8 Tips Untuk Memberitahu Anak-Anak Anda Bahawa Anda Akan Bercerai

undefined

Memberitahu anak anda tentang perceraian bukan sesuatu pengalaman yang mudah, jadi bersabar, tarik nafas, dan ikuti tips berikut...

Memberitahu anak-anak anda bahawa anda dan pasangan anda akan bercerai tidak mudah, dan ia tidak sepatutnya terjadi.

Tetapi anda boleh mengurangkan kesakitan dan tekanan mereka jika anda berpegang kepada pelan anda berdasarkan kesederhanaan, kebenaran dan keselesaan emosi.

Bercerai adalah perkara biasa dan anda tidak patut takut akan keadaan emosi anak anda. Percayalah, yang mereka boleh memahami jika anda menjelaskan keadaan kepada mereka.

  1. Elakkan berkongsi maklumat yang tidak sesuai dengan kanak-kanak.

8 Tips Untuk Memberitahu Anak-Anak Anda Bahawa Anda Akan Bercerai

Janganlah membincangkan butiran orang dewasa dengan anak-anak anda.

Mereka sama ada tidak akan memahami apa yang dimaksudkan atau akan membenci anda untuk beberapa sebab:

Anda memburukkan bekas suami/isteri anda, membebankan mereka, dan anda meminta mereka untuk menilai keadaan, memilih, dan memihak kepada anda.

Beritahu mereka apa yang mereka perlu tahu dengan jujur ​​dan ikhlas.

Pastikan tumpuannya adalah pada anak-anak, dan tidak pada orang dewasa. Fikirkan sama ada perceraian ini akan memberi kesan kepada kehidupan mereka.

Adakah mereka akan gembira? Apa mereka akan rasa bila melihat kedua ibu bapa mereka marah atau bergaduh sesama sendiri?

  1. Berikan impresi bahawa anda dan bekas anda masih ibu bapa yang bersatu.

8 Tips Untuk Memberitahu Anak-Anak Anda Bahawa Anda Akan Bercerai

Anak-anak anda akan berasa lebih selamat dan kurang cemas jika anda menetapkan bahawa anda dan pasangan anda masih akan menjaga mereka, dan masih kekal sebagai ibu bapa mereka!

Tiada apa yang lebih mengelirukan untuk kanak-kanak daripada mendengar mesej yang bercanggah daripada dua orang dewasa yang paling dipercayai dalam hidupnya.

Walaupun anda mungkin tidak bersetuju atas sesuatu perkara dengan pasangan anda, atau mempunyai gaya keibubapaan yang berbeza, si kecil anda tidak perlu tahu hal itu.

  1. Jangan menyalahkan pasangan anda.

8 Tips Untuk Memberitahu Anak-Anak Anda Bahawa Anda Akan Bercerai

Sudah tentu, anda tahu sebab mengapa perpisahan itu berlaku.

Tetapi, anak-anak tidak perlu tahu apa-apa ini. Mengapa?

Jika anda menyalahkan bekas anda atas perceraian tersebut dan memberitahunya secara terang-terangan kepada anak anda, anda secara tidak langsung telah membuatkanya terpaksa memilih pihak anda.

Ia adalah tidak sihat untuk anak anda merasakan bahawa ada seseorang yang harus dipersalahkan (iaitu pasangan anda) kerana perpisahan itu.

Jadi, sentiasalah memilih bahasa yang mudah dan neutral apabila anda bercakap tentang bekas suami/isteri anda kepada anak-anak anda ya!

  1. Anak-anak tidak menyebabkan perceraian anda.

8 Tips Untuk Memberitahu Anak-Anak Anda Bahawa Anda Akan Bercerai

Pastikan mereka tahu bahawa mereka bukanlah penyebab perceraian anda.

Cara yang terbaik adalah untuk memberitahu anak-anak sebab perceraian itu adalah lebih menjurus kepada faktor luaran.

Kami tidak bersependapat seperti dahulu” adalah satu pilihan jawapan jika anak anda tanya.

Ibu / ayah kamu adalah seorang ibu / ayah yang hebat tetapi kami tidak lagi dapat kekal bersama sebagai satu pasangan” juga baik untuk dikatakan.

Dengan ini, si kecil anda akan faham yang ianya bukan kesalahan dirinya.

Ia adalah satu sebab luaran. Dan, bagi mereka, itu sahaja yang mereka perlu tahu!

  1. Ia belum berakhir sehingga ia benar benar berakhir.

8 Tips Untuk Memberitahu Anak-Anak Anda Bahawa Anda Akan Bercerai

Menahan diri daripada memberitahu anak-anak bahawa anda dan pasangan akan bercerai juga adalah lebih baik, melainkan jika anda dan pasangan anda benar-benar yakin bahawa keputusan anda adalah muktamad.

Cara yang terbaik adalah untuk menunggu sehingga anda mempunyai perjanjian perceraian yang telah ditandatangani, dengan hak jagaan yang telah diuruskan.

Jika tidak, pasti si kecil anda akan keliru jika tiba-tiba perceraian itu berjaya dielakkan (walaupun ia adalah perkara baik!).

Takut-takut, selepas ini, dia akan paranoid setiap kali melihat anda dan pasangan bergaduh di rumah.

  1. Masa adalah segala-galanya.

tidak mempunyai rakan

Pilih masa di mana anda dan bekas pasangan anda bersedia secara emosional untuk menyokong reaksi anak-anak, sekiranya mereka bertindak balas terhadap berita sedih yang diterimanya.

Jika anda boleh memastikan mereka menerima sistem sokongan dan nasihat daripada ahli keluarga yang lain (supaya tidak berat sebelah), maka, ia adalah lebih baik.

Beritahu juga kepada guru dan kaunselor bimbingan di sekolah mereka untuk sokongan tambahan.

Yang pastinya, jangan dikongsikan cerita perceraian ini sebelum peperiksaan penting di sekolah mereka. Pilihlah masa anda dengan teliti. Anda pasti tahu menilainya!

  1. Konsistensi adalah penting.

8 Tips Untuk Memberitahu Anak-Anak Anda Bahawa Anda Akan Bercerai

Beritahu juga kepada anak-anak anda apa yang mereka boleh harapkan selepas perceraian terjadi pada masa akan datang.

Ia termasuklah hal dari segi persekolahan, penjagaan mereka dan kehidupan mereka selepas perceraian and berdua.

Berikan mereka maklumat yang jelas dan konkrit serta jangan lupa untuk mengikutinya.

Jangan taburkan janji-janji yang anda tidak boleh tepati!

Ketahui apa yang diharapkan olehnya dan tepati janji anda. Ia akan mengurangkan kebimbangan di hati anak-anak.

  1. Pastikan anda tenang.

tanda-tanda suami berbohong kepada isteri

Anak-anak anda sedang memerhatikan anda. Setiap masa. Jika anda cemas, mereka akan menjadi cemas.

Jika anda berada di luar kawalan, mereka akan keluar dari kawalan juga.

Ia adalah ok untuk bersedih, ia adalah perkara biasa. Tapi, ia adalah tidak OK sebagai ibu bapa untuk berada di luar kawalan di hadapan anak-anak atau mengabaikan rutin mereka.

Tarik nafas, bertenang dan sentiasa berada di sisi anak-anak anda. Mereka memerlukan anda!

Rencana diterjemahkan daripada Huffington Post.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!