8 Perkara Tentang Lelaki Yang Perlu Anda Tahu Untuk Perkahwinan Bahagia

lead image

Pakar perkahwinan telah membongkarkan 8 perkara yang perlu anda tahu tentang lelaki untuk membahagiakan perkahwinan anda. Mari semak ia untuk mengutuhkan mahligai indah yang telah kalian bina!

8 rahsia tentang lelaki ini dibongkarkan oleh Susan Miller, seorang pakar perkahwinan yang telah berkhidmat selama 20 tahun dalam bidang ini. Beliau kini bahagia dengan pasangan yang telah dikahwini sejak 32 tahun lalu.

Sengaja saya kongsi 8 perkara yang dibongkarkan oleh Miller tentang lelaki dalam perkahwinan kerana saya tahu -- perkahwinan bukan satu fairy tale. Kita harus sentiasa berusaha untuk memastikan kebahagian perkahwinan.

Salah satu cara untuk memastikan kebahagian mahligai yang dibina oleh anda dan pasangan adalah dengan memahami diri masing-masing.

Jadi, tidak salah kalau kita lebih mengenali tentang lelaki aka suami kita, bukan?

Oleh itu, jom semak apakah 8 perkara yang Miller belajar tentang lelaki:

#1 Dia tak boleh baca fikiran isteri!

Ini perkara penting yang paling saya ingin tekankan. Lelaki tidak boleh membaca fikiran seorang wanita. Tak kisahlah betapa hebatnya lelaki tersebut. Penyelesaiannya -- beritahu saja apa yang kita mahu mereka tahu! Lebih senang, kan?

 8 Perkara Tentang Lelaki Yang Perlu Anda Tahu Untuk Perkahwinan Bahagia

#2 Usaha suami untuk 'betulkan sesuatu' adalah cara dia ungkap kasih sayang

Kadang, kita hanya cerita masalah pada suami semata-mata kerana ingin didengari. Tapi, dia sibuk cuba ingin 'betulkan keadaan' pula.

Menurut Miller, sebenarnya lelaki memang begitu. Mereka suka membuat sesuatu. Mendengar luahan kita saja tidak efektif buat mereka. Jadi mereka ingin tunjuk betapa mereka menyayangi kita dengan cuba 'membetulkan masalah'.

Maka, saya akan biar suami saya cuba untuk betulkan masalah. Jika caranya tidak saya gemari, saya akan cuba mempengaruhi cara dia.

#3 Dia perlu masa untuk proses maklumat dan berfikir

Cara mereka berfikir dan memproses maklumat nyata berbeza dari kita! Bebelan, syarahan dan cerita kita sudah sampai entah ke mana, tapi mereka masih diam tidak memberi sebarang respon. Saja tidak endah ke tak faham?

pexels photo 2 8 Perkara Tentang Lelaki Yang Perlu Anda Tahu Untuk Perkahwinan Bahagia

Sekarang baru saya tahu, sebenarnya... Bila mereka diam, mereka sedang berfikir dan memproses maklumat. Bukan tidak endah dan tidak faham. Jadi, saya akan tunggu dan diam, tanpa menambah lebih banyak maklumat, soalan atau menukar topik.

#4 Cara dia urus perkara berbeza

Kan saya sudah kata, cara mereka berfikir berbeza! Sebab itu cara mereka urus perkara juga berbeza. Miller mengulas lelaki berfikir dengan cara satu hal pada satu masa. Namun, wanita pula saling berkaitan. Seperti wafel dan spageti. Wafel ada kotak tersusun. Spageti bersambung dan saling berkaitan.

Dulu, saya pernah bergaduh dengan suami sebelum dia ke tempat kerja. Serabutnya, topik pergaduhan masih belum selesai. Jadi, saya hubungi dia di pejabat. Dia tenang saja jawab panggilan. Tak marah langsung? Rupanya cara lelaki mengurus perkara memang begitu. Satu hal pada satu masa.

#5 Dia tahu mahu jadi girlfriend anda

Bukan ke suami patut jadi sahabat kita yang paling rapat? Macam girlfriends? Sebenarnya, tak! Mereka tak mahu jadi girlfriend kita. Tapi, bukan bermaksud mereka tak mahu dengar semua celoteh dan gosip kita.

Tapi jangan tekan mereka untuk "layan" semua gosip dan celoteh ini. Layan mereka seperti guy friend  tapi bukan girlfriend!

#6 Dia mahu peneman

Percaya atau tak, maksud waktu bersama pasangan adalah berbeza bagi suami dan isteri. Kalau dari segi saya (atau isteri) -- saya mahu masa berdua dengan pasangan secara romantik, tanpa gangguan dan lain daripada rutin harian.

Tapi bagi lelaki (suami), lain pula! Rahsia yang Miller bongkar tentang lelaki menunjukkan lelaki angggap teman duduk tonton sukan atau buat sesuatu perkara bersama-sama adalah masa paling seronok dengan pasangan.

 8 Perkara Tentang Lelaki Yang Perlu Anda Tahu Untuk Perkahwinan Bahagia

#7 Dia tak dengar leteran pun!

Betul! Panjang mana bebelan dan leteran anda, mereka bukan dengar pun! Jadi untuk jimat tenaga saya daripada membebel, saya akan hanya ingatkan suami dengan perkara penting sekali atau dua kali setiap hari saja.

#8 Dia ada emosi dan luahkan dengan cara berbeza

Pernah nampak air mata suami mengenang ketika menonton Hachiko? Ya, mereka juga berasa sedih sama seperti kita! Tapi, cara mereka meluahkan emosi itu berbeza.

Jadi, saya tidak akan memperlekehkan emosi suami saya. Jika saya nampak riaknya berubah ketika menonton filem sedih atau sebagainya, saya hanya akan memegang tangannya dengan erat tanda sokongan.

Semoga perkongsian tentang lelaki ini mampu memberi pencerahan buat anda tentang perangai suami masing-masing. Anda harus melengkapkan pasangan. Tapi, bagaimana ingin melengkapkan pasangan jika kita tidak memahami tingkah mereka, bukan?

 

Sumber rujukan: The Huffington Post