7 tips untuk mengajar anak anda tidur di atas katil mereka sendiri

undefined

Bagaimana untuk mengajar si manja untuk tidur di atas katil mereka sendiri selepas tidur bersama ibu bapa? Ia bukannya mudah, tetapi ia boleh dilakukan. Berikut adalah beberapa tips untuk membuat peralihan mereka lebih mudah.

Semakin ramai ibu bapa pada zaman ini bersependapat bahawa ada baiknya tidur bersama sebilik bersama anak yang kecil. Walau bagaimanapun, akhirnya, ibu bapa perlu menuntut semula katil mereka dan mengajar anak-anak mereka untuk tidur di atas katil yang lain. Mengapa?

Menurut The Huffington Post, kanak-kanak diumur persekolahan perlu belajar bagaimana untuk tidur di katil mereka sendiri kerana:

  • Kanak-kanak perlu belajar untuk menenangkan diri mereka sendiri.
  • Ibu bapa memerlukan privasi mereka, dan kanak-kanak perlu memahaminya.
  • Kanak-kanak berasa bangga jika dapat menjaga diri mereka sendiri. Ia membina keyakinan diri mereka.
  • Tidur sebilik dengan ibu bapa menghadkan aktiviti kanak-kanak (iaitu menjadikan sleepovers (mengajak rakan tidur di rumah) dengan kawan-kawan mustahil).
  • Tidak tidur bersama-sama menggalakkan ibu bapa untuk mencari cara-cara lain untuk merapatkan hubungan dengan anak-anak mereka.
  • Kanak-kanak dapat mengatasi ketakutan mereka (gelap, raksasa di bawah katil, dan lain-lain) dengan sendirinya.

Menunggu sehingga anak anda memulakan alam persekolahan tidak akan membantu. Ia adalah yang terbaik untuk memulakannya pada usia yang awal. Mendapatkan anak anda untuk tidur di bilik sendiri juga dapat membolehkan ibu bapa untuk mendapatkan rehat yang lebih berkualiti.

Tetapi melatih anak anda untuk tidur dengan sendiri adalah lebih mudah diperkatakan daripada dilakukan. Berikut adalah beberapa tips dari WebMD dan Parenting.com untuk mengajar anak-anak anda untuk tidur di katil mereka sendiri.

1. Tunggu waktu yang sesuai

Tunggu sehingga semuanya stabil di rumah. Jika anda mengharapkan bayi yang baru atau jika anda menjangkakan percutian bersama keluarga, tangguhkan dahulu. Ia lebih mudah untuk melatih anak anda apabila anda mempunyai rutin biasa.

2. Bercakap tentang rancangan anda pada waktu tengah hari

shutterstock_147310418 (1)

Biarkan anak anda tahu terlebih dahulu tentang bagaimana anda merancang untuk menukar rutin anda.

Membaca buku kepada anak anda

Anda boleh mencari buku untuk dibaca kepada anak anda sebelum dia tidur. Beberapa tajuk yang disyorkan ialah It’s Time To Sleep On Your Own Bed, I Sleep in My Own Bed dan Big Enough for a Bed. Anda juga boleh membuat buku cerita anda sendiri, jadi anda boleh membuat cerita yang lebih peribadi.

4. Lakukannya secara beransur

feature

Tempoh peralihan ini mungkin tidak akan menjadi mudah, tetapi anda juga boleh mengambil langkah-langkah kecil.

Anda boleh membiarkan anak anda tidur di dalam beg tidur di sebelah katil anda terlebih dahulu, atau membiarkan mereka berpelukan di atas katil anda untuk beberapa minit sebelum anda membawa mereka ke tempat tidur mereka.

Sesetengah ibu bapa memilih untuk meletakkan tilam (boleh dilipat) di dalam bilik mereka jika anak mereka datang ke bilik mereka, tidur mereka tidak akan diganggu.

5. Jangan Mengalah

shutterstock_43430971 (1)

Jangan mengalah walaupun anak anda menangis dan meminta-minta untuk membiarkan dia tidur di atas katil anda lagi. Ia akan menjadi sukar pada mulanya, tetapi apabila anak anda sudah belajar untuk tidur di biliknya sendiri, anda semua akan dapat tidur yang lebih baik.

6. Mewujudkan system ganjaran

siblings

Anda boleh menggunakan carta pelekat atau perkara-perkara kecil seperti playtime tambahan untuk memberi ganjaran kepada anak anda untuk memberikannya tidur malam yang aman.

7. Mengajar anak untuk tidur lena

Apabila anak anda bangun di tengah malam, mereka mungkin akan mahu pergi ke bilik anda supaya anda boleh menenangkan mereka untuk tidur semula. Ini membuatkan mereka terlalu bergantung kepada anda dan juga menghalang anda daripada mendapat tidur malam yang lena.

Sebaliknya, ajar mereka untuk menutup mata mereka dan berfikir tentang perkara yang menyenangkan sehingga mereka tertidur.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!