Ingin Hamil Anak Kedua? Ini 7 Perkara Suami Isteri Wajib Tahu!

Merancang untuk hamil anak kedua tidak lama lagi? Sebelum anda bermula, lebih baik untuk mengetahui beberapa perkara ini.

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana kehamilan anak kedua. Ada sesetengah ibu mengakui, pada kehamilan kedua mereka jauh lebih tenang kerana merasa sudah berpengalaman sebelumnya.

Namun tidak semua pengalaman kehamilan akan indah. Ada ibu juga akan berhadapan dengan simptom yang mereka tidak hadapi sebelum ini.

Jadi sebelum anda dan pasangan anda memutuskan untuk kehamilan anak kedua, jauh lebih baik mengetahui beberapa perkara berikut ini agar lebih siap menjalani kehamilan!

7 Perkara Tentang Kehamilan Anak Kedua Yang Wajib Suami Isteri Tahu

1. Perut buncit lebih mudah terlihat

kehamilan anak kedua

Kredit: iStock

Jillian Coolen, dokter kandungan di Kanada menjelaskan bahawa kondisi uterus tidak kembali ke bentuk semula setelah anda melahirkan si sulung. “Otot-otot dan ligamen telah merenggang dan ini membuat perut anda lebih cepat terlihat buncit dibanding kehamilan sebelumnya,” ujarnya.

2. Merasakan gerakan janin lebih awal

Kerana anda sudah berpengalaman dengan kehamilan sebelumnya, anda jadi lebih peka terhadap kondisi tubuh.

Nicola Strydom, bidan dari Calgary, Canada menambahkan, “Pada kehamilan pertama, anda mungkin salah mengira gerakan tersebut dengan gas perut atau hal lainnya. Tapi saat hamil anak kedua, anda tahu bahawa itu si kecil yang mulai bergerak.”

3. Lebih mudah lelah

Badan bertambah besar ditambah dengan pula dengan si abang atau kakak yang masih perlukan perhatian dan harus diurus, pastilah hal tersebut membuat diri lelah.

Sayangnya, kebanyakan ibu yang hamil untuk kedua kali lupa untuk mengambil multivitamin ibu hamil. Padahal, pengambilan vitamin ini dapat membantu menambah tenaga pada ibu hamil.

Oleh itu, minta dengan doktor anda vitamin yang bersesuaian serta zat besi tambahan untuk menjaga daya tahan tubuh anda.

4. Kesakitan lebih terasa

kehamilan anak kedua

Pada kehamilan kedua, hormon relaxin meningkat di usia kehamilan 14 minggu keatas dan membuat badan lebih mudah pegal. Posisi bayi pada kehamilan kedua juga cenderung berada agak kebawah sehingga ibu lebih merasakan sakit dibunggung dan pinggang.

Sakit ini biasanya akan hilang dengan sendirinya setelah si bayi lahir.

5. Kontraksi palsu lebih sering terjadi

Hal ini kerana tubuh sudah pernah mengenal kontraksi sebelumnya. Awalnya mungkin anda mengira itu adalah gerakan bayi tapi cepat atau lambat anda akan tahu bahawa itu adalah kontraksi palsu.

6. Proses persalinan lebih cepat

Kalau yang ini, pastilah anda semua sudah mengetahuinya. Tapi tahukah apa penyebabnya?

Hal ini kerana bahagian reproduksi sudah ‘mengenali’ rangkaian proses persalinan sebelumnya sehingga proses pembukaan hingga mengejan jauh lebih cepat. Rata-rata ibu pada persalinan kedua mengambil masa 6-8 jam saja untuk melahirkan.

7. Kontraksi setelah persalinan jauh lebih sakit

Ingin Hamil Anak Kedua? Ini 7 Perkara Suami Isteri Wajib Tahu!

Kredit: iStock

Mungkin saat persalinan pertama, anda tidak merasakan adanya kontraksi rahim setelah persalinan. Namun saat melahirkan anak kedua, hal itu lebih mungkin terjadi kerana otot uterus sudah tidak sekencang dulu lagi.

Kontraksi diperlukan untuk mengeluarkan darah nifas dan juga membantu mengembalikan rahim ke ukuran sebelum kehamilan.

Otot yang sudah mengendur membuat kontraksi selepas melahirkan lebih terasa dan ini semakin terasa saat anda sedang menyusui. Menyusu badan sebenarnya akan merangsang keluarnya hormon oksitoksin yang boleh menyebabkan kontraksi.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  7 sifat unik anak kedua yang tak ada pada adik beradik lain

Baca juga: Ibu Ayah, Mari Bantu Anak Sulung Mengalu-Ngalukan Anak Kedua Anda Agar Tahu Nilai Sayang Keluarga.

Baca juga: Benarkah Proses Melahirkan Anak Kedua Dikatakan Lebih Mudah Berbanding Pertama?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!