7 Tanda Bahaya Yang Menunjukkan Bayi Anda Terlalu Panas (Overheating)

lead image

Bayi yang terlampau panas akan menunjukkan 7 tanda-tanda ini. Ibu bapa haruslah lebih peka memantau suhu bilik dan suhu anak kerana bayi overheating boleh terkena SIDS!

Panas dan sejuk untuk bayi

Apabila berada dalam rahim ibu, bayi sentiasa ada suhu badan optimum iaitu tak terlalu panas atau terlalu sejuk.

Inilah sebabnya mengapa ibu bapa disyorkan untuk buat amalan membedung anak supaya mereka rasa seperti masih dalam rahim ibu.

Kalau ikut cara lama, bayi akan dibedung dengan menggunakan beberapa helai kain atas “sebab” takut bayi akan rasa sejuk.

Sebenarnya, bayi juga mudah rasa terlampau panas kerana mereka belum lagi dapat mengawal suhu badan mereka seperti orang dewasa.

American Academy of Paediatrics selalu mengingatkan ibu bapa untuk sentiasa memantau suhu bilik bayi dan menggunakan pakaian bayi yang sesuai.

Bayi yang terlalu panas (overheating) boleh terkena risiko SIDS yang tinggi.

Jadi jom semak apakah 7 tanda-tanda yang anak anda sebenarnya terlalu panas:

#1 Badan dan muka nampak kemerahan

Jika ibu bapa perasan bayi mereka selalu kelihatan merah, ada kemungkinan anak mereka terlalu panas.

Ibu bapa perlu menghubungi doktor dengan segera jika anak berwarna kemerahan dan turut demam ataupun muntah.

#2 Tidak berhenti menangis

Bayi menangis kerana ia satu cara untuk berkomunikasi dengan ibu bapa mereka. 

Biasanya mereka menangis kerana lapar atau disebabkan lampin yang perlu ditukar. 

Tetapi jika ibu bapa telah mencuba segala-galanya untuk menenangkan bayi mereka dan masih gagal, ini mungkin bermakna bayi anda terlalu panas.

Periksa suhu bilik dan kurangkan lapisan pakaian pada bayi.

#3 Berpeluh ketika panas

Cara yang paling mudah untuk mengetahui jika bayi anda terlalu panas adalah dengan melihat tanda-tanda peluh

Jika belakang badan, leher, dada atau kepala bayi tersebut panas atau berpeluh, ini menunjukkan badan mereka sedang cuba sedaya upaya untuk menyejukkan diri.

Tanggalkan sebarang lapisan pakaian yang tidak perlu. Hubungi doktor jika suhu anak melebihi 37.9°C, dia mungkin sedang demam.

Sekiranya bayi anda menghidap demam, anda perlu menghubungi doktor dengan segera.

Suhu ideal untuk bayi antara 36-37.9 °C.

#4 Keresahan dan meragam

Memang jarang ada bayi baru lahir yang tidur sepanjang malam tanpa bangun untuk menyusu.

Tapi sekiranya si kecil anda kelihatan resah, asyik meragam dan macam susah untuk tidur, ada kemungkinan dia tidak selesa dengan suhu dalam bilik. 

Semak suhu bayi anda dan laraskan suhu bilik kepada suhu yang lebih selesa.

#5 Lembap

Bercanggah dengan tanda sebelum ini, jika anak anda nampak lembab atau tidak bermaya dan tidak reponsif, ada kemungkinan juga dia terlalu panas.  

Dalam kes tertentu, bayi boleh pengsan apabila mereka sedang demam panas!

Jika ini berlaku, ibu bapa perlu demah tuala basah pada bahagian muka, dada, dan kaki untuk menurunkan suhu badan.

Kemudian, bawa anak jumpa doktor dengan segera.

#6 Selalu muntah

Bayi yang selalu muntah biasanya bermaksud bayi itu sakit.

Walaubagaimanapun, jika bayi anda tak demam, sebaliknya muntah-muntah dan berasa mual, bayi anda mungkin mengalami strok panas.

Gunakan kain lembap untuk menurunkan suhu bayi anda dan bawa ke hospital terdekat.

#7 Kadar degupan jantung meningkat

Sumber gambar : bronchite.ooreka.fr

Apabila suhu badan bayi meningkat, ini akan memberi tekanan pada jantung mereka dan menyebabkan denyutan jantung jadi lebih cepat

Untuk memeriksa kadar denyutan jantung bayi, letakkan tangan anda pada bahagian dadanya.

Jika kadar denyutan jantungnya lebih cepat dari biasa, gunakan kain lembap untuk menurunkan suhu badan sehingga kadar jantungnya kembali normal.

Walaupun sesetengah ibu bapa akan menganggap tugas memantau suhu badan anak dan suhu di dalam bilik sebagai tugas yang leceh, tetapi langkah berjaga-jaga ini boleh membantu mengelak keadaan yang lebih memudaratkan!

Sama-sama kita menjaga kesihatan si manja ini, ya!

Sumber: Mom Junction

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Fakta Penting Tentang Demam Bayi