9 Makanan Penyebab Kanser Yang Anda Makan Setiap Hari

9 Makanan Penyebab Kanser Yang Anda Makan Setiap Hari

Jom semak senarai makanan penyebab kanser ini. Pakar sendiri sarankan kita untuk berhenti makan semua makanan ni, tau!

Makanan penyebab kanser ada dalam semua benda

Dalam zaman yang makin canggih dengan semua kemudahan di hujung jari ni – benda paling biasa kita makan adalah makanan yang diproses.

Makanan diproses termasuklah makanan segera seperti McDonald, KFC dan sebagainya.

Pasal makanan segera ni, kita tahu dah kesan buruknya. Tapi, anda pasti terkejut dengan senarai terbaru kami ini!

TrueActivist.com telan menulis senarai makanan apa yang memudaratkan kesihatan dan penyebab penyakit kanser.

Jom semak apa 9 makanan yang ada dalam senarai!

Lepas ini kena berhenti makan semua benda ini.

makanan penyebab kanser

Popcorn antara makanan kegemaran yang boleh menyebabkan kanser

1 – Popcorn dari microwave

Syoknya kunyah-kunya popcorn, kan? Hmm… tapi ia mengandungi kimia toksin diacetyl

Kimia ini boleh menyebabkan kanser paru-paru. Microwave pun tak bagus sebenarnya! Ada kajian mengaitkan microwave dengan masalah kesuburan, kanser hati, testikal dan pankreas.

Dr Andrew Weil juga mengatakan kimia dari microwave punca tumor.

2 – Organisma yang diubah suai secara genetik (GMO)

Organisma yang diubai suai secara genetik akan terlibat dengan kimia. Kimia ini terbukti boleh buat tumor membesar dengan lebih cepat.

Sekarang, banyak makanan boleh dikategori dalam GMO. Anda pun mungkin tak tahu anda memakannya!

Contoh seperti jagung konvensional, kacang soya, buah-buahan yang diubah secara genetik dan daging.

Cara terbaik? Pilih bahan organik dan tanaman yang ditanam tanpa bioteknologi.

2 – Daging proses

Daging proses macam bacon dengan sosej mengandungi bahan pengawet kimia.

Sebab itu anda nampak ia macam sedap dan sentiasa segar, kan? Ha… sebenarnya daging proses ada natrium nitrat dan natrium nitrit.

Kedua-dua agen ini boleh mengakibatkan kanser, usus rosak dan banyak kanser lain.

Cara terbaik: Beli daging dari ladang.

makanan penyebab kanser

Semua makanan berunsur “diet” penyebab kanser

4 – Diet coke

Coke tak payah cakaplah, memang tak sihat!

Kajian terbaru dari Pihak Berkuasa Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA) pula membuktikan pemanis tiruan dalam air tin mengandungi aspartame, sucralose dan saccharin yang menyebabkan kanser!

5 – Tepung putih halus

Kajian yang diterbitkan Journal Cancer Epidemiology, Mile Markers dan Prevention membuktikan tepung boleh jadi penyebab kanser payudara!

Semua dikaitkan dengan karbohidrat yang ada dalam tepung putih ini. Makanan yang dihasilkan dari tepung juga boleh menyebabkan peningkatan kadar gula dalam badan.

makanan penyebab kanser

Gula halus yang sering digunakan seharian

6 – Gula halus

Makin tinggi insulin, makin cepat sel kanser tumbuh. 

Pemanis yang kaya dengan fruktosa macam sirap jagung ada gula yang banyak. Contoh lain seperti cookies, kek, pai, jus dan sirap. 

Semua mengandungi serat HFCS dan gula halus.

7 – Buah-buahan di kedai

Selalunya, buah-buahan yang dibeli di kedai telah tercemar dengan racun perosak. Racun perosak menyebabkan kanser.

Penyelesaian terbaik? Beli dekat kedai yang disahkan organik.

9 Makanan Penyebab Kanser Yang Anda Makan Setiap Hari

8 – Salmon yang dibela

Menurut Dr David Carpenter, Pengarah Institut Kesihatan dan Alam Sekitar di Universiti Albany – salmon yang dibela tak sama macam salmon yang ditangkap.

Salmon ini kurang vitamin D, telah tercemar dengan kimia seperti PCB, racun perosak, penebat api, dan antibiotik.

9 – Air tin 

Air tin mengandungi gula, bahan kimia makanan dan pewarna yang merosakkan badan. 

Malah, ia menggalakkan pembesaran sel kanser yang ada dalam badan kita!

Ha… macam mana? Kalau nak badan dan kesihatan yang bagus, kena elakkan daripada makan semua benda inilah. Kita pun taknak penyakit kanser, kan?

Jom kongsi ia dengan orang lain!

Artikel diterjemah dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

15 tanda kanser pada kanak-kanak yang mungkin anda abaikan

 

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner