3 hari, namun telur anda pula hanya akan bertahan selama 12 hingga 24 jam selepas ia dilepaskan! Jadi, lakukan seks sebelum anda mengeluarkan telur mampu meningkatkan peluang untuk hamil! Dalam erti kata lain, sperma akan menyambut telur anda dengan tepat pada masanya.

Laman web Parents telah menyertakan tiga tips mudah untuk membantu wanita dengan kitaran haid selama 28 hari (anda akan ovulasi pada hari ke-14):

  • Sebaik saja anda habis haid, lakukan hubungan seks beberapa kali dalam seminggu. Ia untuk mengelak anda terlepas waktu paling subur, apabila kitaran haid anda tidak menentu.
  • Lakukan seks setiap hari lain juga bermula pada hari ke-10.
  • Jika keputusan kit ujian kesuburan (OPK) positif, terutamanya sekitar hari ke-12, lakukan seks pada hari itu juga atau pada dua hari berikutnya - kerana ini waktu anda paling subur untuk hamil.

Langkah 4: Helah seks yang boleh dicuba

Baring terlentang selepas hubungan seks – Faraj secara semula jadinya bersifat mencerun ke bawah. Maka, jika anda baring terlentang selepas melakukan hubungan seks, sperma pasangan berpeluang untuk berkumpul dan berenang ke arah telur dengan mudah,” jelas Dr Williams.

Lakukan seks sebelum tidur – Banyak mitos mengatakan sperma terhasil dengan lebih banyak pada waktu pagi. Namun, tiada data mampu mengesahkan mitos tersebut. Akan tetapi, jika anda melakukan seks sebelum tidur, anda boleh terus baring terlentang selepas itu!

Posisi missionary mungkin posisi terbaik – Sama seperti mitos jumlah sperma terhasil, tiada bukti atau data sah yang mampu mengesahkan posisi seks mana yang paling bagus. Namun, jika anda berbaring (terlentang) ketika melakukan seks, mungkin peluang untuk hamil lebih tinggi?

Langkah 5: Perkara yang harus dielak ketika melakukan seks

Elak guna pelincir – Ramai fikir pelincir boleh mempercepatkan keupayaan sperma untuk “berenang”. Hakikatnya, teori ini salah! Formula dalam pelincir telah mengubah keseimbangan pH dalam faraj, dan mengurangkan keupayaan sperma untuk “berenang”.

“Orgasma tak penting langsung” – Jika anda jarang mencapai orgasma, mungkin anda perlu buat sesuatu sekarang! Mencapai orgasma mampu meningkatkan peluang untuk hamil. Orgasma mampu menarik lebih banyak sperma ke arah faraj atau rahim. Teori ini kurang bukti saintifik.

Perbalahan seluar boxer atau brief – Kadang-kadang, masalah kesuburan berpunca daripada lelaki, apabila suhu buah zakarnya terlalu panas, lalu menjejaskan penghasilan sperma. Jadi, ramai yang percaya memakai seluar brief berbanding boxer mampu menghalang penghasilan sperma. Tetapi, tiada bukti yang mampu mengesahkan hal ini,” ujar  Dr Williams.

dreamstime s 27092908 1 7 langkah mudah untuk cepat hamil

Langkah 6: Ujian Kehamilan

Ujian kehamilan kini mampu mengesan kehamilan seawal 10 hari selepas anda ovulasi. Akan tetapi, anda boleh memperoleh keputusan yang lebih tepat jika anda tunggu sehingga hari anda lewat datang haid.

Menurut pakar, jika anda menggunakan ujian kehamilan terlalu awal, keputusan akan menunjukkan “negatif yang palsu” – di mana ujian mengatakan anda tidak hamil, sedangkan anda hamil!

Parents melaporkan hal ini terjadi kerana badan anda masih belum menghasilkan hCG dengan mencukupi untuk dikesan oleh ujian kehamilan tersebut. Maka, jika anda tunggu dan uji pada hari yang berikutnya, keputusan mungkin positif!

Langkah 7: Ujian negatif?

JANGAN PANIK!

Kebanyakan pasangan yang cuba untuk hamil memang tidak akan berjaya pada percubaan pertama. Hakikatnya, lebih daripada separuh jumlah pasangan hanya akan hamil selepas 6 bulan, manakala hampir 85 peratus lagi hamil selepas tempoh setahun.

Apa yang mungkin berlaku adalah anda salah mengira waktu subur anda. Jadi, sperma pasangan tidak berpeluang untuk bersenyawa dengan telur anda. Cuba pertimbangkan untuk mengguna OPK harian, jika anda belum mencubanya, dan jangan putus asa! Cuba lagi bulan depan!

Artikel ini berdasarkan post dalam laman web Parents.