Cuba 8 Cara Berkesan Ini Untuk Buat Anak Anda Berhenti Hisap Jari

Cuba 8 Cara Berkesan Ini Untuk Buat Anak Anda Berhenti Hisap Jari

Dah cuba bermacam-macam cara tapi anak masih tak berhenti hisap jari? Ha... apa kata anda cuba 8 cara berkesan ini pula untuk buat anak berhenti hisap jari!

Masalah anak suka hisap jari

Anak anda suka sangat hisap jari tangan atau kakinya?

Orang dulu-dulu kata anak hisap jari sebab nak dapat adik baru. Ehem! Tapi sebenarnya anda kena tahu yang menghisap jari adalah tindakan refleks semulajadi.

Anak kita ni sejak dari dalam kandungan lagi sudah menghisap jari! Salah satu sebabnya, hisap jari boleh menenangkan mereka.

Jadi bila mereka sudah dilahirkan, habit hisap jari makin menjadi-jadi. Kadang ada anak-anak yang hisap jari sampai umur 8 tahun!

anak berhenti hisap jari

Kredit gambar: Today Show

Kesan buruk akibat tabiat ini

Tapi, menghisap jari memberi beberapa kesan buruk juga seperti:

  1. Gigi terkeluar – Kalau umur 1 atau 2 tahun anda tak payah risau sangat. Tapi kalau umur 3-4 tahun tabiat ini masih belum hilang, ia boleh mengakibatkan gigi jongang.
  2. Kuman dan penyakit – Kekotoran dari jari anak-anak boleh masuk dalam mulut mereka
  3. Mereka taknak ekspolari persekitaran – kadang mereka tak mahu bergerak ke mana-mana sebab sibuk hisap jari. Macam mana nak belajar, betul tak?
  4. Rosak jari – tabiat ini akan memberi kesan pada kulit jari. Jari boleh terluka atau berdarah hingga boleh kena jangkitan.
Jadi, apa yang patut ibu bapa buat?

Ha… jangan risau lagi! Kami ada 8 cara berkesan untuk buang tabiat hisap jari ini dari anak-anak anda.

Jom kita cuba semua cara ini sebelum beri alternatif puting, okay?

Bagi puting terlalu awal pun tak bagus juga untuk anak-anak.

8 Cara Berkesan Buat Anak Berhenti Hisap Jari
1. Bagi anak buang tabiat sendiri

Kalau anda tanya pakar pun macam mana nak settlekan masalah ini, mereka akan cakap bagi anak anda sendiri buang tabiat itu.

Tapi, macam mana nak buat mereka buang sendiri?

Anda boleh beritahu mereka yang tabiat menghisap jari itu tak bagus dan mereka harus berhenti membuatnya.

Lagi satu, mereka yang semakin membesar akan faham bila anda cakap yang perbuatan hisap jari itu tak sihat.

2. Beri pujian atau ganjaran

Sistem memberi ganjaran atau pujian boleh memberhentikan tabiat buruk menghisap jari. Cuba anda guna kalendar di peti ais untuk catit ganjaran buat anak-anak kalau mereka berhenti hisap jari.

Ataupun beri pujian pada mereka bila mereka tak menghisap jari. Biar diri mereka rasa dihargai.

3. Balut jari anak

Anda boleh cuba membalut jari mereka dengan kain bersih untuk mengelak mereka memasukkan jari dalam tangan.

anak berhenti hisap jari

4. Suruh anak hisap jari diam-diam, bukan dekat tempat umum

Untuk latih mereka berhenti menghisap jari, anda harus bijak mengatur strategi. 

Apa kata cuba waktu pendek untuk mereka hisap jari diam-diam dalam bilik, jika mereka tak hisap jari dekat public

Lama-lama, mereka takkan mahu hisap jari lagi pun!

5. Letak cecair/bahan yang tak disukai anak

Nampak macam kejam, kan? Tapi ini cara paling berkesan!

Cuba anda letak apa-apa bahan yang tak disukai anak pada jarinya. Nanti pasti dia tak mahu hisap jari lagi.

6. Jangan tengking/marah anak

Sabar. Anda mungkin kecewa anak-anak macam tak mau berhenti hisap jari. Tapi, menjerit dan memarahi anak takkan menyelesaikan masalah.

7. Sibukkan tangan anak

Pastikan anak anda sibuk dengan aktiviti yang melibatkan kedua-dua tangannya seperti menyanyi, bermain muzik atau melakukan pergerakan tangan.

Nanti mereka akan lupa untuk menghisap jari.

8. Ajar anak jari pun hidup sendiri

Anda boleh ajar anak untuk tak hisap jari ketika tidur dengan mengatakan jari mereka juga sedang tidur ketika itu. Hehe!

Tipu sunat.

Jom kita cuba semua 8 cara ini untuk menghentikan anak-anak dari terus menghisap jari! Hehe

Selamat mencuba ibu bapa semua. 

Anda ada idea lain untuk ibu bapa lain? Cuba kongsikan ia dengan kami. 

Sumber rujukan: Mom Junction

Kredit gambar: Desi Today

Baca juga:

Baby Led Weaning Atau Bayi Makan Dari Tangan Sendiri – Bagus Atau Tidak?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner