8 Perkara Yang Selalu Dikatakan Kepada Ibu Bekerja Yang Membuatkan Mereka Rasa Dihakimi

undefined

Bukan senang menjadi ibu bekerja dan mempunyai anak kecil di rumah. Perasaan bersalah selalu ada. Dan, orang di sekeliling juga kurang membantu. Ini antara 8 perkara yang mereka selalu sebut sehingga membuatkan ibu bekerja rasa seperti dihakimi!

Satu perkara yang saya telah belajar sebagai seorang ibu adalah untuk tidak memandang serius terhadap pendapat-pendapat yang menghakimi peranan saya sebagai seorang ibu.

Apa yang mungkin dilakukan oleh seseorang ibu tidak semestinya baik untuk ibu-ibu yang lain dan ia adalah perkara biasa untuk menghakimi seorang ibu.

Walaupun terdapat pelbagai gaya keibubapaan untuk dipilih dalam membesarkan anak-anak, anda harus sentiasa ingat bahawa kepentingan anda adalah untuk membuat yang terbaik untuk anak anda, dan tidak ada satu cara keibubapaan yang terbaik.

Tetapi masih ada ibu-ibu yang cenderung untuk mencari cara-cara untuk menghukum satu sama lain malah secara berkumpulan, telah menghakimi satu sama lain kerana melakukan perkara-perkara dengan cara yang yang berbeza.

mengurus anak

credit: edgy.app

Saling menghakimi ini perkara biasa. Contohnya:

  • Penyusuan susu ibu adalah satu-satunya pemakanan bayi yang bagus dan susu formula dalah tidak bagus;
  • Lampin kain adalah jauh lebih baik untuk bahagian bawah bayi, dan lebih baik untuk alam sekitar juga;
  • “Kami hanya makan organik. Adakah anda tahu jenis hormon dalam ayam yang anda berikan kepada anak kecil anda?”
  • Dan ibu-ibu bekerja? Tidakkah mereka mengetahui bahawa mereka terlepas begitu banyak daripada hidup anak mereka?
  • Malah ibu-ibu yang lebih berpengalaman juga menghakimi ibu lain.

Saya boleh teruskan, tetapi sebenarnya, ia adalah meletihkan untuk memikirkan tentang cara kita gunakan untuk menghakimi terhadap satu sama lain.

Kerana ia benar-benar tidak perlu menjadi senario “kita vs. mereka” setiap kali ada lebih daripada satu pendapat tentang cara membesarkan anak-anak kita.

Kita semua melaluinya bersama-sama bukan? Jadi, mengapa kita rasa seperti kita memerlukan semua orang untuk bersetuju dengan pilihan kita.

Sehinggakan, ada orang-orang yang tidak mempunyai anak-anak pun ingin bersyarah kepada ibu yang bekerja tentang bagaimana segala-galanya yang mereka lakukan adalah salah dan bagaimana mereka akan menyesal.

Orang-orang ini sering berkata begini:

1. “Tak bimbang ke terlepas saat-saat istimewa dengan anak-anak?”

Ya, sudah tentu saya sentiasa takut akan terlepas melihat anak saya setiap hari, tetapi kami juga berjanji supaya meluangkan setiap saat di penghujung hari dengan memeluk dan berbual bersama-sama.

working mom with children

Sumber: Roberthalf.com

Alah, semua orang pun sentiasa akan terlepas sesuatu bila mereka memilih untuk melakukan sesuatu yang lain. Itulah kehidupan!

2. “Percayalah, awak pasti tak mahu kembali bekerja.”

Dan saya sememangnya tidak mahu segera kembali bekerja. Memang betul.

Tetapi akhirnya, ia berasa seperti perkara yang betul untuk saya lakukan dan saya telah melakukannya.

Dan cuba teka? Kami berdua baik-baik sahaja, masih hidup dan anak saya juga tahu siapa saya. Bukankah ia amat mengejutkan!

3. “Anak awak masih boleh jumpa awak ke pada hari bekerja?”

Jika persoalannya ialah jika saya dapat melihat anak saya di antara jam 09:00 pagi dan 05:00 petang, maka jawapannya tidak.

Tetapi selepas masa itu, saya akan berada di rumah apabila dia terjaga dan juga apabila dia mahu masuk ke tempat tidur.

Dan saya berasa amat bahagia dengan keadaan sebegini. Saya sudah cukup bersyukur.

4. “Saya akan duduk di rumah sehingga anak saya mula bersekolah.”

Saya akan berkata lagi: Apa yang bagus untuk sesetengah ibu mungkin tidak bagus untuk ibu yang lain.

Jika saya boleh terima pendapat anda, maka sesungguhnya anda juga boleh terima pendapat saya, kan?

work mom

Sumber: Pgeveryday.com

5. “Pernah tak awak rasa serba salah tinggalkan anak?”

Kadang-kala, saya ingin menghabiskan masa saya berkepit dengan anak saya, menonton filem Pixar, dengan cawan sippy, dan makan keropok Goldfish.

Tetapi kemudian saya menyedari bahawa rutin kami telah membantu membentuk dia menjadi seorang anak kecil yang tidak takut untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saya atau membiarkan saya menggunakan bilik mandi bersendirian.

Tiada apa-apa yang menyedihkan tentang itu.

6. “Anak awak panggil penjaganya ‘mama’ tak?”

Baru-baru ini, saya terdengar anak saya memanggil penjaga di pusat penjagaan hariannya “Mama.” Dan memanggil ibunya “Mama.”

Dan saya telah menyaksikan dia memanggil setiap model berambut hitam pada setiap poster “Mama.”

Jadi adakah ia menyinggung perasaan saya? Tidak sama sekali.

Saya cukup yakin bahawa walaupun saya bekerja di luar rumah beberapa hari setiap minggu, anak saya masih tahu siapa saya.

7. “Macam mana kalau awak terlepas tengok saat langkah pertamanya?”

Jenis komen jahil ini boleh digunakan setiap kali saya keluar dari rumah saya, bukan?

Jika saya keluar ke kedai, dia mungkin mengambil langkah-langkah pertamanya pada masa itu?

Atau jika saya tidur pada hari Sabtu, dia boleh mengambil langkah pertamanya tanpa saya di sana untuk menyaksikannya.

Tetapi silakan. Teruskan membuat saya rasa serba bersalah kerana mempunyai pekerjaan yang membayar duit rumah di mana anak saya tinggal dengan selamat, terima kasih.

8. “Saya tidak rasa saya terlalu mementingkan diri sendiri kerana kembali bekerja.”

Saya akan mengakui bahawa, pada mulanya, bekerja jauh dari rumah meninggalkan anak memang rasa tidak menyenangkan.

Ia adalah baru dan berbeza apabila kita ada bayi di rumah; saya rasakan ada tempoh penyesuaian yang perlu diambil.

Tetapi saya tidak pernah berasa seperti mementingkan diri sendiri.

Dan tidak ada orang lain yang akan membuatkan saya rasa bersalah untuk mencari nafkah bagi anak-anak saya dan keluarga saya.

Rencana diterjemahkan daripada Romper

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!