8 Barang Penting Yang Banyak Membantu Saya Selepas Bersalin!

Share this article with other mums

Bagi sesetengah orang, menyesuaikan diri dengan situasi baru sememangnya sukar jika tiada bantuan daripada beberapa barang penting. Bagi seorang ibu ini, dia berkongsikan 8 barang penting yang telah banyak membantu diri untuk kekal selesa dan mudah menjaga bayinya selepas bersalin!

Selepas melalui proses bersalin, pasti ada antara kita yang bergantung kepada beberapa barang dan peralatan untuk mempermudahkan proses berpantang.

Ramai antara kita yang mengalami ketidakselesaan dan dengan adanya beberapa barang penting ini, mudah sedikit untuk kita bergerak dan menguruskan diri serta bayi.

Ada seorang ibu, Jamie Kenney, yang telah berkongsi beberapa senarai barang penting buat dirinya ketika dalam proses berpantang. Jom kita tengok apakah barang-barang tersebut. Mungkin anda juga boleh mencubanya!

1.    Bantal Nursing

nursing pillow

Source: Walmart.com

Antara barang penting yang membantu Jamie untuk menyusukan anaknya dengan selesa adalah bantal nursing. Menurutnya, ia adalah antara barang bayi yang tidak akan diberikan kepada orang lain. Yelah, suaminya juga suka menggunakan bantal nursing ini ketika sedang duduk-duduk di ruang tamu!

2.    Krim Puting

nipple cream

Source: Mommyproductreview.com

Disebabkan anak kecilnya sering tergigit puting dan menyebabkan bahagian payudaranya selalu sakit, Jamie juga sangat bergantung kepada produk krim puting. Ia membantu untuk melembutkan kulit dan menghilangkan rasa pedih!

3.    Pek Ais

ice pack

Source: Orami.com

Lagi satu barang penting yang telah membantu Jamie ketika dalam proses berpantang selepas bersalin adalah pek ais. Untuk proses bersalin kali keduanya, dia berpeluang untuk melahirkan anak secara normal (yang pertama, dia perlu melakukan pembedahan cesarean).

Jadi, pek ais sangat membantu dirinya untuk mengurangkan rasa sakit di bahagian bawahnya itu!

4.    Baju Nursing

nursing tank

Source: Rosina.info

Disebabkan Jamie menyusu badan anak kecilnya itu, dia sangat bergantung kepada penggunaan baju nursing. Ia kelihatan seperti baju biasa tetapi terdapat klip khas yang membolehkan dia membuka bahagian dadanya dengan cepat dan mudah ketika menyusukan anak.

Malah, dengan design baju sebegini, dia tidak perlu menyelak dari bawah dan mendedahkan bahagian perutnya!

5.    Seluar Dalam Nenek

granny panties

Source: Milesfitter.com

Selepas bersalin, Jamie bergantung kepada seluar dalam nenek, atau Granny Panties, untuk menampung pengeluaran darah nifas.

Oleh kerana pad materniti yang  perlu dipakainya adalah besar, maka dia tidak dapat memakai seluarnya yang biasa. Jadi, dia sangat bersyukur dengan terciptanya seluar dalam nenek.

6.    Bedung Bayi

baby swaddle

Source: Thebump.com

Ada lagi satu barang penting yang Jamie sangat suka gunakan pada bayinya: selimut bedung bayi! Jika anaknya menangis kerana tidak selesa, dia bedungkan anaknya.

Jika anaknya susah tidur, dia bedungkan si kecil itu. Sememangnya, bedung sangat membantu memberikan keselesaan kepada anaknya dan si kecilnya itu juga sangat suka dibedung.

7.    White Noise Baby Machine

white noise baby machine

Source: Toptenreviews.com

Anda pernah dengar tak tentang White Noise Machine untuk bayi? Ia merupakan satu mesin khas yang mengeluarkan bunyi bising semulajadi untuk menidurkan anak kecil. Bagi Jamie, ini merupakan lagi satu barang penting yang telah membantu dia untuk menidurkan bayinya dengan berkesan!

Kenapa mesin ini dapat membantu bayi tidur dengan nyenyak? Ia adalah kerana bunyi yang dikeluarkan adalah menyerupai bunyi bising yang telah biasa didengari oleh si kecil ketika di dalam rahim lagi.

8.    Carrier Bayi

baby carrier

Source: Thegbabe.com

Ramai orang yang mengaitkan penggunaan carrier bayi dengan gaya keibubapaan yang hippie. Tetapi bagi Jamie, ia lebih daripada itu. Carrier bayi membuatkan hidupnya lebih mudah.

Dia mudah untuk bergerak dan menguruskan hal rumah sambil mendukung anaknya dalam carrier ini. Malah, bayinya juga gemar untuk duduk di dalamnya. Si comelnya berasa selesa dan mudah tertidur jika dipegang di dalam carrier bayi ini!

Bagaimana pula dengan anda? Apa barang penting yang anda sangat suka untuk gunakan selepas bersalin untuk memudahkan pergerakan atau memberikan keselesaan? Kongsikannya dengan kami di ruangan komen di bawah!

Bahasa Melayu Bayi Berpantang