7 pesanan mesej tidak harus dihantar oleh seorang suami

lead image

Kehidupan berumah tangga ternyata berbeza daripada kehidupan sebagai seorang bujang. Apabila anda telah berkahwin, terdapat beberapa perkara yang pernah anda lakukan, tidak lagi bersesuaian untuk dilakukan kini.

Kehidupan berumah tangga nyata berbeza daripada kehidupan sebagai seorang bujang; tanggungjawab berubah, peranan diwujudkan semula.

Apabila anda telah berkahwin, terdapat beberapa perkara yang pernah anda lakukan, tidak lagi bersesuaian untuk dilakukan kini.

Oleh sebab itu, sebagai seorang suami – adalah penting untuk memastikan agar anda memeriksa tabiat penghantaran pesanan ringkas anda.

Anda mungkin menganggap pesanan yang dihantar kepada individu lain itu kelihatan suci dan tidak membahayakan, namun ia sebenarnya mampu untuk menjejaskan perkahwinan anda.

Berikut adalah 7 jenis pesanan mesej yang tidak harus dihantar oleh seorang suami:

1. Berhubung dengan bekas kekasih anda

Image result for man texting

Tidak kira sama ada anda telah lama melupakan bekas kekasih anda ini – atau mereka yang terlebih dulu menghantar pesanan mesej kepada anda. Bekas kekasih anda ini adalah insan yang pernah anda sayang.

Maka perasaan sayang itu boleh kembali dan ia mampu menyukarkan keadaan dengan isteri anda. Perkara yang sudah lepas harus kekal di lupakan.

2. Mengadu tentang isteri anda

Hal berhubung dengan perkahwinan adalah sebuah perkara peribadi, dan ia harus kekal sedemikian.

Anda mungkin menganggap normal untuk mengadu dan merengek tentang isteri anda kepada kakak atau abangnya – sebagai contoh. Namun, hakikatnya tidak!

Apa yang lebih memburukkan keadaan adalah apabila anda meluahkan segala kekecewaan anda ini kepada kawan anda – seseorang yang tidak mempunyai urusan untuk tahu perkara peribadi demikian.

Jika anda kecewa dengan isteri anda, perkara terbaik yang harus dilakukan adalah dengan berbicara dan berbincang bersama isteri anda, dalam cara yang sihat.

3. Menghantar pesanan teks pada rakan secara keterlaluan

Image result for man texting

Hal ini jadi lebih menyukarkan jika anda menghantar pesanan teks pada rakan anda lebih kerap dan lebih banyak daripada kiriman pesanan teks pada isteri anda.

Ia menunjukkan bagaimana anda sanggup “melaburkan” masa dengan lebih banyak pada rakan-rakan anda, dan ia adalah sebuah petanda yang tidak bagus dalam mana-mana perkahwinan.

4. Pesanan mesej yang dihantar daripada aplikasi mesej rahsia

Walaupun kejujuran atau ketelusan yang bersifat mutlak dalam mana-mana perkahwinan adalah tidak digalakkan, dan menyimpan sesetengah perkara hanya untuk diri sendiri adalah sesuatu yang sihat.

Namun, buat perkara seperti menyimpan sesetengah pesanan teks secara peribadi adalah sebuah petanda yang “anda rasa bersalah atas sesuatu”.

Jika benar, maka anda tidak seharusnya melakukan perkara itu pada mulanya.

5. Mesej berbaur kemarahan

Image result for man texting

Pertelingkahan di antara pasangan ternyata berlaku. Tetapi adalah tidak elok jika mana-mana pihak (di antara pasangan) yang mula menghantar pesanan teks berbaur kemarahan.

Hal ini kerana “kemarahan” yang meluap-luap kini mungkin memudahkan pasangan untuk meluahkan sesuatu perkara atas tujuan ingin menyakiti. Namun, perkara ini hanya akan menjadi sebuah penyesalan apabila kemarahan itu reda.

6. Teks berbaur godaan

Perkara ini tiada tolak ansurnya. Jika anda sudah berkahwin, kasih sayang anda seharusnya hanya pada isteri anda sahaja. Maka, melibatkan diri dalam perbualan berbaur godaan dengan individu lain – digelar sebagai menipu.

7. Imej bersifat seksual yang jelas

Seperkara yang harus dipelajari oleh semua individu daripada era digital ini adalah – maklumat merebak dengan pantas.

Hal ini juga bermaksud, jika anda meletakkan sesebuah imej “di luar” sana, imej itu tidak akan boleh dipadam.

Maka, walaupun anda sebenarnya hanya ingin menghantar imej bersifat seksual itu kepada isteri anda, imej itu mampu untuk dikongsi bersama sesiapa sahaja. Jika anda berasa seksi dan mahu isteri anda ketahuinya, sentiasa ada waktu dan tempat yang sesuai untuk luahkan ia.

Pos ini berdasarkan artikel Family ShareAmberlee Lovell